CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Bosan Dengan Selfie? Jom Slofie Pula!

24-9-2019 11:36 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 4191| Komen: 13|Original author: Vanilla Thunder

Description: Slow motion selfie yang diambil menggunakan fungsi slofie pada Apple iPhone 11.


Kini  sudah   tiba masanya untuk anda lupakan selfie dan ucapkan selamat datang kepada slofie! Untuk pengetahuan anda,  slofie adalah singkatan  kepada perkataan  slow motion selfie. Jika anda rasakan selfie terlalu mainstream, maka bolehlah berseronok dengan slofie pula. Malangnya, anda memerlukan Apple iPhone 11 untuk berbuat demikian.


Baru-baru ini, Apple telah pun selamat melancarkan smartphone flagship mereka yang terbaru iaitu iPhone 11.


Reka bentuk Apple iPhone 11 yang mencetuskan kontroversi dan mungkin menjadi mimpi ngeri bagi penghidap trypophobiaCosmopolitan


Kehebatan fungsi kamera pada Apple iPhone 11 telah mendapat pujian melangit  dari jurufoto profesional berikutan kehebatan  fungsi kameranya yang berupaya merakam video resolusi 4K pada kadar 60 bingkai sesaat. 


Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah  fungsi slofie yang didatangkan bersama kamera smartphone tersebut.

Penerangan mengenai fungsi slofie pada Apple iPhone 11 - Apple.com


Seperti yang dijangka, fungsi slofie telah menjadi buah mulut dan  bahan jenaka netizen di seluruh dunia dan mencetuskan ribuan meme yang membanjiri facebook dan twitter.


Antara meme dan reaksi netizen terhadap slofie - knowyourmeme.com


Namun, Apple nampaknya begitu serius sehingga mereka telah memfailkan permohonan U.S. trademark ke atas slofie seperti yang dilaporkan oleh USATODAY. Apple menerangkan dalam permohonan trademark tersebut slofie adalah sebagai suatu software yang boleh dimuat turun bagi tujuan merakam video. 


Nampaknya tujuan permohonan trademark tersebut adalah untuk memelihara hak eksklusif Apple ke atas terma slofie dan seterusnya menghalang pesaing dari menggunakan terma yang sama bagi teknologi yang serupa sebagai  tujuan mempromosi produk mereka  pada masa akan datang.




Jadi marilah kita saksikan adakah slofie bakal mencetus fenomena seperti  mana animoji yang telah diperkenalkan bersama Apple iPhone X tempoh hari. - CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-9-2019 12:20 PM
Harap takde yg bodoh buat slofie ni
Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:10 PM
So ape kenikmatan slofie ni??
Amik je la video mcm biasa then edit guna apps slow mo???
Quote Megikari 24-9-2019 03:04 PM
Geli tengok kamera dia {:yameteh
Quote Cpkay 24-9-2019 03:07 PM
mahal mahal phone skang.. selaras dengan advance nya teknologi
Quote Perawankota 24-9-2019 11:00 PM
Ok noted. Lagi?
Quote Artemesiaa 25-9-2019 04:13 PM
Moga tak berjangkit kesini
Quote inspiro92 25-9-2019 06:15 PM
Artemesiaa replied at 25-9-2019 08:13 AM
Moga tak berjangkit kesini

Harapnya x. mende ni nampak cam marketing gimmick je. buat masa ni selamat lagi nampaknya  sebab iphone 11 ni mahal nametey so bbnu yg suka mende2 camni x mampu beli lg .cuma mesti company lain cam oppo mungkin akan cipta mende sama.masa tu abislah.
Quote batmana 26-9-2019 12:33 PM
dari slofie
baik

wat fastfie

Quote Noraniza_Iblis 26-9-2019 02:23 PM
ingatkan slofie ni..
selfie dgn hajah lofa...
Quote puanbintang 27-9-2019 04:14 PM
buruk pulak nengoknya..
Quote chinta89 30-9-2019 03:01 PM
sebut mcmne? Slofie ni sebut sofie atau lofie atau mcmne. kang aku salah sebut org gelak. mcm lofie je kan sebutan dia?

btw ape yg bestnya benda ni mcm xde ape yg menarik pun..
Quote iznanaziz 1-10-2019 12:54 PM
RatuDunia94 replied at 24-9-2019 01:10 PM
So ape kenikmatan slofie ni??
Amik je la video mcm biasa then edit guna apps slow mo???

slofie tak lawa la kan...
Quote pakderis 1-10-2019 01:17 PM
bape rega iphone tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048857 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top