CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

#BoycottMalaysia Trending, Rakyat India Marah Kenyataan Tun M Mengenai Krisis Kashmir

1-10-2019 10:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10288| Komen: 123|Original author: Sang_Pencinta

Description: #BoycottMalaysia Trending, Rakyat India Marah Kenyataan Tun M Mengenai Krisis Kashmir
Tanda pagar #BoycottMalaysia kini sedang trending di Twitter berikutan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengenai situasi terkini di Jammu dan Kashmir.

Mengulas mengenai krisis Rohingya di Rakhine dan Palestin di Gaza yang sudah berlanjutan, Tun Mahathir menggunakan krisis di Jammu dan Kashmir sebagai contoh perlunya India memberi kerjasama kepada Pakistan untuk menanganinya.


Kredit foto:


"Walaupun sudah ada resolusi PBB meminta kedua negara untuk mengambil tindakan, namun krisis Jammu dan Kashmir terus berlanjutan," kata Tun M dalam akaun Twitter @chedetofficial.

Bagaimanapun, kenyataan Tun M itu mendapat maklumbalas yang hangat daripada netizen terutamanya rakyat negara India yang beranggapan kenyataan Tun M menyokong Pakistan.


Kredit foto: Twitter


Sebagai tanda tidak puas hati, mereka telah memulakan tanda pagar #BoycottMalaysia dan menyeru semua rakyatnya supaya mengelakkan daripada melawat Malaysia sebaliknya melancong ke negara Asia Tenggara yang lain.


Kredit foto: Carian Google


"Malaysia, kamu negara kecil, hanya sebesar kolam mandi kami, jangan cuba-cuba masuk campur urusan negara kami," kata seorang netizen.

"Saya sebenarnya sudah merancang melancong ke Malaysia tetapi saya akan batalkan," tambah seorang lagi.


Kredit foto: Twitter / WOB


Manakala seorang lagi rakyat negara tu mencadangkan India memboikot import minyak sawit, getah dan barangan lain serta menamatkan semua pelaburan ke negara ini. Malahan ada yang mendakwa Malaysia menyokong keganasan.


Kredit foto: Twitter / WOB


Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan balas daripada pemimpin negara tersebut terhadap kenyataan Tun Mahathir setakat ini. - CARI 


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 1-10-2019 10:55 AM
Hamdallah la kalau takmo dtg.
Quote sidewinder 1-10-2019 10:55 AM
sibuk sgt tunjuk hero kat luar....ni haa dlm negara kasi settle dulu....tu currency dah 4 lebih kasi settle dulu
Quote haitu 1-10-2019 11:04 AM
maleysie mmg negare pembawang penyibuk pengurus kain org lain punye patutle bnyk yg meluat
Quote haitu 1-10-2019 11:05 AM
Edited by haitu at 1-10-2019 11:33 AM

Malaysia, kamu negara kecil, hanya sebesar kolam mandi kami, jangan cuba-cuba masuk campur urusan negara kami," kata seorang netizen.

mcm ayat netizen indon punye
Quote Kurex 1-10-2019 11:12 AM
Kedut tua, bagi settle dalam negara la.. Jangan jadi macam indon, negara sendiri huru hara, sibuk nak claim itu ini
Quote iwansa 1-10-2019 11:12 AM
india tak nak ambil balik org india kat malaysia ke tanda boikot?
Quote damian_lee 1-10-2019 11:13 AM
sudah2 la tu membawang negara orang
meh la kita settle kan urusan negara ni


anyway ramai indian kerja kat Malysia ni especialy dalam IT ya .
Quote RatuDunia94 1-10-2019 11:19 AM
India bau bawang.. baguslah x dtg pon..
Quote rykall 1-10-2019 11:27 AM
Edited by rykall at 1-10-2019 11:29 AM

Boleh tak Kerajaan Malaysia jangan sibuk campur tangan hal ehwal negara luar...fokus pd ehwal negara Malaysia yg makin membimbangkan ekonominya dan makin teruk.
Nanti tak pasal2 kena boikot banyak negara..kata negara berkecuali (NAM)...biarlah negara Malaysia bersahabat dgn semua negara, itu lebih baik.Pd saya tak perlulah kita balas dgn sindiran dangkal spt bau bawanglah karilah dll...sbb bila ini isu negara, mereka ada pendekatan masing2. Rakyat India mmg amat sensitif bila bercakap pasal Pakistan...biar Malaysia jadi neutral.
Quote umbut 1-10-2019 11:32 AM
Baguslah x datang.. Datang negara org pun berlagak bawak masaalah... X payah dtg..
Quote Tinot7 1-10-2019 11:33 AM
Dalam situasi begini, adakah rakyat mesia berbangsa India akan menyokong India ataupun mesia? Sanggupkah mereka tidak melancong ke India ataupun membeli barangan India?
Where would their loyalty be? Especially during war times?
I am curious. Ada tak porumers yg berbangsa India di sini?
Quote akakdendeng 1-10-2019 11:38 AM
pekerja dari India yang ramai kat msia ni pun dah boleh bungkus kain baju pegi balik India.
Quote haruslah 1-10-2019 11:38 AM
rykall replied at 1-10-2019 11:27 AM
Boleh tak Kerajaan Malaysia jangan sibuk campur tangan hal ehwal negara luar...fokus pd ehwal negara ...

mesti lah kena masuk campur sket2
kalau x nanati kata PM kecut telor
x berani bla bla bla....
bla berani gini, baru mahacai respekkkk



Quote haruslah 1-10-2019 11:38 AM
btw, bagus la nak boikot malaysia

mohon berambus semua nye ke INDIA yang besarrrrr sgt tu

malaysia ni dah cukup sempit utk tampung kedatangan korang
Quote Atata 1-10-2019 11:41 AM
RatuDunia94 replied at 1-10-2019 11:19 AM
India bau bawang.. baguslah x dtg pon..

Entah. Euww.
Quote Forfoxache 1-10-2019 11:42 AM
Dalam dunia ni at the moment, sorang jer PM yang stick nose dia dalam hal ehwal negara lain. Sorang jer. Lain negara nye leader semua focus hal negara masing2. Takde nak voice opinion on moral virtues of other countries. Persoalannya, why? Aku tau jawapannya tapi korang figure out la sendiri. Dah besar panjang semua. Problem is, because of one’s opinion, the entire country is dragged down. Takleh nak marah India jugak, imagine India punya PM menyelit opinion dia tentang issue Thai separatist kat sempadan Malaysia ngan Thailand dan side the Thai govt. Mesti orang Malaysia pun benggang jugak. Sebelum korang nak melatah. Cuba letak diri korang dalam kasut dorang kat India. Tetiba jer PM negara nun jauh kat Asia tenggara bagi negative komen tentang kerajaan korang. Marah tak?
Quote Artemesiaa 1-10-2019 11:46 AM
Tak rugi mana bukan peyumbang terbesar pun, yang tak nak bekerja disini pun tak mengapa ramai je orang local tengah cari kerja sekarang ni.
Quote dizekni 1-10-2019 11:47 AM
Tak kan boikot je

bawak balik sekali kuil2 takde hakmilik tanah kat sini
Quote aku_best 1-10-2019 11:51 AM
Alhamdulillah..boikot jer lah..x payahlah warga india datang berbondong2 kat sini..

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.368195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top