CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demam Gegar Vaganza Kembali, Wann 'Bossanova' dan Naqiu Boboy Antara Peserta Tumpuan!

25-9-2019 11:05 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 7743| Komen: 26

Description: Baru-baru ini iklan mempromosikan kemunculan semula program realiti popular Gegar Vaganza (GV) untuk musim ke-6 telah luas disiarkan melalui media sosial dan siaran Astro sendiri. Namun, untuk tujuan ...
Baru-baru ini iklan mempromosikan kemunculan semula program realiti popular Gegar Vaganza (GV) untuk musim ke-6 telah luas disiarkan melalui media sosial dan siaran Astro sendiri. Namun, untuk tujuan gimik, iklan tersebut membiarkan kita tertanya-tanya siapakah senarai peserta yang bakal menyertai program ini. 

Cara promosi itu agak baik, dengan membiarkan peserta-peserta diikat dan ditutup muka mereka, serta menyuruh mereka menyanyikan sebuah lagu; membiarkan kita berteka-teki akan siapa pemilik suara tersebut.


Namun, persoalan itu berakhir di sini kerana senarai penuh peserta GV6 telah pun diumumkan oleh Astro melalui portal mereka, Gempak. Senarai itu juga diumumkan pada satu sidang media pada hari Selasa, bertempat di The Gardens Theater, Mid Valley Kuala Lumpur.

Kredit Foto: Iluminasi
Antara nama-nama besar yang pastinya ditunggu-tunggu termasuklah Wann 'Bossanova', Sham Visa, Noorshila Amin, Ameer Sofarz, Naqiu Boboi dan Hady Mirza. Program ini akan turut disertai oleh Roy yang pernah dikenali dengan lagu Ratnaku dan Jatt Ali dari kugiran Black Dog Bone satu ketika dahulu. Mazleela, Feeza dan Nur Fatimah juga antara artis-artis yang bakal memeriahkan GV pada musim ini. 

Mengikut format tahun lepas, GV kali ini menampilkan dua buah kumpulan iaitu Kool (Hairie dan Riot) yang dulunya dikenali dengan lagu Bebas dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kazae) yang akan turut disertai oleh Sabhi Saddi, penyanyi solo dari Sabah.

13 peserta tersebut akan mula berentap selama lapan minggu secara langsung, bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) mulai 13 Oktober, dan program itu akan menggantikan Big Stage. Seperti biasa, GV6 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap hari Ahad jam 9 malam.

Kredit Foto: Gempak
Kalau dulu Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aisyah dan Noryn Aziz dah berjaya merangkul takhta tersebut. Untuk musim ke-6 ni, korang nak sokong siapa pula? - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 25-9-2019 11:34 AM
retis sendu mana yang duk terkangkang dalam poster bawah tu? choiii..
Quote RatuDunia94 25-9-2019 12:49 PM
Themilo: retis sendu mana yang duk terkangkang dalam poster bawah tu? choiii..


Yg kat lantai tu ke?
Rasa nya tu mimifly.. yg mana hidung nya sentiasa terhidu bau taik kucing..
Quote whadda 25-9-2019 12:55 PM
ensem pulak nampak sekarang sham visa tu
Quote matseh 25-9-2019 12:57 PM
Harap datuk Vida masuk jd sponsor. Tak da dia x meriah x best. Wlpn Datu siti masuk. Kena ada datk Vida jua.
Quote Lavender_Violet 25-9-2019 01:10 PM
Hmm...macam tak berapa best jek line up kali ni...
Quote rosasen 25-9-2019 02:39 PM
RatuDunia94 replied at 25-9-2019 12:49 PM
Yg kat lantai tu ke?
Rasa nya tu mimifly.. yg mana hidung nya sentiasa terhidu bau taik kucing. ...

kenapa hidung dia mcm tu
Quote minahmanja 25-9-2019 03:11 PM
i'm waiting for hady mirza.... hihi... mintak faz komen skit la.. hahaha
Quote ditepi_pantai 25-9-2019 03:36 PM
Sham visa {:run
Quote Artemesiaa 25-9-2019 03:44 PM
Dah mula semula musim pertandingan nyanyian rupanya
Quote Perawankota 25-9-2019 10:03 PM
Tony stark aka Sham Visa
Quote robinmosby 25-9-2019 11:09 PM
Omg hady mirza!!!
Quote zie_indah 25-9-2019 11:13 PM
Kesenduan sgt peserta kali ni...  
Quote CiliPadiSedap 26-9-2019 04:06 AM
Semua kaka xkenal nampak sangat xfamous. Kaka kenal blackpink dan army
Quote afidahhb 26-9-2019 10:31 AM
suke juge tgk gv ni
Quote dekmieDandy 26-9-2019 11:25 AM
Erra tak nak masuk GV ke? baru-baru tengok kat khawin rizman suara dia ok lagi
Quote Noraniza_Iblis 26-9-2019 01:25 PM
Nur Fatima tu power kot..
vocal die rare.. kalau nyanyi tu..tone suara die mcm ade vibrate..
iolss rase antara female contestant yg perform mase press conference tu..
die dgn Wann yg okey skit...
Quote tombolpintu 26-9-2019 03:27 PM
dah tua2 ni masuk bertanding kena hati kental...jangan nnti ada yg merempan plak kat ig bagai
Quote hitampetak 28-9-2019 06:19 PM
x sbr tggu Naqiu mmg minat dy dgn tomok zaman skola dlu
Quote iznanaziz 30-9-2019 05:49 PM
RatuDunia94 replied at 25-9-2019 12:49 PM
Yg kat lantai tu ke?
Rasa nya tu mimifly.. yg mana hidung nya sentiasa terhidu bau taik kucing. ...

aku tgk badan dia pun dah gempal semacam.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.102969 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top