CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akhirnya! Zara Zya Mengaku Keluarga Hafreez Adam Sudah Merisiknya

8-10-2019 10:46 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 3685| Komen: 8|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Umum mengetahui yang pelakon Zara Zya sedang hangat bercinta dengan pelakon Hafreez Adam. Perhubungan cinta mereka yang mula berputik sejak sama-sama membintangi drama Mona Lisa kini sudah hampir meng ...
Umum mengetahui yang pelakon Zara Zya sedang hangat bercinta dengan pelakon Hafreez Adam. Perhubungan cinta mereka yang mula berputik sejak sama-sama membintangi drama Mona Lisa kini sudah hampir menginjak dua tahun.


Sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing, ramai peminat tertanya-tanya bilakah pasangan merpati dua sejoli ini akan membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius iaitu gerbang perkahwinan.


Kredit foto: Instagram

Selepas lama berteka-teki, Zara Zya sendiri telah membuka mulut dan mengaku bahawa keluarga Hafreez telah pun datang dan merisiknya pada 8 September lalu.

"Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.

"Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya," katanya kepada Harian Metro.



Kredit foto: Instagram

Walaupun ada ura-ura pernah mengatakan sebelum ini bahawa jika boleh mereka ingin terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan, namun Zara Zya sendiri telah memaklumkan bahawa mereka akan bertunang terlebih dahulu sebelum berkahwin.

"Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak," katanya.

Akhirnya, dah nak kahwin pun. Harap semua persiapan berjalan dengan lancar! - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NekNgah 8-10-2019 11:51 AM
Alhamdulillah, tahniah Zara & Hafreez.  
Quote Mfzg89 8-10-2019 12:22 PM
hmmm x kenal jantan ni.. next..
Quote Artemesiaa 8-10-2019 12:27 PM
Elok letak kat thread gossip je
Quote glump 8-10-2019 03:18 PM
Apa sal ada kat sini.. Dahlah salah rumah.. Artis suam2 je. Apa yg tular tu
Quote aleesyasofia 9-10-2019 11:26 PM
tahniah.. moga dipermudahkan urusan..
Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 11:28 PM
Kat bodgos dah ada
Quote mixed 12-10-2019 06:19 PM
Taniah dah bertunang zara zya & hafrezz
TT update tajuk

Screenshot_20191012-181801.jpg


Screenshot_20191012-181807.jpg
Quote bintangterang 13-10-2019 02:00 AM
tak berseri.sekian

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.082880 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top