CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penjelasan KKM Mengenai Serbuan Klinik Doktor Sakit Puan, Dr Hamid Arshat

6-10-2019 09:10 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7833| Komen: 22|Original author: intan

Description: Penjelasan KKM mengenai serbuan Klinik Doktor Sakit Puan, Hamid Arshat
Baru-baru ini tular di media sosial Facebook apabila Dr Hamid Arsyat iaitu seorang doktor pakar sakit puan yang memang terkenal dengan kepakaran beliau merawat pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan cahaya mata meluahkan rasa kekecewaan apabila klinik beliau di Plaza Damansara telah diserbu oleh pihak KKM dan dilayan seperti penjenayah.


Justeru, ramai netizen memberi respon dan kritikan mengenai tindakan pihak KKM yang bertindak seakan-akan 'tidak bertamadun' dan semacam 'gila kuasa' apabila menyerbu klinik doktor tersebut tanpa budi bicara.

Berikut adalah luahan Dr Hamid Arsyat mengenai serbuan tersebut.


Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah membuat kenyataan menerusi siaran akhbar dan bertindak memberi penjelasan lanjut mengenai pemeriksaan dan serbuan yang telah dilakukan.

Penjelasan KKM

Antara intipati daripada keterangan dan penjelasan KKM itu adalah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengakui telah membuat lawatan ke sebuah premis kesihatan iaitu DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

1. Terdapat aduan daripada orang awam bahawa premis terbabit memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Pemeriksaan yang dilakukan adalah mengikut prosedur dan standard yang ditetapkan oleh KKM.
3. Sebelum pemeriksaan di premis berkenaan, sebuah siasatan lanjut telah dilakukan dan mendapati premis itu memiliki dan menjual produk berikut berdasarkan produk 'test buy' beserta resit bayara.
4. Namun, ketika pemeriksaan dijalankan, produk tersebut didapati tiada namun bahan iklan seperti risalah produk telah ditemui di premis berkenaan.
Dilaporkan ketika pemeriksaan dijalankan, ianya dilakukan dengan penuh berhemah dan tenang, tidak seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial. KKM juga menjelaskan premis berkenaan sehingga kini tidak mempunyai lesen berdaftar dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak ianya ditubuhkan.

Malah, sejak tahun 2016, sebuah notis henti operasi telah dikeluarkan oleh CKAPS terhadap premis tersebut kerana kegagalan memenuhi syor yang diberi oleh mereka supaya ianya dapat beroperasi sebagai fasiliti kesihatan swasta yang berlesen dan sah di sisi undang-undang. - CARI

Sumber: Public Health Malaysia FB page


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pichee 6-10-2019 10:10 AM
Nper die x register hosp die? Mmg operate secara haram la klu x register
Quote tagas 6-10-2019 10:18 AM
Edited by tagas at 6-10-2019 10:19 AM

doktor yg berpengaruh&di pandang tinggi di mata masyarakat

rupe nye tak beretika & tak ikut peraturan in running their biz&services
lagi acah2 play victims  
Quote RatuDunia94 6-10-2019 11:33 AM
Tak kisah lah malau dh berpuluh tahun mencurah bakti pon.. kalau buat salah tetap kena hukum
Quote Eric.n9 6-10-2019 11:57 AM
Sejak 2016 dah di bagi amaran, tapi masih teruskan operasi.
Kebal jugak dia ni. Tapi ramai kat luar yang masih backup dia.
Quote helicornia 6-10-2019 12:26 PM
ya Allah wartawan cari ni baru keluar gua ke? dh dekat seminggu kot berita ni keluar.dh ada forumer bukak benang pun
Quote munchkin 6-10-2019 12:34 PM
Kat fb pun tulis taman desa apa tah. Tu ofis dia kot. Pernah pergi tak? Mana buat operation kat situ.

Procedure apa pun dia suruh check kat tempat lain bawak result je kat situ. Member aku operate pun kat proper hospital. Mana ada operate kat situ.

Tapi kalau ofis mmg kena register ke? Tu yg nak tanya.
Quote Megikari 6-10-2019 02:08 PM
Duhhh... Masing2 play victim bila kena serbu/denda. Hujung2 memang terbukti ada buat benda salah khennn
Quote Perawankota 6-10-2019 03:49 PM
So, produk apa tg dia jual x berdaftar tu?
Quote opie5662 6-10-2019 06:41 PM
Mohon kkm cek produk2 oem bersepah2 tu...rampas senua, bakar je..denda semaksima yg boleh...jgn pilih kasih
Quote harubom 6-10-2019 09:54 PM
munchkin: Kat fb pun tulis taman desa apa tah. Tu ofis dia kot. Pernah pergi tak? Mana buat operation kat situ. Procedure apa pun dia suruh check kat tempat lai ...


Tdmc kan? Hospital kan tu dkt area taman desa. Tulis dkt fb dia tu time serbuan dia xde dkt ofc sbb dia tgh kerja dkt tdmc tu
Quote armin 6-10-2019 10:49 PM
tagas:    Edited by tagas at 6-10-2019 10:19 AM  doktor yg berpengaruh&di pandang tinggi di mata masyarakat rupe nye tak beretika & tak ikut peraturan in  ...

Kalau dia tak viral kan org tak tau pun klinik dia kena geledah. Sendiri cari masalah
Quote chinta89 7-10-2019 09:40 AM
nk tgk kes selesai secara adil dan baik
Quote adeqbun 7-10-2019 10:11 AM
armin replied at 6-10-2019 10:49 PM
Kalau dia tak viral kan org tak tau pun klinik dia kena geledah. Sendiri cari masalah

hhaha btol gak tu.kalau die rs kkm slh ptt lodge je la report..diam2 p saman..dah menang bru kompang..ni x psl2 name yg gah jd busuk
Quote Zona2020 7-10-2019 10:17 AM
Kalau kamu susah nk dpt anak.. Di sana lah dr hamid boleh merealisasikan impian anda.. Dh perpuluh tahun klinik dia broperasi tak tahu ke... Cam katak bawah tempurung..
Quote Noraniza_Iblis 7-10-2019 11:58 AM
Zona2020 replied at 7-10-2019 10:17 AM
Kalau kamu susah nk dpt anak.. Di sana lah dr hamid boleh merealisasikan impian anda.. Dh perpuluh t ...

dah..kau plak yg emo..
org bertanya sbb tak tahu..
ko ingt die pemes sgt ke smpai semua nk kene kenal??

Quote smartaleck07 7-10-2019 01:06 PM
Perawankota replied at 6-10-2019 03:49 PM
So, produk apa tg dia jual x berdaftar tu?

tgk hari tu ada kat fb org komen dgn gambar.. pil herba.. nama mcm herba org kg, tp x sure.. gambar pulak aku x ss.. cari je dlm fb...

Quote ell768 7-10-2019 01:19 PM
ate dr org xtau tempat dia tak berlesen jadi tau..msaaalah btl
Quote Perawankota 7-10-2019 01:36 PM
smartaleck07 replied at 7-10-2019 01:06 PM
tgk hari tu ada kat fb org komen dgn gambar.. pil herba.. nama mcm herba org kg, tp x sure.. gamba ...

Oooo.. ermm... dia doktor, patut tau lah
Quote armin 7-10-2019 07:17 PM
smartaleck07 replied at 7-10-2019 01:06 PM
tgk hari tu ada kat fb org komen dgn gambar.. pil herba.. nama mcm herba org kg, tp x sure.. gamba ...

Herba org kg tak berdaftar ke? Tapi tengok dulu ada je jual kt guardian ke watson

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059751 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top