CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warganet Persoal Bacaan IPU Rendah, Tetapi Jerebu Nampak Makin Teruk

23-9-2019 10:04 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 6203| Komen: 36|Original author: HakirRahman

Description: Apa Sebab Bacaan Rasmi Dengan Penglihatan Jauh Berbeza?
Situasi jerebu memang membimbangkan banyak pihak, sampai sekolah terpaksa ditutup dan jumlah orang sakit mata meningkat mendadak.


Tetapi, wujud pula isu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan kerajaan rendah, tetapi rakyat masih dapat melihat jerebu yang buruk di luar. Seolah-olah bacaan IPU itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. Misalnya, di Singapura beberapa kawasan berada dalam zon merah, tetapi bacaan IPU di Johor pula sudah berada dalam tahap tidak berapa membimbangkan. Sedangkan, ia hanyalah sekangkang kera.

Bukan jauh sangat, tetapi kenapa berbeza? Foto: Twitter

Situasi ini menimbulkan cakap-cakap warganet yang mempersoalkan ketepatan bacaan IPU dikeluarkan kerajaan. Betul ke? 


Betul ke IPU ni? Foto: Twitter

Ada juga yang menyertakan alternatif bacaan lain yang menunjukkan bacaan kualiti udara memang lebih buruk berbanding yang dikeluarkan kerajaan. 

Kenapa berbeza? Foto: Twitter
Ada juga warganet yang memberikan penjelasan bahawa IPU ini dibaca 24 jam sekali, maksudnya bacaan dikeluarkan pagi ini sebenarnya dibaca semalam, menyebabkan perubahan itu lambat diumumkan. 

Warganet Persoal Bacaan IPU Rendah, Tetapi Jerebu Nampak Makin Teruk

Tetapi, ada juga yang berkata indeks penglihatan ini bergantung kepada banyak faktor, bukannya jerebu semata-mata. Ia juga boleh disebabkan faktor kelembapan udara. 


Apa situasi jerebu di tempat anda? Masih buruk atau sudah boleh nampak langit biru? - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adila39 23-9-2019 10:12 AM
its so obvious jerebu masih sama... hazey je pagi ni.. and ni sakit hidung and kepala tau... boringla jerebu ni
Quote nazzse 23-9-2019 10:20 AM
Petang semalam teruk giler kat puchong & putrajaya ni..mcm dok dalam kebuk asap..sesak nafas
Quote akakdendeng 23-9-2019 10:29 AM
jerebu masih teruk...mana punya reading ntah gomen tgk..
Quote zorrro_03 23-9-2019 10:34 AM
kencing lagi kah?  
Quote jalfa 23-9-2019 10:43 AM
menteri dia x nak berkutik...dgrnya ioi pon terlibat
Quote syadq 23-9-2019 10:48 AM
Antara JB dgn Singapore ada filter agaknya.
Quote helicornia 23-9-2019 10:53 AM
kenapa tk siar real time data
Quote paz 23-9-2019 10:58 AM
Ramai semalam kata teruk. Tapi Paz tak keluar and rumah plak keliling ada pokok-pokok (hutan simpan). Pagi ni sampai KL, terus rasa sesak napas.
Quote aHoi83 23-9-2019 11:01 AM
Rase nya bertahun dulu org pertikai. N jawapan kerajaan pada ketika tu depa mmg mengiakan baca yg tidak tepat sbb tapisan tidak termasuk particle yg paling halus . Lebih kurang gitu la. So bacaan yg ade skrg korg dlm jela dgn 2 utk dpt bacaan sebenar.
Quote mizruncing 23-9-2019 11:18 AM
putrajaya teruk giler smlm. picc pn tak npk. cek IPU 157 cm tu
Quote pu3_rania 23-9-2019 11:28 AM
Edited by pu3_rania at 23-9-2019 11:31 AM

Setuju sgt bacaan IPU macam tak accurate
Contoh mcm di Petaling Jaya sekarang ni iaitu bacaan IPU menunjukkan setakat pukul 11.00 am ialah 172 tapi keadaan sebenarnya ialah lebih teruk dgn jarak penglihatan 100 meter adalah sgt terhad & bangunan nampak berbalam-balam & ada yg langsung tak menampakkan bebayang
Begitu juga dgn keadaan petang semalam di Petaling Jaya setakat pukul 6.00pm iaitu bacaan IPU menunjukkan 147 tapi keadaan sebenarnya ialah lebih teruk seolah-olah sudah pukul 8.00pm

Quote Beribear 23-9-2019 12:18 PM
mmg smlm teruk sgt2.. terkejut jarak penglihatan berapa puluh meter pon dah nampak asap je.. bila tengok bangunan belakang tu dah tak nampak bangunan lain. bau pon makin kuat.. mata pedih
Quote hanie_z 23-9-2019 12:48 PM
Agak la, rasa dah teruk tapi xpaham nape IPU reading rendah..
Redo je laa..
Quote Bedah.Cun 23-9-2019 01:27 PM
Kalau deme istihar cuti kang lumpuh habis ekonomi negara n urusan2 harian. Pundeklah indon
Quote meteorspeed 23-9-2019 01:31 PM
sbb tue iols pelik deme nie pakai teknologi zaman pramlee lagi ker.. jerebu mcm teruk tp bacaan mcm erkkk.. aku rimas jerebu nie ..sesak nafas
Quote ikanmasin 23-9-2019 01:33 PM
masih teruk jerebu ni..mata pedih terasa bukan saja2.
sesak nafas pun iye..
Quote cmf_shalom 23-9-2019 01:39 PM
Edited by cmf_shalom at 23-9-2019 01:40 PM

ak rasa 2,3 tahun Jabatan Alam Sekitar mengaku alat yang kita ada tidak begitu konprehensif utk mmberi bacaan yg tepat.
tidak mampu membaca partikel yg lebih halus
Quote Bedah.Cun 23-9-2019 01:40 PM
Mak neh sampai berombak2 dah dadaa. Huuuuuhhh haaahhh, haaah huuuh fuuhhh haaah dah macam orang nak terberanak dah tersemput2
Quote tungkai 23-9-2019 01:45 PM
Bukan dulu gomen dah clarify ke yang kita guna alat pencerap yg sampling dia tak sama dgn yg Singapore punya? Maksudnya Singapore punya sampling detection lagi tinggi dan detail.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068811 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top