CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jimat RM4! Resepi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

3-10-2019 12:11 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12207| Komen: 40|Original author: Oleh: natrahn

Description: Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.

Kredit foto:  Axuricca Razali  & Qhamcyahh Hidayat 

Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.

Sebenarnya, anda boleh buat sendiri ayam goreng mamak sedap seperti di kedai atau restoran mamak. Malah, buat ayam goreng sendiri lebih jimat masa dan ekonomi. 

Menurut Axuricca Razali yang telah mencuba resepi dikongsikan Qhamcyahh Hidayat yang tular baru-baru ini, hasilnya benar-benar seperti ayam goreng yang dijual di restoran mamak! 

Cukup pedas, cukup sedap dan sangat rangup! Ini bukan cubaan, ini betul-betul!

Ini dia Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih oleh Qhamcyahh Hidayat  yang telah dikongsi 1.9k untuk anda cuba.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari


Kredit foto: Axuricca Razali

Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama satu jam. Untuk hasil yang lagi 'umph' boleh perap semalaman. Perap lagi lama, lagi sedap!

Kredit foto: Axuricca Razali

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.

Kredit foto: Axuricca Razali

Setelah masak, boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih beserta lauk pilihan atau enak dimakan begitu saja. Yang pasti, haruslah hingga menjilat jari!


Kredit foto: Qhamcyahh Hidayat 

Mudah bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! - CARI

Resepi Asal dari Qhamcyahh Hidayat 
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-10-2019 12:34 PM
Aku pernah buat.. Tp nak sedap jgn bagi cair.. Buat bg melekat elok kat ayam tu dan perap paling cepat 2 jam.. Api x leh kuat sgt.. Habis ayam goreng mamak aku buat masa berbuka posa tahun ni
Quote Kurex 3-10-2019 12:37 PM
sarah82: Aku pernah buat.. Tp nak sedap jgn bagi cair.. Buat bg melekat elok kat ayam tu dan perap paling cepat 2 jam.. Api x leh kuat sgt.. Habis ayam goreng  ...


Kalau dilamar mamak, kau nak tak @sarah82 ?
Quote sarah82 3-10-2019 12:39 PM
Kurex replied at 3-10-2019 12:37 PM
Kalau dilamar mamak, kau nak tak @sarah82 ?


Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat aku nami tanjung versi puteh gebu.. Hahahaa.. Sampai kawan2 aku jeles sbb aku selalu dpt harga murah dari depa
Quote Boomibulat 3-10-2019 12:41 PM
X pnh rs nk mkn aym grg merah ni...
Quote Kurex 3-10-2019 12:58 PM
sarah82 replied at 3-10-2019 12:39 PM
Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat ak ...

Amboiiiii terus teringat kenangan makan mamak tak payah bayar masa arwah lect aku hidup lagi
Quote sarah82 3-10-2019 01:02 PM
Kurex replied at 3-10-2019 12:58 PM
Amboiiiii terus teringat kenangan makan mamak tak payah bayar masa arwah lect aku hidup lagi

Hahaha...aku muka ikut arwah tok aku sikit.. Ada rupa ala2 mamak dan arab.. Kalau aku bawa tok Sharifah aku mengasuh ni pi check up.. Dr selalu ingat aku cucu dia ...haha..

Tak pernah free lagi kecuali org belanja.

Al Fatihah utk arwah Lect ang... Org yg baik2..Allah syg.
Quote imransulaiman 3-10-2019 01:02 PM
Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good
Quote Perawankota 3-10-2019 01:55 PM
Sedapnya aaa ayam goreng
Quote sudahlah 3-10-2019 03:34 PM
mesti rangup ni
Quote EmaAsmadi 3-10-2019 06:37 PM
Banyaknye bahan
Quote natrahn 3-10-2019 08:31 PM
imransulaiman replied at 3-10-2019 01:02 PM
Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good

ok..tq..saya pun nak cuba nanti
Quote diss69 3-10-2019 09:34 PM
imransulaiman replied at 3-10-2019 01:02 PM
Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good

Tq2....nk try buat jugak nnti..
Quote kuihbakar 3-10-2019 10:28 PM
sarah82 replied at 3-10-2019 12:39 PM
Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat ak ...

Mesti cantik orangnya
Quote sarah82 3-10-2019 10:29 PM
kuihbakar replied at 3-10-2019 10:28 PM
Mesti cantik orangnya

Oh.. Tak.. Biasa saja kaka.. Plain jane
Quote ikanmasin 3-10-2019 10:43 PM
tq share resepi ni..nnt nak jg cuba..
Quote imransulaiman 4-10-2019 04:42 AM
natrahn replied at 3-10-2019 08:31 PM
ok..tq..saya pun nak cuba nanti

Try lah.. Tapi ayam goreng mamak ni kena perap semalaman..baru rasa dia kebaboom!
Quote imransulaiman 4-10-2019 04:44 AM
diss69 replied at 3-10-2019 09:34 PM
Tq2....nk try buat jugak nnti..

Yogurt yang takde flavour ye.. Lepas tu mesti perap semalaman.. Baru tambah terangkat rasa dia!
Quote diss69 4-10-2019 07:58 AM
imransulaiman replied at 4-10-2019 04:44 AM
Yogurt yang takde flavour ye.. Lepas tu mesti perap semalaman.. Baru tambah terangkat rasa dia!

Ok2.. Tq eaa..
Quote MadameOnion 4-10-2019 08:51 AM
laki aku mamak peranakan penang tapi aku tak penah pun masak ayam goreng mamak ni..tak guna punya bini..hahaha

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.113336 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top