CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Kahwin Dan Tajaan Majlis Resepsi Sehingga RM10 Juta, Raja Ilya Buka Mulut

21-9-2019 08:52 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 30756| Komen: 160|Original author: intan

Description: Kontroversi kawin dan tajaan majlis resepsi sehingga 10 juta, Raja Ilya buka mulut
Tidak mahu berteka teki nampaknya, Raja Ilya akhirnya membuka mulut tentang majlis perkahwinannya yang berlangsung di Perth sembilan bulan lalu adalah disebabkan masalah peribadi dan dalaman keluarga suaminya.

Ditemu bual oleh Media Hiburan baru-baru ini,Raja Ilya menegaskan bukan mudah untuk keluarga Trent menerima status mualaf suaminya.
 
"Dipendekkan cerita,  ianya mengenai isu keluarga dan itu menjadi sebab kenapa kami mengambil keputusan berkahwin di Australia,"
"Tak semua boleh terima apabila seseorang itu menukar agama dan tak semua setuju,"



"Ianya melibatkan keluarga sebelah suami saya," ujarnya ketika ditemui di majlis resepsi beliau di Star Avenue Lifestyle Mall, Khamis lalu.

Mengulas lanjut mengenai kelewatan majlis resepsi beliau sehingga memakan masa 9 bulan, pelakon Appalam ini memberitahu ianya disebabkan oleh kekangan masa. Namun Raja Ilya menolak punca kelewatan bukanlah disebabkan isu tajaan yang diwar-warkan sebelum ini.

"Kami ambil masa 9 bulan untuk adakan resepsi kerana kekangan masa, saya sangat sibuk dengan lakonan dan ini sahaja masa yang saya ada,"


Raja Ilya yang tampil seperti Cinderella bersama suaminya pada malam resepsi itu turut mendedahkan jumlah tajaan majlis tersebut hampir mencecah 10 juta ringgit.

Beliau juga tidak menjangkakan ramai sekali yang ingin memberi kerjasama dan tajaan untuk majlis tersebut. Dua majlis yang diadakan di Kuala Lumpur itu dikhabarkan berlangsung dengan meriah dan penuh gemilang.

"Saya sendiri baru tahu jumlah sebenar kedua-dua majlis hampir 10 juta," ujarnya lagi.

 
Menggayakan perhiasan barang kemas daripada Habib Jewel yang bernilai 2.5 juta, Raja Ilya berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja majlis resepsi dan majlis berinai mereka.

Ketika disoal mengenai soal rezeki anak, aktress berusia 34 tahun ini belum memikirkan soal tersebut kerana ingin fokus dalam soal kerjaya dan suami terlebih dahulu. Raja Ilya dikhabarkan akan berbulan madu di Langkawi bersama kedua-dua belah keluarga  selepas ini.

Raja Ilya dan suami, Trent Garrent telah berkahwin dalam sebuah majlis ringkas pada 23 Disember lalu di Perth, Australia. Semoga berbahagia hendaknya! - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 21-9-2019 09:05 AM
larh.. tgk mcm ok jer famli laki sheolss.. xkn brmasalah plak..
Quote DahliaTulip 21-9-2019 09:10 AM
Ke propa sebenarnye nak kumpul sponser
Quote Prickford 21-9-2019 09:15 AM
Ke ko yg tukar agama? Or kawin pancasila?
Quote gummiebear 21-9-2019 09:24 AM
More pics of Trent pls
Quote royaldanish 21-9-2019 09:30 AM
Propa je ni... mat salleh byk yg ok kalau ada fam members msk agama lain.. iyeee iyeee je bz belakon asyik muka mighaaa je kluar tv takda muka dia ni pun

Kawen nak gah tapi duit takdok.. mengemis minta belas sponsor sana sini
Quote BicaraHatiku 21-9-2019 09:33 AM
Gaji dari Marvel kot ....dia kan belakon ''Invisible Woman".
Quote rayray28 21-9-2019 09:34 AM
Majlis dia kenapa nampak mcm x ramai tetamu..mcm sesi shooting semata..nmpk mcm xde oeg on ye gk..gmbr2 dia mcm xnmpk suasana dr tetamu yg hadir..ig story pn byk repost dr org yg sponsor gk
Quote slyfynx 21-9-2019 09:38 AM
Nk jgk cite sponsor 10 juta tu.
X penah kalah die ni.
Maybe duit baki bayaran Marvel x abis pakai lg tu
Quote Bungalily19 21-9-2019 09:46 AM
Dia ni siapa
Quote epis 21-9-2019 09:48 AM
Bz berlakon?? X pernah nmpak pon lakonan dia kt tv? Siaran apa?
Quote wookiehoney 21-9-2019 09:57 AM
bz berlakon siaran tv mana?
timor leste?
Quote miracle_forever 21-9-2019 09:59 AM
mana gmbr nikah kak? dah 9 bln.. takkan cameraman x bagi official gmbr nikah lagi?
Quote EvieWanKenobi 21-9-2019 10:08 AM
sponsor je.. bukan keluar duit sendiri pon..
sembang tak nak kalah..
Quote armin 21-9-2019 10:10 AM
Honeymoon langkawi je? Sengkeknya
Quote inspiro92 21-9-2019 10:15 AM
sape tumis  kari dalam thread ni?
Quote prettyuglybabe 21-9-2019 10:20 AM
nyata dia ni sembang kari kuat..
boleh jadi juara ratu propa..
nak caras nek ta ke apa
Quote rainbowrainz 21-9-2019 10:24 AM
Ok iols phm...nextttttttt
Quote guesswho09 21-9-2019 10:33 AM
Dlm ig dia tak da nmpk pun
kat lokasi
selalu berkepit dgn laki je
celah mananya busy
Quote Noraniza_Iblis 21-9-2019 10:33 AM
ramilah begum dgn kari mmg tk dapat dipisahkan...
marvel la.. 10 juta la..
bukak bisnes pun lingkup..

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048934 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top