CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Comel! Gelagat Makcik Mengajar Bahasa Mandarin Curi Perhatian Warganet

9-10-2019 10:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4328| Komen: 5|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang.
Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. 

Fasih berbahasa Mandarin, telatah mak cik ini mengajar kawan-kawannya mencuri perhatian ramai. 


Video yang dimuat naik oleh Aina telah ditonton lebih 264 ribu kali, 10.2 ribu kali retweet dan 11.7 ribu suka.


Kredit foto: Twitter @azlkhas

Melalui perkongsian anak beliau @azlkhas di Twitter, ibunya mengajar kawan-kawannya dari kelas mengaji berbahasa Mandarin sambil menulis perkara yang diajarnya di papan putih. 

Kawan-kawannya yang lain juga sepertinya sangat bersemangat untuk mempelajari bahasa Mandarin.



Ibu Aina atau dikenali dengan nama Cikgu Ropi'ah ini turut fasih berbahasa Inggeris. Aina turut memuat naik video ibunya yang sedang mengajar bahasa Inggeris kepada seorang budak lelaki berbangsa Cina. 



Warganet menerima baik usaha mak cik ini untuk mengajar kawan-kawannya. Malah, ramai yang turut berminat untuk belajar bahasa tersebut dengan ibu Aina.


Kredit foto: Twitter @azlkhas

Banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda, tambahan lagi apabila tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain pula.  - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 9-10-2019 02:44 PM
Annoying betul la suara tukang rakam tu
Quote sabundettol 9-10-2019 02:55 PM
Annoying betul sore..turn off rasa
Quote natrahn 9-10-2019 04:02 PM
Megikari replied at 9-10-2019 02:44 PM
Annoying betul la suara tukang rakam tu

Tukang rakam tu ustazah kelas mengaji... pitching tinggi sikit huuhu..maafkan dia
Quote Artemesiaa 9-10-2019 04:17 PM
Baguslah kalau ajar sesama kawan2 lagi senang nak belajar sebab tak segan nak tanya kalau tak faham jadi meriah macam dalam video ni
Quote cmf_jeangrey 9-10-2019 09:15 PM
Nmpk seronok acik2 tu..bagus la belajar ilmu baru..bila umur makin senja kena byk membaca dan belajar benda baru boleh isi masa lapang dan elak dementia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.153057 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top