Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Filem "Kebanggaan" PH - M For Malaysia Bakal Bertanding Di Anugerah Akademi Ke-92

10-10-2019 12:21 PM|Vanilla Thunder| Komen: 35


Bahang Anugerah Akademi ke72 yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan kian terasa. Pihak the Academy telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima penyertaan dari 93 negara bagi kategori filem Antarabangsa terbaik. Jumlah penyertaan kategori  tersebut menyaksikan peningkatan kepada 93 filem berbanding 92 filem pada tahun 2017.


Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, The Academy telah mengumumkan senarai penuh bagi kategori filem Antarabangsa terbaik pada Isnin lepas dan menariknya, filem M for Malaysia arahan Ineza Roussille menjadi wakil tunggal negara yang akan bersaing dalam kategori tersebut. 


Filem tersebut turut disertai oleh wakil dari negara serantau iaitu Thailand menerusi filem berjudul "Inhuman Kiss" dan Indonesia diwakili oleh filem berjudul "Memories of My Body". Keseluruhan 93 penyertaan bakal menjalani penjurian dan hanya 10 filem sahaja akan disenarai pendek dan diumumkan pada  16 Disember ini. 


Menurut The Hollywood Reporter, filem dari Korea Selatan berjudul "Parasite" merupakan "calon favourite" yang dijangka bakal memenangi kategori tersebut.


Poster Film M for Malaysia menampilkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PM ke-8. Sumber Foto-iMDb


Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr.Siti Hasmah bersama krew produksi filem M for Malaysia. Sumber Foto- myMetro

M for Malaysia adalah sebuah filem bergenre dokumentari yang berkisar mengenai pembentukan Malaysia Baharu secara tidak dijangka sewaktu pilihanraya umum pada tahun 2018 lalu. 


Biarpun mendapat respon positif di negara luar, filem tersebut menerima sambutan dingin dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri setelah ditayangkan sejak September lalu berikutan ramai yang menyifatkan filem tersebut sebagai berat sebelah dan suatu propaganda oleh kerajaan gara-gara kegagalan pemerintah untuk memenuhi manifesto pilihan raya dan dalam mengurus tadbir negara.


Namun, sekalung tahniah dicapkan kepada krew produksi dan pengarah filem ini di atas pencapaian mereka dan marilah sama- sama kita saksikan sama ada filem ini bakal emenangi kategori tersebut.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 35
Komen

Previous : Mula Produksi Tahun Depan, Pengarah Habibie & Ainun Bakal Arah Filem 'Hasmah'?

Next       : "Cuba Korang Perhatikan Ada Tak Adegan-Adegan Tipikal Berikut Dalam Drama Melayu?"

Komen Terbaru

Quote harisbee 11-10-2019 08:25 PM
Harus kembang bontot voters ph dgn filem ni

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 10-10-2019 12:34 PM
Mmg official poster ke tu..knp design teruk sgt..
Quote bakingsoda 10-10-2019 01:06 PM
antara 3 pelakon dlm poster tu, yg mana dibayar paling mahal
Quote danieladam 10-10-2019 01:08 PM
Propa nyehhhhh
Quote supernaturalee 10-10-2019 01:14 PM
filem thai psl hantu penanggal
filem indon psl penari lgbt

filem parasite plk psl family yg menumpang keje kt rmh org kaya tanpa tuan die tau yg dorg tu 1 family
unsur penipuan yg membawa sampai berbunuh2





Quote apedehal 10-10-2019 01:21 PM
Iols rsa parasite bakalan menang kategori nih
Quote damian_lee 10-10-2019 01:24 PM
Bkn review teruk gila ke
Masih berani nak join ke?
Quote kookie92 10-10-2019 01:27 PM
parasite boleh tahan cita die
Quote sleepandream 10-10-2019 01:44 PM
ikutkan banyak jeh filem2 yang menang oscar - best picture krik krik chuols...
yang pasti filem2 favourite dan bajet melangit macam marvel tu konpem tak dipandang
Quote silampumeja 10-10-2019 01:54 PM
berminat nak tgk...ada link ke movinya?

Quote kibodwatriuh 10-10-2019 02:19 PM
M for Mediocre pun boleh tercalon?


Quote tuberoses 10-10-2019 02:22 PM
parasite best
Quote Rogue98 10-10-2019 02:24 PM
Filem Sampah..... rakyat dapat apa?
Quote nusaraya 10-10-2019 02:30 PM
Edited by nusaraya at 10-10-2019 02:32 PM

Saya yakin  film yang sangat berquality ini pasti akan mendapatkan academy award  tahun ini..,. Sama seperti film-film Malaysia selama ini yang setiap tahun mendapatkan anugerah Oscar...

Harus diakui. .memang pantas industri film negara ini mendapatkan pujian dan award dari berbagai festival film dunia yang prestige selama ini....TAHNIAH
Quote RatuDunia94 10-10-2019 03:15 PM
sleepandream replied at 10-10-2019 01:44 PM
ikutkan banyak jeh filem2 yang menang oscar - best picture krik krik chuols...
yang pasti filem2 fa ...

Sbb mostly filem ni kena ada dua elemen penting..
Artistik & Komersial

Mostly yg mng Oscar lbh kpd artistic.. jarang2 filem komersial yg mng. Pernah sekali Titanic..
Quote sayang_mulut 10-10-2019 06:22 PM
so berangan la yeh nak tembus top 5... tahun ni parasite akan menang
Quote multinicky 10-10-2019 06:41 PM
wow, rmi review parasite best.. mmg meols kene tgk citer ni..
Quote lovelytouch 10-10-2019 06:48 PM
Nak buat filem politik x kisah tapi sinematografi tahap pprt sampah oscar apppooooo
Quote fadz84 10-10-2019 06:48 PM
multinicky replied at 10-10-2019 06:41 PM
wow, rmi review parasite best.. mmg meols kene tgk citer ni..

Mmg best.. ending yg x disangka2.. I suka movie korea.. lakonan, storyline, cinematography, skor muzik, nilai artistik n komersil seimbang.. kadang2 x perlu pelakon lawa2 pun.. selain Parasite, try cari filem Taxi Driver (based on true event pasal rusuhan)..
Quote lovelytouch 10-10-2019 06:50 PM
Kalau PGL yang world class tu pun tersungkur jangan berumah di tepi pantain yaacchh confirm kau kena tsunami

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.071709s Gzip On
To Top