CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Menyesal Berlagak, Tak Nak Lagi Berlakon

9-10-2019 11:44 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 19794| Komen: 63|Original author: Oleh: ameenarara

Description: Membawa watak utama dalam drama berjudul Suri Katriana benar-benar membuatkan Ernie Zakri rasa menyesal menerima tawaran berlakon tanpa berfikir panjang.
Membawa watak utama dalam drama berjudul Suri Katriana benar-benar membuatkan Ernie Zakri rasa menyesal menerima tawaran berlakon tanpa berfikir panjang.

Itulah luahannya dalam temubual bersama Mstar Online apabila wataknya itu memberi kesan kepada emosinya sendiri.



Foto: Instagram Ernie Zakri

Babaknya cuma sedikit sahaja iaitu untuk sembilan episod daripada 49 dan disebabkan itu dia dengan 'berlagak' menerima tawaran lakonan.

Watak Suri yang perlu dibawa itu merupakan seorang penyanyi dan penari. Jadi, dia mengganggap tugas itu mudah sehinggalah dia pergi mesyuarat untuk mengetahui lebih lanjut.



Baru dia sedar memberi komitmen pada lakonan dengan watak yang berat benar-benar mencabar dirinya apatah lagi dia perlu menangis. Sungguhpun dia memang seorang yang mudah menangis, tapi apabila diminta berlakon ia amat sukar.

Dia mengakui berlakon bukanlah komitmen yang sesuai dengan jiwanya dan tawaran berlakon ini akan menjadi yang terakhir untuk dirinya.



Tambahnya, jika diberi peluang untuk menarik semula tawaran, sudah lama dia mahu lakukan, namun jauh di sudut hatinya watak psiko yang dilakonkan itu adalah pengalaman berharga dalam karier hidupnya.

Menurutnya lagi, dia berasa horamt dan kagum dengan pelakon-pelakon lain yang boleh meluangkan masa dalam tempoh yang lama di set penggambaran sambil menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.



Apapun, dia tidak dapat menolak rezeki dalam bidang lakonan sungguhpun diri sendiri berkata tidak mahu lagi menerima tawaran. Tunggu dan lihat saja kerjaya pada masa akan datang.

Mesti hebat watak psiko yang Ernie bawa sampai dia pun beremosi. Mana tahu rezeki dalam bidang lain juga menyerlah. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 9-10-2019 12:04 PM
kenapa ernie suka pakai liptip kilat2? macam baru lepas makan ayam kepci.
Quote cikja 9-10-2019 12:22 PM
minguk replied at 9-10-2019 12:04 PM
kenapa ernie suka pakai liptip kilat2? macam baru lepas makan ayam kepci.

Lupa nk lap...
Quote minguk 9-10-2019 12:24 PM

hahahahhaha sedap sangat!

Quote cikja 9-10-2019 12:26 PM
minguk replied at 9-10-2019 12:24 PM
hahahahhaha sedap sangat!

Lgpun kepci mahal skrg kan..harus laaa bg lama2 skt kt bibir....
Quote minguk 9-10-2019 12:27 PM
cikja replied at 9-10-2019 12:26 PM
Lgpun kepci mahal skrg kan..harus laaa bg lama2 skt kt bibir....

lapar-lapar jilat.

Quote cikja 9-10-2019 12:28 PM
minguk replied at 9-10-2019 12:27 PM
lapar-lapar jilat.

Hahahaa... mongoks kan..
Quote shark_eow7 9-10-2019 12:29 PM

jilat jilat kenyang.
Quote cikatilia 9-10-2019 12:29 PM
gambar dekat kelapa sawit bukan main cerah

yg lipstik kfc tu nampak mcm org asli plak
Quote aemon 9-10-2019 12:29 PM
cian dia ni.suara sedap..muka kurang aura je..
Quote Lavender_Violet 9-10-2019 12:36 PM
Baru semalam terfikir pasal zul huzaimy, tup2 hari ni nmpk pulak dia dlm post Ernie Zakri nih.
Dia agak sendu lately nih
Aku suka groupkan heols nih dgn lagi dua pelakon tu ; laki Almy Nadia, laki Lisdawati
Diorang bertiga ni ala2 sekufu
Dan2 time aku menaip ni aku lupa lak nama mamat dua org tu , ingat bini theyols aje
Quote Acikgomen 9-10-2019 12:39 PM
Dagu jenajen sangat
Quote AmandaRollins 9-10-2019 12:39 PM
Dia ni mmg ada aura berlagak pun..ala2 resting bitch face...boleh nmpk...boleh feel..hahaha
Berbeza ngn bf dia tu...
Quote fadz84 9-10-2019 12:42 PM
Lavender_Violet replied at 9-10-2019 12:36 PM
Baru semalam terfikir pasal zul huzaimy, tup2 hari ni nmpk pulak dia dlm post Ernie Zakri nih.
Dia  ...

Dato Fizz Fairuz dan Fauzi Nawawi.
Quote Lavender_Violet 9-10-2019 12:47 PM
fadz84 replied at 9-10-2019 12:42 PM
Dato Fizz Fairuz dan Fauzi Nawawi.

Ahahaha...ye2..betul
Tq chuols
Quote apedehal 9-10-2019 12:50 PM
Terhibur aku baca benang ni..kalau x asek kna baca komen2 batak retis berantam ja
Quote prettyuglybabe 9-10-2019 12:51 PM
sebijik jena jen masa baru masuk industri dulu..
muka kampung jah..
dah banyak duit baru jadi lawa
Quote mizruncing 9-10-2019 12:55 PM
AmandaRollins replied at 9-10-2019 12:39 PM
Dia ni mmg ada aura berlagak pun..ala2 resting bitch face...boleh nmpk...boleh feel..hahaha
Berbeza ...

kann meols pn perasan since kes dia dgn hakim rusli tu. annoying giler. bru top 1 2 lagu dh berlagak. mementang anak buah ZZ
Quote edoraixora 9-10-2019 01:18 PM
Lavender_Violet replied at 9-10-2019 12:36 PM
Baru semalam terfikir pasal zul huzaimy, tup2 hari ni nmpk pulak dia dlm post Ernie Zakri nih.
Dia  ...

zulhuzaimy, fizz fairuz & fauzi nawawi....tiga2 ni ada kat All Stars Buka Panggung
lain2 group lah tapi

Quote GincuPurple 9-10-2019 01:24 PM
"Tak nak  berlakon lagi.." TAPI "takkan menolak rezeki tawaran berlakon.."

Cakap berbelit2.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059410 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top