CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menu Baru Ayam KFC Bebas Daging - Macam Mana Rasa Agaknya..

26-9-2019 11:20 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7100| Komen: 27|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: Metro.co.ukRestoran makanan segera KFC telah memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan ‘Beyond Fried Chicken’ untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia pada 27 Ogos 2019 lalu.Pengena ...

Kredit foto: Metro.co.uk

Restoran makanan segera KFC telah memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan Beyond Fried Chicken untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia pada 27 Ogos 2019 lalu.

Pengenalan menu ini hanya sebagai percubaan untuk melihat sama ada menu ini mendapat permintaan yang tinggi atau tidak. 

Namun, selepas iklan rasmi dikeluarkan, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke restoran yang dinyatakan dan mula beratur seawal pagi untuk merasa ayam goreng vegetarian ini.


Kredit foto: Eater


Sampel produk baru itu dibangunkan dengan kerjasama Beyond Meat dan pelanggan boleh membeli nuget serta kepak ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada bahan bukan daging dan laris dijual dalam tempoh 5 jam.

"Saya rasa kita semua sudah mendengar 'ia rasa seperti ayam', jadi pelanggan akan kagum dan berkata, 'ia rasa seperti Kentucky Fried Chicken!", kata Presiden dan Ketua Pegawai Konsep bagi KFC AS, Kevin Hochman.


Kredit foto: The Independent

Terdahulu, KFC telah memperkenalkan Impostor Burger  di mana dagingnya juga berasaskan dari tumbuhan yang turut mendapat sambutan hangat dan terjual setiap minit di kota London.

KFC memperkenalkan menu ini selepas pesaingnya dalam dunia restoran makanan segera, Burger Kings memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods.

Kredit foto: Totallyveganbuzz.com

Beyond Meat dan Impossible Food adalah antaranya syarikat yang menghasilkan daging tiruan atau pun daging analog dengan menggunakan produk berasaskan soya atau gluten. 

Ini membolehkan pengamal makanan vegetarian turut sama merasai keenakan makanan seakan daging.

Kredit foto: livekindly.co

Beyond Meat dalam kenyataannya berkata maklum balas dari pelanggan di Georgia akan membantu KFC mempertimbangkan hidangan ayam tiruan bebas daging ke seluruh negara.

Bagaimanakah agaknya rasa daging ayam tapi bukan ayam ini agaknya. Semoga menu ini turut dipasarkan oleh KFC Malaysia kelak. - CARI 



5

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ramossterritory


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 26-9-2019 11:39 AM
Oh ok la utk vege bleh gak merasa makan kepsi hahah penah mkn kari daging vege mmg rasa lebih kurang daging tp bukan . Sbb guna cendawan.Sedap jugak.
Quote natrahn 26-9-2019 11:42 AM
Suchi replied at 26-9-2019 11:39 AM
Oh ok la utk vege bleh gak merasa makan kepsi hahah penah mkn kari daging vege mmg rasa lebih kurang ...

Kat Malaysia da ada restoran vegan ke? Area mana tu?
Quote Suchi 26-9-2019 11:52 AM
natrahn replied at 26-9-2019 11:42 AM
Kat Malaysia da ada restoran vegan ke? Area mana tu?

Tak makan kat restoran tp org bagi huhu rasanya ade je  restoran tu kan ramai kan yg amalkan diet vegan bagai ni.
Menu ikea pun ade yg bebola sayuran tu ade quinoa pastu bebola tu guna kacang dal campur apatah lg iols suka tp la ni dah mcm xde plak.
Quote videcloset 26-9-2019 11:57 AM
if it's vegan and bebas all those artificial stuffs bagus jugak
Quote Boomibulat 26-9-2019 11:59 AM
Cantik jgk KFC kaler hijau..
Quote matchstick 26-9-2019 12:07 PM
ada foodcourt kt ofis ni jual makanan vege lauk tengahari. penah lah amik lauk vege tu nk try. dia masak mcm ayam masak merah, masak kicap semua ada. xsedap bagi aku 'ayam' tu
Quote Perawankota 26-9-2019 12:15 PM
Tapi aku suka makan daging betul plus suka yg Dekat2 tulang tu..
Quote xtahumenahu 26-9-2019 12:17 PM
Malaysia xnak buat ke
Iols suke veggie burger mcd dulu{:full
Quote manjalara_01 26-9-2019 12:27 PM
walaupun kat barat & kat sini pun dah start vegan diet la..etc..

manja was2..kalau nk yakin dgn diet pemakanan yg sihat ikut je..nabi kite...

jgn mudah terpengaruh sgt dgn diet2..vegen ni semua...mesti ade sesuatu disebalik..

Quote RatuDunia94 26-9-2019 12:29 PM
Harga mcm mana plak.. murah ke mahal?
Quote Artemesiaa 26-9-2019 12:31 PM
Makin ramai jadi vegetarian jadi bila ada menu baru macam ni tak hairan kalau ia dapat sambutan
Quote natrahn 26-9-2019 01:49 PM
RatuDunia94 replied at 26-9-2019 12:29 PM
Harga mcm mana plak.. murah ke mahal?

Imposter Burger tu £3
Quote Lolalala 26-9-2019 02:16 PM
natrahn: Kat Malaysia da ada restoran vegan ke? Area mana tu?


Dulu pernah makan dekat food court IJN. Igt daging betul, sekali ada kayu eskim dalam dia. Rasa mmg seakan ayam, daging, kambing
Quote princessjay 26-9-2019 02:44 PM
pernh mkn ayam vegan ni, sedap gak..sesekali ubah selera..  xingat mkn kt foodcourt mane..
Quote natrahn 26-9-2019 03:59 PM
Lolalala replied at 26-9-2019 02:16 PM
Dulu pernah makan dekat food court IJN. Igt daging betul, sekali ada kayu eskim dalam dia. Rasa  ...

Teringin juga nak try.. Negara omputeh ni dah banyak restoran yang jual vegan food nih kan....
Quote felinecat 26-9-2019 04:33 PM
Kalau dari soya, alamat koleterol level tinggi
Quote felinecat 26-9-2019 04:35 PM
Suchi replied at 26-9-2019 11:39 AM
Oh ok la utk vege bleh gak merasa makan kepsi hahah penah mkn kari daging vege mmg rasa lebih kurang ...

Portobello myshroom.sedap gak, tp nahei
Quote natrahn 26-9-2019 04:49 PM
felinecat replied at 26-9-2019 04:35 PM
Portobello myshroom.sedap gak, tp nahei

Rasa macam ayam??
Quote Suchi 26-9-2019 06:22 PM
felinecat replied at 26-9-2019 04:35 PM
Portobello myshroom.sedap gak, tp nahei

Ikutkan cendawan punya rasa mmg menyerupai rasa daging n ayam contohnya kulat tahun or kulat punai ke apatah namanya yg muncul time musim hujan tu.
Sedap tu rasa dia macam  rasa ayam kat bahgian drumstick tu huhuhu.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.130486 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top