Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

'Kahwin Senyap-senyap? Saya Masih Bujang' - Fendy Bakry

1-10-2019 10:27 AM|Oleh: natrahn| Komen: 26

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Fendy Bakry atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 31 menafikan berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasih pada penghujung Ogos lalu. 

Pelakon drama Mr Grey itu terkejut apabila membaca gosip mendakwa dirinya sudah bernikah dengan wanita yang turut terbabit dalam industri seni.

"Saya belum lagi berkahwin dan saya sendiri takkan berahsia apabila jodoh sudah tiba. Berkahwin juga bukan perkara main-main, tentunya ia memerlukan persiapan rapi," katanya memetik laporan Berita Harian.


Kredit foto: Astro Awani

Tambah Fendy lagi, sudah tentu dia mempunyai perancangan untuk menaiki pelamin, namun masanya belum tiba untuk dia berbuat demikian kerana begitu sibuk dengan penggambaran drama 65 episod yang belum ditentukan judulnya.

"Soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Apa yang pasti, saya tidak akan berkahwin, tahun ini.

"Jujurnya, saya enggan terlalu memperkatakan soal jodoh, bimbang apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Saya bimbang diri ini juga yang malu nanti," katanya.


Kredit foto:  Berita Harian - Fendy pernah mengalami sakit misteri sehingga terpaksa berubat di kampung halamannya di Beseri, Perlis

Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 itu juga berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

"Saya bukannya seorang yang suka berkongsi kisah peribadi, terutama membabitkan pasangan dan keluarga. Biarlah hanya saya yang ke depan, tanpa perlu membabitkan mereka," ujarnya lagi.

Bagus juga Fendy. Lebihkan produktiviti, kurangkan kontroversi. Selamat maju jaya ya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 26
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Bila Upload Foto Anak Mesti Kena Kutuk - Rita Rudaini

Komen Terbaru

Quote natrahn 3-10-2019 08:13 AM
unguaurora replied at 2-10-2019 06:30 PM
Heols ni irl mmg kelabu ke? Kepam nmpknya. Sesuai btl tajuk drama debut heols tajuk yg ada grey tu

aah..kaler nya memang gitu... sib baik dia tak asyik sebut ja kaler dia kan...

Lain-lain Komen

Quote Kurex 1-10-2019 10:37 AM
Manis senyumannya..

Acik2 mesti kemam bibir tak keruan tgk fendi, tapi tak boleh membirah.. Cuma boleh maki org membirah walaupun hati meronta2 nak keluar dari kepompong..

Semoga dapat tengok senyuman fendi sentiasa..
Quote momopoko 1-10-2019 10:44 AM
Dia ni ke berlakon ajari playboy apa tuh? dalam tu nampak sangat la berkarat
Quote ezacbee 1-10-2019 10:50 AM
Skali pandang cam muka pakya senario
Quote Noraniza_Iblis 1-10-2019 11:12 AM
ade sape2 kesah ke si kepam ni kahwin or single..
Nexttttt
Quote Gomea 1-10-2019 11:22 AM
Dia tak hensem tapi senyuman dia manissss
Quote aemon 1-10-2019 11:34 AM
aku sampai sekarang teringat adik ipar aku cakap.."tak layak langsung jadi playboy..berkerak sangat..muka orang kuala."tergelak2 aku dia cakap macam tu.sampai sekarang aku teringat2 ayat dia..

Tapi fendy ni pandai berlakon..natural je dia berlakon..dalam cerita ajari playboy itu...
Quote nazzse 1-10-2019 04:04 PM
tak boleh tengok dia belakon, automatik nak terkutuk ajer walapun belakon ok...tapi senyum dia manis betul
Quote doubleA 1-10-2019 04:06 PM
Oo dah ada awek la eh
Quote Perawankota 1-10-2019 09:18 PM
Berlakon sedap.. Tp muka agak suram..
Quote rosannazmia 1-10-2019 09:47 PM
Skrg x beberapa nak kepam dah.gigi pon dah makin cantik xde karats stain rokok..ni apa yg haku npk lah..kot mata dah rabun ntah ler..tp sbb senyuman dia ikhlas n manis sgt2 tu jd dia wajibun jaga aset dia tu ...tu ja aku nak kata..kira leh lar jd ajari playboy tu kowt sbb dlm ceta jd org kaya ramai ja org kaya berpesonaliti kepam tp ramai ja chiki2 melekap gaytuhhhhhhh...realiti ler drama tuh
Quote MissCarcosa9753 2-10-2019 12:34 AM
Makin laku
Quote gelas_pelastik 2-10-2019 09:15 AM
tak handsome, tapi sweet
Quote NazRysha 2-10-2019 10:05 AM
aik hari tu mcm nak mati sgt dah
alhamdulillah panjang umur ko
pernah tgk sekali dia berlakon ngan mira filzah
tajuk teksi love kot
ya ampun, mmg berkerak habis
siyes mmg xherlok
remy hitam gak tp tak nampak berkerak
awat yer?
Quote Ritacomels 2-10-2019 10:54 AM
Kurex replied at 1-10-2019 10:37 AM
Manis senyumannya..

Acik2 mesti kemam bibir tak keruan tgk fendi, tapi tak boleh membirah.. Cuma  ...

X langsung.. Tgk muka dia kt tv terus ku tutop takot terkutuk kang dosa lak hahaaa
Quote Kurex 2-10-2019 11:04 AM
Ritacomels replied at 2-10-2019 10:54 AM
X langsung.. Tgk muka dia kt tv terus ku tutop takot terkutuk kang dosa lak hahaaa

tak pernah tengok dia berlakon lagi.. ok ke tak? ke kayu kayan?
Quote Ritacomels 2-10-2019 12:22 PM
Kurex replied at 2-10-2019 11:04 AM
tak pernah tengok dia berlakon lagi.. ok ke tak? ke kayu kayan?

Dia belakon ok je.. Tp muka dia kepam n terlalu desa utk watak playboy, naseb senyum je manis skit, x caya ko gi youtube tgk drama ajari playboy itu skang hahahhah
Quote Kurex 2-10-2019 01:37 PM
Ritacomels replied at 2-10-2019 12:22 PM
Dia belakon ok je.. Tp muka dia kepam n terlalu desa utk watak playboy, naseb senyum je manis skit ...

nak google fendy shirtless
Quote Teru2Bozu 2-10-2019 01:40 PM
cerita apa tah yang dia belakon ngan emma maembong tuh? dalam cerita tu punya la kepam berkarat..
Quote sok_suci 2-10-2019 01:42 PM
Dia ni mcm kembar ngan ruzaini designer

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.138141s Gzip On
To Top