Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Masa Untuk Periksa Tahap Kebersihan Mereka" - Vivy Yusof Buat Lawatan Mengejut Di UiTM

25-9-2019 05:52 PM|Oleh: LilRose| Komen: 32

Teruja betul warga dan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam terutama Kolej Seroja apabila ikon fesyen Datin Vivy Yusof membuat kunjungan mengejut.


Kredit foto: IG

Vivy berkongsi lawatannya itu di laman Instagram.

"Melihat sendiri buat kita percaya. Saya suka pergi ke Kolej dan melihat sendiri bagaiman keadaan mereka, bilik, tandas, locker dan memeriksa tahap kebersihan mereka.

"Sekarang masa untuk memeriksa kesemua 35 kolej. #kepoh #uitmdihatiku," tulis Vivy di IG Storynya seperti dipetik Gempak.


Kredit foto: IG

Tujuan lawatannya ke UiTM adalah untuk mengenali lebih dekat warga universiti itu selain menghadiri mesyuarat bersama barisan pengarah tertinggi bagi menyelami hal berkaitan hal ehwal pelajar.

Katanya, dia sengaja tidak memaklumkan terlebih dahulu niatnya membuat lawatan mengejut ke kolej-kolej UiTM kerana mahu melihat sendiri keadaan sebenar mereka.
 
Dalam masa sama, Vivy menjelaskan dia sengaja memilih Kolej Seroja kerana ia merupakan kolej pembantu peribadinya yang merupakan bekas graduan universiti itu.



Vivy sebelum ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai ahli lembaga pengarah termuda UiTM pada Mei lalu.

Menerusi ruangan komen, ramai yang teruja dengan lawatan Vivy itu. 

Bagaimana pula dengan anda? Teruja tak kalau menerima kunjungan mengejut daripada Vivy? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 32
Komen

Previous : Kak KM Bakal 'On The Way Ke Hatimu', Jom Teka Macam Mana Muzik Videonya Nanti?

Next       : "Kata Minat Sangat Naim Tapi Kakak Naim Pun Tak Kenal"- Kakak Naim Daniel Sindir Peminat

Komen Terbaru

Quote Cicisweets 2-11-2019 11:27 AM
Kadaisaku replied at 26-9-2019 08:37 AM
Founder yg jual tudung ni mmg selalu pakai tudung tak cukup kain ye? Sian {:cryrun

Lagi hanat founder x pakai tudung gigih jual tudung

Lain-lain Komen

Quote Miss.H 25-9-2019 06:04 PM
Teringat kisah warden datang sportcheck bilik ke bilik. Laju je masuk bilik kunci pintu pastu duk senyap-senyap. Kang xpasal2 kene denda
Quote julielapadite 25-9-2019 06:35 PM
Miss.H replied at 25-9-2019 06:04 PM
Teringat kisah warden datang sportcheck bilik ke bilik. Laju je masuk bilik kunci pintu pastu duk se ...

cakap pasal spot check tetiba teringat ada student lain yang sorok tv la, microwave la dlm almari. habis kena rampas.

tp student yang kurang ber'uang' ni masak meggie pun dlm baldi je ye dak. omellete atas seterika...
Quote Zona2020 25-9-2019 06:46 PM
Aleh.. Dia kaya pun sbb dpt geran dri pnb.. Bukan sikit puluh juta..
Quote MissLana 25-9-2019 06:57 PM
wow kolej aku dulu jgk ni byk monyet masuk tingkap. and bilik panassssssssssss
Quote Kurex 25-9-2019 06:58 PM
Celah mana ikon fesyen ntah.. Yg program reality fesyen dia dekat asterok ria pun ntah mana pemenang tu..
Quote Perawankota 25-9-2019 09:35 PM
Ingat zaman duduk kt kolej chempaka uitm. Basuh seluar jeans dua helai, selai mesti ilang.. Hampeh betul..
Quote matchstick 25-9-2019 09:40 PM
Posing kt pintu jamban hostel je pun kemahen lagi
Quote HannahMontana 25-9-2019 10:06 PM
semakin teruk agama dibuatnya

leher nampak makin semakin  melondehhhhh

xlama bercerai dgn laki biul ,dagu jendul dia tu.
Quote Lagubestbest 25-9-2019 10:15 PM
Zona2020 replied at 25-9-2019 06:46 PM
Aleh.. Dia kaya pun sbb dpt geran dri pnb.. Bukan sikit puluh juta..

Memang semua orang buat bisnes modal duit orang lain la.
Quote venomlady 25-9-2019 10:45 PM
laa..dia makan kek pandan kelapa kat majlis org pun ko korek kelapa dia and kutil2 kat tepi meja as if ada org nak pungutkan. Talk about spotchecking kebersihan bilik..u urself had showed ppl your own character on IG story b4. Talk walk the talk pun...mcm bosan dah cite sia ni. Calling herself perfectionist..but mmm....tgk ajelah drama masing2. Used to be inspired by her..but sejak tudung itik rega beratus2 dia jual..tak tau motif jual tudung nak galak org berhijab or nak jadi makin kaya and tersohor..?
Quote dramaking007 25-9-2019 10:48 PM
Lagubestbest: Memang semua orang buat bisnes modal duit orang lain la.


xsemua lah....cth nak buat bisnes affiliate atau dropship pakai dlu duit sendiri blh utk marketing...nak mula apa bisnes modal kcik dlu boleh.melainkan dah ada income tetap dan nak buat loan atau cari pelabur utk besarkan bisnes brula pergi next stage.kalau kt set dlm otak kene pakai duit org besar down pulak usahawan kecik nak start bila dgr.small baby step boleh jadi besar akan dtg.start small dgn apa yg ada dlm tangan dlu.
Quote Nurza 25-9-2019 11:44 PM
Pergi Mesyuarat mcm pkai bju nk ke pantai.. Tak sesuai lahh
Quote LadyCarefree 26-9-2019 12:08 AM
Zona2020: Aleh.. Dia kaya pun sbb dpt geran dri pnb.. Bukan sikit puluh juta..



Famili pun kaya raya.
Quote LadyCarefree 26-9-2019 12:09 AM
Lagubestbest: Memang semua orang buat bisnes modal duit orang lain la.



Kalau loan satu hal.
Quote LadyCarefree 26-9-2019 12:10 AM
HannahMontana: semakin teruk agama dibuatnyaleher nampak makin semakin  melondehhhhhxlama bercerai dgn laki biul ,dagu jendul dia tu.


Jangan lupa mulut itik
Quote Kadaisaku 26-9-2019 08:37 AM
Founder yg jual tudung ni mmg selalu pakai tudung tak cukup kain ye? Sian {:cryrun
Quote syadq 26-9-2019 09:08 AM
Lepas spot check boleh cadang upgrade fasiliti kolej, lepastu naikkan yuran.
Quote LostStar 26-9-2019 10:27 AM
apa selekeh naw ni... tempat daku pon ada artis sblm ni jd ahli lembaga.. tp setiap kali mai segak tuuu dengan pakaian dia.. vv gagal dlm berfesyen.. tak faham kenapa ramai yang sanjung dia..
Quote kucingitam 26-9-2019 11:46 AM
ahli lembaga pengarah tak perlu ikut sahsiah rupa diri eh..hmmm....

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.107791s Gzip On
To Top