CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'4 Isteri Pun Tak Mampu Jaga Sebaik Anak' - Dr.Norzizi Zulkifli Sebak Kongsi Pesan Ayah

20-9-2019 05:31 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10819| Komen: 63|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘4 Isteri Pun Tak Mampu Jaga Sebaik Anak’ – Dr.Norzizi Zulkifli Sebak Kongsi Pesan Ayah Di Wad Hospital
Pelakon Dr.Norzizi Zulkifli atau Zizi Zulkifli hari ini berkongsi kata-kata ucapan ayahnya, seniman veteran Datuk Zulkifli Zain, 75,  yang sedang dirawat di sebuah hospital ketika ini kerana serangan penyakit angin ahmar.



Kredit foto: Instagram



Memuatnaik dua keping gambar bersama ayahnya yang sedang terlantar di katis hospital, Zizi berkata ketika dia sedang menjaga ayahnya termasuk memicit-micit lututnya, ayahnya berulang-ulang kali mengucapkan terima kasih dan mengatakan anak-anaknya sangat bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa.
 
'Empat bini pun tak mampu jaga sebaik ini' luah ayahnya.



Sebak dengan luahan itu, Zizi terus mencapai telefonnya untuk merakamkan kata-kata sayu dari ayahnya untuk dikongsikan kepada adik-beradiknya.


'Macam-macam dia kata, jadi saya terus capai telefon dan rakam untuk adik-adik' tambah Zizi.


Berkongsikan cerita dengan peminatnya, Zizi berkata video rakaman itu membuatkannya sebak sepanjang hari, sampai tidak tahan sehingga menangis menontonnya berulang-ulang.


View this post on Instagram

My 1st love 💕

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on



Perkongsian Zizi itu menyebabkan ramai peminatnya turut bersedih dan mendoakan kesihatan ayahnya semakin baik.

'Siapa yg x akan rabak kalau yg bercakap itu org tua kita... sy yg tgk gambaq pun sedih... terkenang arwah bapak yg dah takde... Allahu..' kata salah seorang peminatnya.



Kredit foto: Instagram



Walau bagaimanapun, ada juga kata-kata kurang enak yang mengatakan tidak wajar untuk memuatnaik momen yang terlalu privasi itu untuk tatapan umum.


Bagaimanapun, mungkin niat baik Zizi untuk berkongsikan sesuatu yang bermakna buat peminatnya. Semoga Zizi dan keluarga akan terus tabah menjaga ayahnya.- CARI 


Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-9-2019 05:50 PM
Semoga pakcik sembuh...
Quote Lengkong 20-9-2019 05:55 PM
Semoga Datuk Zulkifli Zain cepat sembuh


Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 05:56 PM
Semoga cepat sembuh

Cakap2 pasal 4 bini ni, dia memang 4 bini ke atau saja2 nak buat perbandingan??
Quote Boomibulat 20-9-2019 06:03 PM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 05:56 PM
Semoga cepat sembuh

Cakap2 pasal 4 bini ni, dia memang 4 bini ke atau saja2 nak buat perbandingan ...

PELAKON, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan warganet dengan mengecam bapanya berkahwin empat adalah tidak tepat sama sekali.

Dr Norzizi, 43, berkata bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 73, hingga kini masih kekal dengan seorang isteri, Datin Normala Omar, 61.

"Bapa saya tidak pernah berkahwin empat. Beliau bercakap kalaulah dia mempunyai empat isteri sekalipun, tidak akan mampu menjaga beliau yang lumpuh ini dengan begitu baik sekali.
Quote natrahn 20-9-2019 06:07 PM
Datuk Zulkifli Zain  antara pelakon veteran yang saya kagumi bakatnya.  Semoga Allah beri kesembuhan buat beliau dan segala urusan beliau serta keluarganya dipermudahkan. Amin

Quote haisanor 20-9-2019 06:09 PM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 05:56 PM
Semoga cepat sembuh

Cakap2 pasal 4 bini ni, dia memang 4 bini ke atau saja2 nak buat perbandingan ...

datin normala sorg jer tapi datin pun tak sihat jugak. dua2 pun uzur, mmg dr zizi byk jaga ayah dia. pernah dia tangguh pengajian balik malaysia jaga ayah dia sakit. i follow dr zizi dari dulu lagi, dia cakap xpelah dia x grad tahun tu sebab dia nak balik malaysia jaga ayah dia. masa tu dah dekat nak setel phD. masa dr zizi dah hntr viva tesis, dia blk jumpa ayah dia, Datuk peluk sambil menangis tesis dgn scroll Dr zizi sebab dia cakap anak dia byk berkorban jaga dia dgn datin. lama gak Dr zizi nak abis phD dia. ehh... panjang pulak aku bercerita..

Quote natrahn 20-9-2019 06:13 PM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 05:56 PM
Semoga cepat sembuh

Cakap2 pasal 4 bini ni, dia memang 4 bini ke atau saja2 nak buat perbandingan ...

Bini nya sorang je... dari dulu sampai sekarang..pasangan romantis..
Quote MelahJanda 20-9-2019 06:15 PM
stroke patient tend to be grumpy and angry

tunggu sikit masa lagi dia akan jadi sangat pemarah
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 06:18 PM
Boomibulat replied at 20-9-2019 06:03 PM
PELAKON, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli menjelaskan salah faham yang berlaku d ...

Oh begitu, ayat tergantung sebab tu netizen salah faham
Quote munchkin 20-9-2019 06:29 PM
Semoga lekas sembuh.

Reminds me of my spouse punya kawan. Dia jelah yg jaga mak dan dia jugalah yg jaga ayah dia sampai akhir hayat.

Such a good daughter.
Quote Atata 20-9-2019 06:31 PM
MelahJanda replied at 20-9-2019 06:15 PM
stroke patient tend to be grumpy and angry

tunggu sikit masa lagi dia akan jadi sangat pemarah

Oh seriously? Kesian org yg tpaksa mghadap kan. Soul consuming
Quote cikkittydiva 20-9-2019 06:35 PM
paling tak lupa dia berlakon sayang anakku sayang citer thn 70an..mati kene timpa dgn pokok kayu balak. dahla anak ramai hidup susah.. sedih wey..bila tgk citer tu mmg merembes2 airmata . semoga pakcik zulkifli diberi kesembuhan.
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 06:38 PM
MelahJanda replied at 20-9-2019 06:15 PM
stroke patient tend to be grumpy and angry

tunggu sikit masa lagi dia akan jadi sangat pemarah

My dad bila dia masuk wad, dua minggu je (bukan stroke) pun very grumpy

Sebab dia dah biasa berdikari, tak mahu ditolong berdiri dan makan

Dia rasa macam useless bila sakit
Quote ikanmasin 20-9-2019 06:42 PM
semoga cpt sembuh .anak2 dia mmg baik2 kan..
tgk datin kalau ckp pun lembut jer..
Quote MelahJanda 20-9-2019 07:27 PM
Atata replied at 20-9-2019 06:31 PM
Oh seriously? Kesian org yg tpaksa mghadap kan. Soul consuming

ya, caretaker (penjaga) akan jadi stressful kadang boleh depression
sbb quite difficult to handle stroke patients (esp yang boleh bercakap) mulut akan jadik laser, boleh baling barang, taknak kerjasama makan ubat, taknak hidup, tak suka fisio dll

i been there and done that. lagi kalo caretaker bekerja (like me) kena rush here and there bawa pegi appointments fisio, appointment OT, appointment pakar, appointment audio all sorts of appointment while balancing your own work and life and with your own family

some more weekend kena bawak gi jalan2

very consuming.
Quote MelahJanda 20-9-2019 07:29 PM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 06:38 PM
My dad bila dia masuk wad, dua minggu je (bukan stroke) pun very grumpy

Sebab dia dah biasa ber ...

ya, itulah, sebab dia tak boleh buat sendiri. so dia marah bila lambat. bila tak mandikan pagi contohnya terus label kita benci. semua dikecam

sabo je lah. takpela bahagian masing2 layan je
Quote Lelli 20-9-2019 08:00 PM
Semoga cepat sembuh..
Zizi diberikan kesihatan yg baik utk mnjaga bapanya itu..
Besar pahalanya mnjaga ibubapa yg sakit..
Beruntung p.cik..
Quote papadomku 20-9-2019 08:43 PM
Semoga pakcik cepat sembuh. Semoga dr zizi sentiasa kuat utk jaga parents beliau. Aku harap, aku pun mampu jaga parents aku sebaik ini.
Quote KIM.K 20-9-2019 08:51 PM
I doakan bapa Zizi kembali sembuh..

Ayah iols sebelum meninggal arwah cakap, "hang anak yang baik, nanti aku beritahu Allah sendiri". Rabak tapi tahan sebab kat public

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057247 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top