CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Teori NASA Bohong, Bertentangan Al-Quran' - Suhaimi Saad Masih Tak Puas Hati Isu Bumi Rata

9-10-2019 10:20 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 152613| Komen: 1985|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bekas anggota kumpulan nasyid In Teem, Suhaimi Saad yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu berikutan kenyataannya mengenai bentuk bumi yang rata kembali mengemukakan teori itu di stat ...
Bekas anggota kumpulan nasyid In Teem, Suhaimi Saad yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu berikutan kenyataannya mengenai bentuk bumi yang rata kembali mengemukakan teori itu di status Facebooknya.



Kredit foto: Facebook

Dalam statusnya pada 1 Oktober lalu, Suhaimi berkata;


'Kalau Allah ciptakan bumi ini seperti bola atau telur burung, mengapa Dia perintahkan umatnya solat menghadap Masjidil Haram,' soalnya.


Kredit foto: Facebook / Carian Google

Dia juga menjelaskan, solat menghadap kiblat dari semua arah hanya boleh berlaku jika bumi ini datar.



Kredit foto: Facebook

Umum tahu, persoalan sama pernah dikemukan penyanyi itu dan mencetuskan kontroversi sehingga melibatkan pelbagai pihat termasuk Stesen TV.
 
Malahan, Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaffar juga telah membuat kenyataan menyangkal dakwaan Suhaimi.

Kini, Suhaimi sekali lagi mencabar pihak yang pernah mematahkan hujahnya.

'Teori NASA itu bukan sahaja bohong, tetapi bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis,' katanya lagi.


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan motif beliau menaikkan semula isu tersebut. Ramai yang membuat spekulasi bahawa penyanyi itu sengaja ingin mencetuskan kembali kontroversi itu untuk menaikkan namanya yang semakin malap.

Spekulasi 'mencari populariti' itu dibuktikan dengan salah satu status beliau yang mengajak pengikutnya supaya menubuhkan Kelab Peminat Suhaimi Saad.

'Jum kita buat SS Fan Club, siapa minat sila like, jangan malu-malu,' katanya.


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, status itu dipandang sepi dan hanya mendapat 43 like dan tiga komen.

Persoalannya, adakah Suhaimi Saad benar-benar inginkan jawapan mengenai persoalan bumi rata ataupun sengaja ingin mencetuskan kontroversi? - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 9-10-2019 10:26 AM
gambar kiri n kanan tu dia jugak ker
serabut nyaa
eeee takut nya kawin dgn org mcm ni
da la serabut..ting tong pulak
Quote cikja 9-10-2019 10:27 AM
Apo lagi laaa ko ni oiii... x puehhh hati lg ko...
Quote mewo 9-10-2019 10:30 AM
Saja ja tu nak masuk porum..
Quote noorhairiahma 9-10-2019 10:31 AM
i rasa dia ni nak naik roket pergi space tengok bumi for free je lah.

sebabnya ramai je rasa geram atas kebodohan dia yang tak ada penghujung ni. ramai je rasa nak hantar dia naik roket so that dia boleh tengok bumi tu bukan mendatar.

i nak suruh dia tengok bumi tu guna gigi dia, bukan guna mata.



Quote epullipan 9-10-2019 10:31 AM
tak yah la layan mamat ni..nampak sangat nak publisiti tu
Quote thetimes 9-10-2019 10:34 AM
Ya ampun...kenapa nampak serabut sangat tu
Quote helicornia 9-10-2019 10:34 AM
sudah2 la tu biawak oii..pi mandi busuk sgt nampak
Quote Boomibulat 9-10-2019 10:34 AM
Sbb SS lah ini register forum ni..tq ss
Quote Sang_Pencinta 9-10-2019 10:35 AM
noorhairiahma replied at 9-10-2019 10:31 AM
i rasa dia ni nak naik roket pergi space tengok bumi for free je lah.

sebabnya ramai je rasa gera ...

Dah banyak video rakaman NASA di youtube, tapi dia mana percaya video semua

Edit katanya
Quote Sang_Pencinta 9-10-2019 10:36 AM
Boomibulat replied at 9-10-2019 10:34 AM
Sbb SS lah ini register forum ni..tq ss

Ohhhh patutlah ID pun bumibulat ya? Nak lawan SS
Quote URUHA 9-10-2019 10:37 AM
Si bingai ni x habis2 dgn statement bodohnya demi secebis perhatian
Quote akuMNdia 9-10-2019 10:38 AM
idop lagiii??
Quote serinegara 9-10-2019 10:38 AM
Kan ada sorang NASA scientist perempuan melayu muslim bertudung yang sekarang dah jadik lecturer kat UIAM tu, apa kata sohai ni jejak balik kat tempat dia ngaji dulu ( ke UIA) dan set appointment ngan lecturer tu.

Mungkin prof tu akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada sohai, dan share pengalaman dia di NASA.

Masa I belajar dulu, I sekali sekala buat appointment ngan professor fizik, jumpa kat opis dia. Sebab nak dengar dia bercerita pasal alam semesta, astronomi etc.

Kalau lah anak sohai ni pi sekolah, mana lah tahu terbuka peluang peluang belajar overseas, kemudian kerja kat NASA juga, macam lecturer pompuan itu.
Quote akuMNdia 9-10-2019 10:39 AM
semoga anak2 dia tak warisi kebodohan dia.
Quote mamaneesa 9-10-2019 10:39 AM
percubaan utk menaikkan nama kembali setelah post ajak tubuh fanclub dipandang sepi...hahahaha
Quote beloomberk 9-10-2019 10:39 AM
Dah laa.xpyah layan org bodoh sombong attention seeker mcm ni
bagusla dia on comment utk followers dia je.
Quote matjerk 9-10-2019 10:43 AM
Dia ni dan Ibn Batoota x jauh beza.  Penunggang agama.
Quote matjerk 9-10-2019 10:44 AM
friedfishsoup replied at 9-10-2019 10:25 AM
Hanya 43 like dan 3 komen? Aimy boleh mati cepat sebelum 2020 lah kalau gitu.

Bukan kah dia kata mahu mati umo 40
Quote Boomibulat 9-10-2019 10:45 AM
Sang_Pencinta replied at 9-10-2019 10:36 AM
Ohhhh patutlah ID pun bumibulat ya? Nak lawan SS

Semoga En.Yusaku sudi sediakan satu seat utk artis terkenal dari Malaysia..
Screenshot_2019-10-09-10-43-19-1.png

Lihat semua komen(1985)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.256466 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top