CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gara-gara Suara Burung Gagak, Lagu 'Entah Apa Yang Merasukimu' Oleh Ilir7 Kini Tular

15-10-2019 10:58 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5906| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Dunia alam maya negara jiran Indonesia ketika ini sedang tular sebuah lagu remix dengan lirik 'Entah apa yang merasukimu'.
Dunia alam maya negara jiran Indonesia ketika ini sedang tular sebuah lagu remix dengan lirik 'Entah apa yang merasukimu'. 

Lagu itu yang dinyanyikan dengan tarian sederhana turut diiringi bunyi burung gagak 'arrrk, arrrk'.




Anehnya, lagi itu menghipnotis seluruh golongan muda dan perlahan-lahan merebak ke negara jiran lain.



Dipercayai, fenomena itu mula popular berikutan sedutan beberapa saat lagu tersebut di aplikasi TikTok. Suara penyanyi asalnya telah diberikan efek auto tune dan temponya telah dipercepatkan.


Kredit foto: Carian Google

Liriknya 'entah apa yang merasukimu/hingga kau tega mengkhianatiku/yang tulus mencintaimu' kini menjadi siulan dan perkongsian di media sosial.

Jika diselusuri asalnya, lagu itu bertajuk 'Salah Apa Aku' adalah nyanyian kumpulan baru Ilir 7, sebuah band yang berasal dari Sumatra Selatan.


Kredit Foto: Tribunnews

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana rentaknya diubah dan ditambah koreografi tarian 'menyilang tangan' bermula dan sekelip mata membuatnya tular dan menghiburkan netizen.




Istimewanya, lirik lagu itu turut menjadi pilihan mahasiswa yang membuat demonstrasi di Gedung DPR Jakarta pada September lalu. Beberapa poster mereka menulis 'Entah apa yang merasukimu DPR' dan 'DPR apa yang merasukimu' sempena lagu popular tersebut.


Kredit Foto: Carian Google

Kredit Foto: Carian Google

Mula dimuat naik di Youtube pada Jun 2018 oleh Ascada Musik, lagu berirama pop Melayu itu menceritakan kekasih yang curang. 

Menurut salah seorang anggotanya, Ave, 28, kumpulan Ilir 7 sangat terkejut dan tidak menjangka respon hebat peminat terhadap lagu itu.

Bagaimanapun, malang sekali kerana kumpulan itu dan syarikat mereka tidak ada strategi khusus untuk mengambil kesempatan daripada kisah tular lagu berhantu ini bagi memasarkan album mereka supaya lebih laris dan dikenali masyarakat. - CARI

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-10-2019 11:08 AM
Comel comel band dia, senyuman menawan.. Harap tak sama perangai macam porumer indon dekat sini yg mengemis budaya2 tak sudah
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:17 AM
Kawan2 FB dah tukar lirik 'syaitan apa yg merasukimu...'
Quote kikuri 15-10-2019 11:33 AM
sedap je lagu asalnya... tp kenapa gi tambah bunyi burung gagak tu...  
Quote Artemesiaa 15-10-2019 12:09 PM
Pengaruh lagu memang kuat
Quote MadameOnion 15-10-2019 12:36 PM
tipikal lagu dangdut ummah yindon..nothing new or special about it
Quote RatuDunia94 15-10-2019 12:48 PM
Sang_Pencinta: Kawan2 FB dah tukar lirik 'syaitan apa yg merasukimu...'


Mmg ada lagu tu.. Via Vallen tukar lirik jd "Setan apa yg merasukimu"
Quote chicozinn 15-10-2019 04:21 PM
aku cam bosan lak rmai tiktok lagu bodo ni..naik meluat
Quote Rajawali 15-10-2019 04:54 PM
baru nak faham lagu Mawang ..dah mai  gagak pulak
Quote lynakajang 15-10-2019 05:08 PM
Serabut ahhh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.114737 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top