CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baru 6 Tahun, Si Cilik Dari Malaysia Menang Pertandingan Piano Antarabangsa Di Vienna!

30-9-2019 10:56 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 3899| Komen: 14|Original author: Oleh: ramossterritory

Description: Luar biasa! Itulah perkataan yang mampu menggambarkan kehebatan Olivia Lim Ling yang berusia enam tahun dalam kemampuannya merangkul kejuaraan pada pertandingan "Vienna" Grand Prize Virtuoso 2019. ...
Luar biasa! Itulah perkataan yang mampu menggambarkan kehebatan Olivia Lim Ling yang berusia enam tahun dalam kemampuannya merangkul kejuaraan pada pertandingan "Vienna" Grand Prize Virtuoso 2019


Kredit Foto: Malay Mail

Menurut sumber dari Malay Mail, gadis berasal dari Petaling Jaya itu menewaskan wakil dari 21 negara lain dengan memainkan Frederic Chopin's Waltz dalam E-Flat Major.

Pertandingan itu berlangsung di dewan ikonik Wiener Musikverein, Vienna pada 3 September lepas. Dewan tersebut dikenali sebagai salah satu dewan konsert termahsyur di dunia. 

Olivia dikatakan telah menumpaskan peserta-peserta muda lain yang datangnya dari Brazil, United Kingdom, United States of America, Italy, Hong Kong, Singapore, Israel dan banyak lagi.


Kredit Foto: Hitz.com

Selain memenangi pertandingan berkelas antarabangsa itu, gadis luar biasa tersebut juga pernah memenangi beberapa pertandingan lain dalam dan luar negara. 

Olivia mula berjinak dengan piano sejak berusia empat tahun lagi. Dia pernah dijemput untuk bermain di beberapa lokasi bertaraf gergasi seperti Philharmonie de France di Perancis dan Royal Albert Hall di London, tempat bersejarah di mana Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah melakukan konsert. 

Tahun ini, Olivia dijemput untuk bermain di Carnegie Hall di Manhattan, New York. Dikatakan, dewan tersebut begitu bersejarah kerana telah berusia 128 tahun.

Berikut merupakan video Olivia memainkan lagu yang menobatkannya sebagai juara antarabangsa di Vienna, cuma di lokasi yang berbeza.



Kedua-dua datuk dan nenek kepada Olivia menyatakan betapa bangganya mereka di atas kejayaan tersebut dan menyifatkan kemenangan itu sebagai satu 'kebanggaan Malaysia' dalam satu post yang telah dikongsikan melalui Facebook dan kami semua bersetuju dengan kenyataan itu. 

Tahniah Olivia dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di mata dunia! - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 30-9-2019 12:30 PM
Jap lai dapat DATO

Dato Olivia

Whoaaaa waa lapat latokkkkk...huaaawweeeeii
Quote munchkin 30-9-2019 12:51 PM
Tahniah adik olivia

Difficult jugak piece ni.
Quote Gomea 30-9-2019 01:16 PM
Tahniah adik
Quote moonbug 30-9-2019 02:20 PM
Good job Olivia
Quote Artemesiaa 30-9-2019 04:27 PM
Tahniah buat beliau
Quote salmon-suki 30-9-2019 08:44 PM
Chopin ye..susah jgk tu..tp nape video dah kena removed by user?sedih sbb x sempat tgk adik tu main..{:cryrun
Quote sarahmirza 30-9-2019 09:07 PM
Video dh kena removed...
Tak dpt tengok
Quote any42 30-9-2019 10:17 PM
wahhh tahniah dik.
Quote diss69 1-10-2019 10:54 AM
Tahniah2.. {:love{:love{:love
Quote chinta89 2-10-2019 09:49 AM
Tahniah  dik Olivia!
Quote Mejami 4-10-2019 09:29 AM
Tahniah...bangga adik ni pegang Jalur Gemilang tak terbalik {:good
Quote puanbintang 23-10-2019 03:28 PM
comelnya awak! tahniah. adek
Quote Kak-Leen 23-10-2019 05:16 PM
Walau x dpt tengok persembahan dia, tapi Congrats! Jari aunty keras nak tekan piano tu walau ada sebiji kat rumah ni..
Quote ayra.e 2-11-2019 11:24 PM
Bestnye main piano..iolss cume boleh imagine dlm mimpi je main..hihi.congrats dear..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.216523 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top