Zizan Razak berkongsi kisah membahayakan di Instagram tentang seorang pemandu kereta BMW yang tertidur di persimpangan lampu isyarat.
Beberapa orang awam bersama Zizan lain dipercayai datang membantu untuk mengejutkan pemandu tersebut kerana kereta berada dalam keadaan bahaya serta mengganggu lalu lintas.
Situasi cemas itu dikatakan berlaku di Georgetown, Pulau Pinang ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
Disebabkan ramai yang bertanya, maka Zizan menjawab apa yang berlaku dan rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan Zizan tidak mengira bangsa.
Zizan sendiri mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat untuk sama-sama membantu dan bersyukur pemandu tersebut dalam keadaan selamat.
Pasti ini menjadi pengajaran kepada pemandu terbabit selepas ini supaya lebih berhati-hati untuk tidak tertidur lagi dalam keadaan membahayakan.
Bagus tindakan Zizan dan orang awam tersebut. Jika tidak, pasti pemandu tersebut telah menempah maut. Tahniah buat semua bangsa yang membantu! - CARI
|