CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Satu Kelainan, Seluar Dalam Unik Ini Guna Motif Tradisi Sarawak

2-10-2019 10:46 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4783| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Kebanyakan lelaki lebih suka memakai seluar dalam tanpa motif atau sebarang hiasan. Tapi, bagi yang inginkan kelainan, sebuah jenama milik tempatan kini mengeluarkan seluar dalam dengan motif batik te ...
Kebanyakan lelaki lebih suka memakai seluar dalam tanpa motif atau sebarang hiasan. Tapi, bagi yang inginkan kelainan, sebuah jenama milik tempatan kini mengeluarkan seluar dalam dengan motif batik tempatan.



Kredit foto: Twitter

Jenama Bartek by DCM kini menjadi bualan warganet apabila mengeluarkan seluar dalam lelaki dengan motif batik yang unik.

Bartek by DCM menjelaskan rekaan itu bertujuan untuk menghargai warisan dan budaya dengan mengekalkan rekaan berunsur tradisional dalam semua jenamanya.

Seusai dimuat naik di Twitter, rekaan itu mendapat reaksi positif dan ramai yang memujinya. 


Kredit foto: Twitter

Pengasas jenama itu, Shahrulnizam Samawi, 30, anak jati Sarawak berkata beliau mendapat idea selepas mendapati sukar mencari rekaan jenama tempatan yang mempunyai motif menarik. 

"Saya berpendapat ini cara baru untuk mempromosi tradisi melalui fesyen, selalunya batik hanya untuk pakaian formal dan gaun, kini lebih moden dan praktikal," katanya.


Kredit foto: Twitter

Selain Pua Kumbu, motif lain termasuklah reka bentuk yang diilhamkan dari songket Melayu dan 'Pucuk Paku' iaitu paten biasa dalam fabrik Melayu.

Walau bagaimanapun, mungkin ada juga yang kurang bersetuju kerana motif Pua Kumbu yang sinonim dengan upacara khas dan melambangkan status di kalangan orang Iban digunakan sebagai pakaian dalam.


Kredit foto: Twitter

Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai jenis fabrik yang digunakan kerana kain jenis songket sememangnya menghasilkan geseran dan tidak sesuai sebagai pakaian dalam, apa lagi seluar dalam lelaki.



Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Twitter

Usaha Batek by DCM semamangnya boleh dipuji, tapi sejauh manakah reka bentuk ini akan menjadi pilihan di pasaran tempatan memandangkan kebanyakan lelaki masa kini lebih suka rekaan yang ringkas? - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 2-10-2019 10:48 AM
cantik..jgn jual harga yahudi dahla..
Quote sarah82 2-10-2019 11:05 AM
Cantik.. Sesuai la utk lelaki..
Quote RatuDunia94 2-10-2019 11:10 AM
Cantik gak.. tp org bukan tau pon ko pakai seluar dalam apa.. unles ko keluar jalan2 pakai spender je..
Quote Sang_Pencinta 2-10-2019 11:13 AM
Ini kalau mandi swimming pool tak segan sangat banding sepentot kecik
Quote Artemesiaa 2-10-2019 12:47 PM
Betul sesuatu yang lain dari yang banyak ada dipasaran.  Boleh tahan juga designnya.
Quote febreze 2-10-2019 01:59 PM
slalu gayah je beli ni.
Quote chinta89 2-10-2019 05:01 PM
lps ni agi mcm2 org jual yg ptg niat utama NK UNTUNG bila viral.

kedua, barulah sb nk kekalkan warisan bla bla bla.

sape je x nk untung byk. fikirkan ape yg oleh jadi viral, itu la yg kita buat utk tarik pembeli.

mcm yg jual syampu bodo dlm bekas murahan tuh. agitchuw!
Quote supernaturalee 2-10-2019 08:34 PM
Amboi yg baju putih tu
Kemain flirting ye


Quote komotthecat 2-10-2019 10:58 PM
mcm seluar yg mak i jahit guna lebihan kain baju kurung time kecik2 dlu
Quote gideoncross 3-10-2019 01:00 AM
Kurex x nak komen kat post ni ke?
Quote chicozinn 8-10-2019 01:51 PM
Sang_Pencinta replied at 2-10-2019 11:13 AM
Ini kalau mandi swimming pool tak segan sangat banding sepentot kecik

btul gak cadangan ko ni

Quote giyomi 11-10-2019 08:29 PM
tak lama lg ada yg claim tu underwear diaorg

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.331536 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top