Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kerana Trend Sondol Suami Orang, 'Kisah Rumah Tangga' Jadi Portal Kaunseling Popular

30-9-2019 10:20 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 11

Pepatah dahulu ada mengatakan 'jangan jaga tepi kain orang'. Tetapi, relevankah pepatah ini pada masa sekarang?

Kini, amalan menjaga tepi kain orang sudah menjadi lebih mudah dengan adanya media sosial. Apa lagi jika tuan punya kain sendiri yang suka rela untuk menjaja cerita masing-masing.


Kredit foto: Facebook

Dua portal atau kumpulan Facebook yang paling popular adalah Kisah Rumah Tangga yang mempunyai 1.5 juta pengikut dan Kisah Rumah Tangga Fans yang mempunyai lebih 400 ribu pengikut, kebanyakannya golongan suri rumah.


Kredit foto: Facebook

Dengan jumlah pengikut yang tinggi, portal ini menjadi pusat kaunseling untuk kaunselor berkongsi pendapat dan jalan penyelesaian. Bagaimanapun, ada juga yang sekadar membawang dan mentertawakan masalah dihadapi tuan punya thread.

Seimbas lalu, berikut Top 5 masalah yang sering diutarakan;

1. Suami Disondol Orang, Curang; Biasanya oleh kenalan baru mahupun oleh kenalan lama, sering kali kerana si suami sudah tidak lagi tertarik dengan si isteri.


Kredit foto: Facebook


2. Suami Panas Baran/Kasar: Suami yang tidak romantik, mengasari isteri dan berubah perangai selepas berkahwin, mengabaikan dan mendera.


Kredit foto: Facebook


3. Suami Tidak Bagi Nafkah/Masalah Kewangan: Suami yang mengabaikan tanggungjawab dari sudut kewangan, menyebabkan isteri terkapai-kapai.


Kredit foto: Facebook


4. Campur tangan ibu bapa/mentua: Berpunca akibat tidak direstui ataupun perselisihan kerana tinggal bersama ibu bapa/mentua.

Kredit foto: Facebook


5. Kes Cerai/bermadu: Setelah kesemua masalah di atas tidak dapat ditangani, bercerai atau bermadu adalah antara langkah yang akan diambil.


Diakui bahawa bertanyakan masalah peribadi di Internet membawa beberapa kebaikan contohnya khidmat nasihat percuma dan mudah serta wadah bertukar pendapat dengan mereka yang pernah mengalami masalah sama.


Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, dari sudut negatifnya portal itu bukan sahaja menjadi pusat membawang, malah silap langkah akan membuka aib dan merosakkan lagi hubungan dengan nasihat tidak bertauliah. Lebih buruk, jika identiti dibocorkan menyebabkan kehilangan privasi dan merosakkan nama baik.

Jadi, berhati-hatilah agar kegilaan realiti alam maya ini tidak menjadi duri dalam daging yang boleh mengancam keharmonian rumah tangga. 

Bagaimana pula pendapat anda? Sejauh manakah platform sedemikian sesuai dijadikan tempat meluahkan masalah? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Previous : Ini Contoh Hadiah Hantaran Berguna Selepas Kahwin, Khas Untuk Bakal Pengantin Baru!

Next       : Anak Mati Akibat Hubungan Songsang, Teknik 'Bondage' Bawa Padah

Komen Terbaru

Quote AmyOpy 30-9-2019 02:06 PM
Nasib aku xfollow KRT
nanti xpsl2 aku jd makcik bawang

Lain-lain Komen

Quote isseliparjepun 30-9-2019 10:43 AM
Sendiri bila dah post di socmed, maka bersedia sajalah menerima nasihat2 sama ada bertauliah atau tidak. Jangan mengharapkan komen murni murni. Kadang kadang ada kisah macam menampakkan watak isteri macam drama indon, selalu buat itu ini, dia sajalah berkorban itu ini, si suami goyang kaki. Pelik pulak.
Quote RatuDunia94 30-9-2019 10:44 AM
Mostly citer dlm tu rekayasa jah pon...
Quote jane_hopper 30-9-2019 10:55 AM
Dkt tinder bersepah laki org cari sidechicks & scandal, ada yg sekadar go coffee2, but most of them ended on bed, kbyakkannya married man & anak pun berderet2, so mmg tak heran byk kes mcm ni nowadays
Quote chicozinn 30-9-2019 11:24 AM
aku da lama xaktif kat fb..lelagi member2 aku suka bebenor follow krt ni smpai naik kat noti aku..kemurungan kot kalu baca citer2 kat krt ni..
Quote awanysss 30-9-2019 11:47 AM
aku lg prefer baca iium confession.. lg ilmiah.. org2 kat page KRT ni komen dia kurang ajar sgt.. selamba badak je cerita perangai biadap dorang ngan laki atau keluarga mertua.. lgsg tak jaga aib padahal masih laki bini..
Quote Sang_Pencinta 30-9-2019 01:16 PM
RatuDunia94 replied at 30-9-2019 10:44 AM
Mostly citer dlm tu rekayasa jah pon...

Mskyil kekadang cerita guna laras bahasa yg sama?

Adakah rekaan admin semata-mata?
Quote Gomea 30-9-2019 01:21 PM
Nasib baik aku dah takde fb. Dulu aku suka jugak baca krt tu.
Quote URUHA 30-9-2019 01:24 PM
Pprt sgt yach share kisah rumah tangga kt media sosial. X rasa malu ke kalau keluarga & kawan2 baca? Seeloknya bincang baik2 secara peribadi. Kalau da teruk sgt better minta nasihat counselor. Kalau dah share kt page mcm tu hadap je la komen2 acik bawang yg x bertauliah
Quote Sazida 30-9-2019 01:28 PM
Aku unfollow dh page krt ni sebab mcm hassanah jer citer. Xnafi ade yg betul tp entahlahh. Mls nk ambik port sgt. Beribu2 komen tu nanti ade lah up psl laki sendiri or bini sendiri. So cheap
Quote pitera 30-9-2019 01:35 PM
kebanyakan cerita admin sendiri yg tulis. kalo tetiba ada confession dah bagi duit 200 belanja bulanan lepas tu bini mintak lagi, mmg saje la tu. cerita nak naikkan rating je
Quote AmyOpy 30-9-2019 02:06 PM
Nasib aku xfollow KRT
nanti xpsl2 aku jd makcik bawang

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091151s Gzip On
To Top