CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gangguan Perkhidmatan Lebih 12 Jam, Pelanggan Maxis Dan Hotlink Lepas Geram!

8-10-2019 11:56 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8551| Komen: 53|Original author: Tukang Tulis

Description: Perkhidmatan internet tidak dapat digunakan, banyak urusan tergendala.
Aplikasi Hotlink RED tidak dapat digunakan sepanjang gangguan perkhidmatan berlaku. Kredit foto: Twitter

Sebahagian besar pelanggan Maxis dan Hotlink yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada 7 Oktober meluahkan perasaan geram mereka dalam media sosial termasuk Twitter Maxis Listens dan Hotlink Listens.

Mereka menyatakan, perkara itu amat menyusahkan lebih-lebih lagi apabila ia mengambil masa lebih 12 jam sebelum perkhidmatan 4G benar-benar dapat dipulihkan.

Masalah gangguan perkhidmatan boleh mengganggu urusan seharian dan perniagaan. Kredit foto: Carian Google

Malah, seorang pelanggan Maxis mendakwa dia kehilangan kontrak perniagaan apabila terlewat tiba di lokasi yang dituju kerana sesat selepas perkhidmatan internet terputus semasa memandu.

"Bukankah lebih baik sekiranya anda dapat memaklumkan kami tentang perkara ini lebih awal?" katanya.

Kredit foto: Twitter

Seorang lagi pelanggan Maxis mencadangkan agar mereka diberi rebat dalam bil bulanan berikutan masalah teknikal yang dihadapi itu.

Kredit foto: Twitter

Agak menarik apabila seorang pelanggan bertanya kepada pegawai khidmat pelanggan Maxis tentang perkhidmatan internet yang digunakan kerana mereka masih boleh menjawab soalan pelanggan-pelanggan di Twitter sedangkan rangkaian Maxis sendiri bermasalah.

Kredit foto: Twitter

Pelanggan-pelanggan perkhidmatan prabayar pula meminta Hotlink menggantikan semula kuota data harian yang tidak dapat digunakan sepanjang gangguan berlaku.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pendekatan yang digunakan oleh Hotlink untuk mengendalikan masalah tersebut iaitu sekadar meminta maaf tanpa memberi penyelesaian yang memuaskan hati pelanggan.

Kredit foto: Twitter

Memang menyusahkan apabila masalah gangguan perkhidmatan internet berlaku untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ramai pelanggan yang bergantung kepadanya untuk urusan seharian dan perniagaan. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 8-10-2019 12:03 PM
mogok ramai2 depan HQ.. minta maxis bagi tenet free seminggu sebagai tanda mohon maaf..maxis tanak rugi tapi sebat duit cara haram..cian yg beli data xleh guna..
Quote Themilo 8-10-2019 12:09 PM
port out.
Quote CiliPadiSedap 8-10-2019 12:14 PM
Sis vokuru hampir cerai sebab internet, asyik tengok drama korea malas masak
Quote prettyuglybabe 8-10-2019 12:23 PM
hari tu celcom yang kena kan?
Quote yuki812 8-10-2019 12:28 PM
so..sape pasni turn digi pulak..
stendby lah ye..
Quote Ina8895 8-10-2019 12:42 PM
Macam ada sesuatu je
Quote EmaAsmadi 8-10-2019 12:43 PM
Nasib baik pakai umobile. {:nose{:nose
Quote palmolive 8-10-2019 12:45 PM
yuki812 replied at 8-10-2019 12:28 PM
so..sape pasni turn digi pulak..
stendby lah ye..

digi sekarang ada VoLTE apa ntah..
Quote adik_aza 8-10-2019 12:48 PM
bertukarlah ke unifi mobil
Quote Foxey 8-10-2019 12:50 PM
Padan la semalam ada orang tu tak dapat di WhatsApp. Memang line dia problem rupanya.
Quote sarah82 8-10-2019 12:53 PM
Sebab tu aku ada 2 no.. Aku ingat lagi kes banjir besar kat Kelantan.. Ada yg bg tips ada talian berbeza.. Jadi kalau 1 down 1 lagi boleh guna. Hari tu celcom down.. Aku guna maxis...
Quote TalibanRock 8-10-2019 12:55 PM
pakai unifi mobile..xpnah down..kahkahkah
Quote arnauld 8-10-2019 12:56 PM
AKu dah tobat guna maxis, data dpt separuh bayar full, Sekarang Pakai dua line unlimited data n call baru rm60 sebulan babai maxis hehehehehe hehehehehe I’m not missing u at all hahahahaha
Quote qistiena 8-10-2019 01:26 PM
Maxis nielah...
ada hati call suruh upgrade package...
bila cakap nak pikir dulu...
ada hati plak marah2 kita...
cakap nnt rugilah...sebab offer nie...time nie ajelah...itulah...inilah...
bile cakap kat dia...i balik kampung terus x dpt line...no service...terus dia diam...
i cakap kat dia...improve ur service first then only i consider upgrading my package...
terus dia cakap...ok then...terus dia hang up....

tgh consider nak port out...

OT line ape yg bagus
Quote insulin 8-10-2019 02:00 PM
IT is not a magic.
Quote Cpkay 8-10-2019 02:21 PM
maxis oo maxis.. jom tukar ke umobile je..
Quote Ina8895 8-10-2019 02:41 PM
Lagi nak buat 5G. Line 4G pun semput
Quote buragazz 8-10-2019 02:52 PM
Aku dulu Maxis pastu port out Celcom 2 line pastu konon unifi Mobile offer RM 79 semua unlimited so port out satu no ke Unifi.. malang nya Unifi kusangka panas hingga ke petang rupanya sendu lepas dua bulan sebab dah ramai port in Unifi line dia haukkkk.. penyudahnya port semula ke Celcom dapat phone free.. pasni tak tau la nak tukar kemana sebab secara bijak nya klu ada dua no kene lain2 network... so klu satu problem ada lg satu...
Quote 3480 8-10-2019 02:57 PM
arnauld replied at 8-10-2019 12:56 PM
AKu dah tobat guna maxis, data dpt separuh bayar full, Sekarang Pakai dua line unlimited data n call ...

Line apa tu. Share sat

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054699 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top