CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kerja Macam Orang Gila Nak Bagi Mak Melancong" - Wanita Ini Dipuji Warganet

2-10-2019 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4836| Komen: 39

Description: Siapa yang tidak sayangkan ibu sendiri? Dek kerana mahu membahagiakan ibunya, seorang jurusolek pengantin sanggup menghabiskan sebahagian pendapatannya bagi menerbangkan ibunya melancong ke beberapa b ...
Siapa yang tidak sayangkan ibu sendiri? Dek kerana mahu membahagiakan ibunya, seorang jurusolek pengantin sanggup menghabiskan sebahagian pendapatannya bagi menerbangkan ibunya melancong ke beberapa buah negara. 


Kisah yang dikongsikan wanita ini menarik perhatian warganet kerana dia mengakui terpaksa bekerja 'seperti orang gila' bagi menunaikan hasrat ibunya itu.

Kredit foto: Twitter

“Kerja kerja macam orang gila dan Alhamdulillah, dapat bagi mak pergi NZ (New Zealand) 15 hari biarkan aku makan tapau je kat sini,” kata Intan Kaharuddin menerusi Twitter. 

Katanya, ia dilakukan sebagai penghargaan kepada ibu sendiri yang banyak berkorban untuk dirinya dan juga mengasuh anaknya. 


"Mak selalu ada untuk masak, tengokkan rumah dan anak-anak bila aku tak ada.


“Jadi dengan rezeki lebih yang ada, tahun ni aku dapat bagi mak pergi New Zealand. sedih pun ada. (Selama) 15 hari aku kena makan tapau je, tak sedap," katanya lagi. 

Rata-rata warganet berasa senang dengan perkongsian ini dan berharap dapat 'meniru' jejak langkah Intan dalam membahagiakan ibu bapa masing-masing. - CARI 


Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-10-2019 05:31 PM
baguslah... oklah... baguslah... oklah...
Quote seri_mawr 2-10-2019 05:44 PM
waaa....tahniah makcik ada anak yang taahu hargai org tua...

ada stgh anak ni bila dah berlaki lupa mak ayah...hadap benar ke laki...
Quote ajinomotonosuga 2-10-2019 05:45 PM
Klo mak ayah murka..nanti Allah swt pun murka

Klo mak ayah gumbira..nanti Allah swt pun gumbira

Sapa tau kisah jiran nabi musa a.s di syurga? Tau takk?
Quote dubuk 2-10-2019 05:49 PM
macam ni baru betul. ini mak bela cucu lagi masak kasi kau makan satu sen pun tak kasi lagi songlap barang mak
Quote sehirkedi 2-10-2019 05:49 PM
Intan kaharuddin ni selalu bergabung dengan syed dewa dlm youtube. Terhibur tengok dia, gelagat bersahaja. Semoga sheols murah rezeki sentiaza. Sejuk hati mak dapat anak yg mengenang jasa.
Quote matchstick 2-10-2019 06:02 PM
tapi bila mak fizo mintak kt anak dia nk kerusi urut korang kutuk

#donejadibatuapi
Quote matchstick 2-10-2019 06:03 PM
tapi pompuan ni selayaknya lah dia tunaikan impian mak dia...sbb dh kawen pun masih bergantung kt mak tolong masak, jaga anak, jaga rumah etc
Quote Miss.H 2-10-2019 06:05 PM
Aku pun berharap benda yang sama. Ingat tiap2 taun nak belanja family pergi holiday. Tapi tahun ni tak ada rezeki mereka. Hopefully next year afa rezeki lebih
Quote sfrnna 2-10-2019 06:06 PM
Ah. Bagus nya. Bahagiakan mak dulu
Quote lasagnaklcc 2-10-2019 06:09 PM
Bagus la dia belanja mak dia.

Tapi yg mkn tapau tak sedap tu kenapa? Dia masak tak sedap ke atau mak dia takde nak tapaukan masakan sedap?  
Quote Artemesiaa 2-10-2019 06:23 PM
Belanja mak makan angin dah ok tapi lebih baik kalau tak tularkanya
Quote Acikgomen 2-10-2019 06:32 PM
Nasib baik mak mertua acik taktau baca porem
Kalo tak, mampos heshe menangis tepi pintu rumah nak pi jalan2 anak tak kasi
Quote Perawankota 2-10-2019 06:42 PM
Bagusnya.. Semoga mereka diberkati dunia Dan akhirat..
Quote RatuDunia94 2-10-2019 07:46 PM
Masalahnya mak iols x suka travel.  Dia cepat penat.. so dia x suka jalan jauh2.. dia lg suka kalau anak2nya tiap2 minggu balik kampung gathering makan2 sambil jenguknya.. tu dh heaven bg dia... x semua mak org minat sama kan...
Quote MelahJanda 2-10-2019 07:54 PM
Intan ni mcm senget
Quote sukacactus 2-10-2019 07:56 PM
Mak aku jalan dah bertongkat
Mmg xde la nak melancong sana sini
Br smlm belikan mak baja & pokok, dah tu yg dia suka so kita ikutkan je la

Quote rykall 2-10-2019 07:56 PM
Bagusnya belanja emak ke luar negara...satu contoh yg boleh diikuti. Kita bahagiakan ibu bapa, syurgalah balasannya.
Sementara hidup mereka hargailah...
Quote jazaa100 2-10-2019 08:17 PM
matchstick replied at 2-10-2019 06:02 PM
tapi bila mak fizo mintak kt anak dia nk kerusi urut korang kutuk

#donejadibatuapi

Ha..ha....sbb org tau tu duit mawar...
Quote Supersirap 2-10-2019 08:17 PM
Tahniah saudari, kisah saudari boleh dijadikan tauladan kepada semua

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.065608 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top