CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siram Air Panas Dalam Mulut Anak Sampai Mati Untuk Halau Makhluk Halus

3-10-2019 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3394| Komen: 13

Description: Budak lelaki berusia enam tahun maut selepas bapanya didakwa 'cuba mengusir makhluk halus' dengan mencurah air panas ke dalam mulut anaknya.
Budak lelaki berusia enam tahun maut selepas bapanya didakwa 'cuba mengusir makhluk halus' dengan mencurah air panas ke dalam mulut anaknya.

Memetik USA Today, kejadian berlaku di rumahnya di Arizona pada Khamis.



Gambar Hiasan
Foto: Daily Mail

Polis dan anggota bomba yang tiba di lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian mendapati Pablo Martinez dan ibu angkat mangsa, Romelia Martinez sedang berdiri di luar rumah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu sudah berkahwin atau belum.

Pablo memaklumkan kepada polis bahawa kanak-kanak itu dirasuk makhluk halus, jadi dia mencurah air panas ke dalam mulut mangsa untuk mengusirnya.

Sementara itu, Romelia mendakwa ketika kejadian Pablo sedang memandikan mangsa dan seorang lagi kanak-kanak.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan kemudian berlari keluar dari bilik air sambil menangis. Apabila mahu memeriksa, wanita itu mendapati pintu bilik air berkenaan dikunci dari dalam.



Kredit foto: Washington Post

Selepas berjaya dibuka, Romelia terkejur melihat Pablo sedang memegang mangsa di bawah pancuran air panas.

Wanita itu kemudian menghubungi talian kecemasan, manakala Pablo cuba memberi bantuan pernafasan dan menyiram air sejuk ke tubuh kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu mengakui dia menyiram anaknya dengan air panas selama lima hingga 10 minit.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan melecur 15 peratus pada tubuhnya.

Pablo didakwa dengan kesalahan membunuh darjah pertama. - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seller6183 3-10-2019 03:34 PM
mcm ni pun ada ke
Quote sudahlah 3-10-2019 03:37 PM
entah entah bapaknya yang dirasuki makhluk halus
Quote Artemesiaa 3-10-2019 03:41 PM
Tak pasal2 anak hilang nyawa si bapa pasti akan terima hukuman
Quote Kurex 3-10-2019 03:41 PM
patut campak bapaknya ke lubang kuburrrr
Quote palmolive 3-10-2019 03:44 PM
so, makhluk halus lari ke tak?
Quote Gomea 3-10-2019 04:05 PM
Patut curah air panas dalam mulut bapak dia. Sebab dialah setannya.
Quote sarah82 3-10-2019 04:15 PM
Nama martinez.. Mexican atau geng2 Amerika selatan yg mmg masih kuat percaya pada mistik
Quote helicornia 3-10-2019 04:18 PM
aku ingat berlaku kt negara dunia ketiga
Quote diss69 3-10-2019 04:35 PM
Keje gila.. Ke memang saja nk ank tu mati.. Geramm tol baca, sian kt ank tu..
Quote sue_liah 3-10-2019 04:38 PM
adoila ..bapanya ke yg kerasukan tu, gila betul smpai mati budah tu, sadis
Quote MissCarcosa9753 3-10-2019 04:41 PM
Budak meninggal hantu tu tangkap tak
Quote Perawankota 3-10-2019 09:40 PM
Mcm2 peel org zaman sekarang.. Makin ramai yg kurang waras
Quote CiliPadiSedap 4-10-2019 04:59 AM
ni kesan makan dadah pablo vokuru

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top