CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan Inkues Kes Adib Bakal Diumum 27 September, Kesatuan Bomba Saran Solat Hajat

25-9-2019 10:42 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2282| Komen: 8|Original author: Sang_Pencinta

Description: Keputusan Bicara Kes Adib Bakal Diumum 27 September, Kesatuan Bomba Saran Solat Hajat
Keputusan inkues melibatkan kematian seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib bin Mohd Kassim bakal diketahui pada 27 September 2019 ini dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia menyarankan agar solat hajat dan tahlil dilakukan menjelang pengumuman keputusan pada Jumaat ini.



Kredit foto: Carian Google



Menurut akhbar Sinar Harian, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia akan bekerjasama dengan Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dan seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menganjurkan program itu.

Terdahulu Adib menemui ajal ketika menjalankan tugas dalam mengawal rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Rama Mariamman USJ pada tahun lepas. Dalam kejadian tragi situ, Adib dikatakan dipukul sehingga cedera parah.



Kredit foto: Carian Google


Beliau kemudiannya dirawat hampir sebulan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum menghembuskan nafas lebih kurang 3 minggu kemudian.

Kisah kematian hero bomba itu kemudiannya mengundang kemarahan orang banyak pihak dan berharap pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan seterusnya menerima hukuman yang setimpal.

Jurucakap Kesatuan itu berkata mereka menyeru semua warga JBPM dan rakyat Malaysia supaya berdoa bagi memperingati arwah selain mendoakan keputusan inkues pada Jumaat nanti.


Kredit foto: Carian Google


Persoalannya, sejauh manakah keputusan inkues ini nanti akan meredakan kemarahan orang ramai yang masih membara?- CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-9-2019 10:45 AM
Semoga keadilan terbela utk arwah adib dan semoga arwah dalam kalangan umat yg beriman
Quote ItisDD 25-9-2019 10:56 AM
Diharap dpt keadilan yg sewajarnya utk arwah & semoga dipermudahkan segala urusan
Quote moonbug 25-9-2019 11:07 AM
#justiceforadib semoga ada keadilan untuk arwah
Quote akusukaq 25-9-2019 11:09 AM
ramai yg dah boleh agak keputusannya..
Quote Sang_Pencinta 25-9-2019 12:10 PM
https://www.sinarharian.com.my/a ... engan-Peguam-Negara

Inkues Adib: Wanita UMNO dukacita dengan Peguam Negara


SHAH ALAM - Wanita UMNO melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam menegakkan keadilan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya juga terperanjat dengan hujah kehakiman, Hakim Koroner Shah Alam berkenaan inkues kematian Adib.

"Jelas terbukti bahawa Peguam Negara dilihat menggunakan kuasa dan pangkat untuk mempengaruhi keputusan penghakiman terhadap inkues kematian tersebut.

"Hakim juga mendapati Tommy telah bertindak menghina mahkamah apabila membuat satu kenyataan yang berunsur 'scandalous'. Semalam, Mahkamah Koroner Shah Alam telah membenarkan agar prosiding komital ke atas Peguam Negara dimulakan.

"Ini jelas, tindakan Tommy merupakan satu tindakan yang telah mencemarkan nama baik sistem perundangan negara memandangkan kenyataan sedemikian telah dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Peguam Negara," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tambah Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Wanita UMNO sentiasa berharap agar Allahyarham Muhammad Adib akan mendapat pembelaan yang saksama dan berintegriti agar pengorbanan beliau tidak dipersiakan.
Quote relaxjek 25-9-2019 01:17 PM
Ahli2 politik ph yg muslim.. diharap dpt membantu memberi keadilan pada arwah adib.. tangkap pesalah2 itu dan dakwa serta beri hukuman berat terhadap mereka supaya pengajaran pada yg lain tidak sewenang2nya melakukan kesalahan..
Quote Dewa19XKangen 25-9-2019 02:50 PM
semua drama dan alasan boleh dcipta.. yang bersekongkol boleh menempa dosa ke neraka..
Quote dizekni 25-9-2019 03:00 PM
Harapkan keadilan dunia yang sebenar2 nya buat arwah

Amin

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046156 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top