CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Bergaduh Dengan Tunang, Anjing Jadi Mangsa Tembakannya

7-10-2019 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8279| Komen: 66

Description: Gara-gara bergaduh dengan tunangnya, seorang polis berpangkat Inspektor bertindak luar kawalan sehingga melepaskan tembakan dan terkena kaki seekor anjing.Susulan itu, suspek berusia 29 tahun itu dita ...
Gara-gara bergaduh dengan tunangnya, seorang polis berpangkat Inspektor bertindak luar kawalan sehingga melepaskan tembakan dan terkena kaki seekor anjing.

Susulan itu, suspek berusia 29 tahun itu ditahan tujuh minit selepas kejadian itu berlaku, lapor Harian Metro. 

Difahamkan, suspek pergi ke rumah tunangnya dengan menaiki motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

“Berlaku pergaduhan dan pergelutan antara suspek dengan tunangnya, pegawai berkenaan dipercayai melepaskan tembakan dengan menggunakan pistol dibekalkan kepadanya ketika bertugas di ICQ berkenaan.

“Tembakan itu bagaimanapun terkena kaki seekor anjing peliharaan di rumah berkenaan,” kata Ketua Polis Perak. 

Foto: tribunnews

Datuk Razarudin Husain juga berkata, suspek ditahan sejurus menerima maklumat tentang kejadian itu.

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak puas hati dengan tunangnya yang mahu memutuskan pertunangan sehingga mengakibatkan pergaduhan berkenaan.

“Perintah reman akan dipohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 7-10-2019 11:49 AM
wauuu kel ke
Quote Biabetik 7-10-2019 11:50 AM
Kesian anjen jd mangsa keadaan.
Quote sarah82 7-10-2019 11:51 AM
Wang kelian kat Kelantan ka? Bukan kat Perlis? Atau aku dah mess up yg Wang Kelian dan berpindah ke Kelantan?
Quote prettyuglybabe 7-10-2019 12:16 PM
tunang kerja gomen jugak ke?
Quote Pink_Purple 7-10-2019 12:22 PM
xkawin lagi pun dah gaduh tembak menembak dah..

kawin nanti lagi teruk kena..dah ko perangai teruk sbb tu tunang minta putus..

dah keje elok2 buat perangai pulak..
Quote minguk 7-10-2019 12:23 PM
mental + senjata = membawa padah.
Quote Perawankota 7-10-2019 12:46 PM
Aish... Sakit mental punya polis.. Skang ni blh x letak syarat klu nk jadi polis kena sihat mental gak
Quote thetimes 7-10-2019 12:49 PM
Ayooo anjing tu pulak jadi mangsa
Quote sukacactus 7-10-2019 12:52 PM
Patut tunang minta putus
Polis gila rupanya
Apa salah anjing tu!
Quote Mfzg89 7-10-2019 12:57 PM

risau kena pau bigbike je pas kawin nanti..
Quote palmolive 7-10-2019 01:03 PM
sarah82 replied at 7-10-2019 11:51 AM
Wang kelian kat Kelantan ka? Bukan kat Perlis? Atau aku dah mess up yg Wang Kelian dan berpindah ke  ...

hang org kelantan sebenarnya...selama hari ni tak tau
Quote sarah82 7-10-2019 01:04 PM
palmolive replied at 7-10-2019 01:03 PM
hang org kelantan sebenarnya...selama hari ni tak tau

Hahaha.. Oh tidakkkk.. Aku kena claim pattani la lagu ni.. Hahahaha.
Quote Kurex 7-10-2019 01:06 PM
Barannnn.. Siapa je nak
Quote palmolive 7-10-2019 01:07 PM
sarah82 replied at 7-10-2019 01:04 PM
Hahaha.. Oh tidakkkk.. Aku kena claim pattani la lagu ni.. Hahahaha.

tak yah naik kereta..tukar nama tempat jek dah smpai kelantan
Quote sarah82 7-10-2019 01:09 PM
palmolive replied at 7-10-2019 01:07 PM
tak yah naik kereta..tukar nama tempat jek dah smpai kelantan

Hahah.. Kan.. Marah org Perlis sbb wang kelian hat Perlis.. Metro kata yg Kelantan.. Senang je
Quote Artemesiaa 7-10-2019 01:11 PM
Sian manusia dengan manusia bergaduh tak pasal2 anjing pulak yang jadi mangsa.
Quote gelas_pelastik 7-10-2019 01:15 PM
sian anjing tu
Quote becir 7-10-2019 01:23 PM
Polis sila update berkenaan anjing..sihat stabil kena potong kaki ke hapa
Quote buapakperut 7-10-2019 01:25 PM
ikut perasaan sangat, bagus juga tunjuk awal2. kang  terkahwin naya.. anjing juga kesian tak pasal2 kena

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.184485 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top