CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Salahkan Kita Je, Hentikan 'Blame Game'" - Ahmad Maslan

9-10-2019 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2844| Komen: 13

Description: "Jangan salahkan kita saja."
"Jangan salahkan kita saja."

Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan menghentikan 'blame game', sebaliknya menilai semula kekurangan dan kesalahan sendiri, lapor Sinar Harian.



Kredit foto: Head Topics

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian pada sesi Wacana Sinar Siri 132: Belanjawan 2020: Apa Rakyat Dapat, semalam.

"Pakatan Harapan dilihat begitu mudah mencari kesalahan kerajaan terdahulu dan menuduh tanpa fakta.

"Sebagai contoh dalam isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selama sembilan tahun purata dividen adalah 14 peratus tetapi baru-baru ini yang diumumkan hanya dua peratus," katanya.

Ahmad Mahlan juga memetik isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Katanya, ketika pembentangan Belanjawan 2019, menteri kewangan menyebut jumlah hutang itu RM50 bilion dan dalam satu ucapan lain mengatakan berjumlah RM100 bilion pula.


Namun, menteri berkenaan kemudian memberikan jawapan secara bertulis memaklumkan hutang 1MDB cuma RM31 bilion.

"Janganlah memetik angka begitu saja kena berdasarkan fakta. Apabila saya tanya tentang berapa aset 1MDB, sampai sekarang masih tak mampu mengira berapa aset tersebut. Memerintah sudah 500 hari takkan tak boleh kira aset 1MDB lagi," ujarnya.

Malah, beliau turut mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kerajaan tidak melaksanakan GST kerana rakyat dikenakan cukai dua kali.

"Ini berita tidak benar kerana cukai dua kali adalah SST bukan GST. Saya rasa saya patut jadi konsultan percuma kepada kerajaan," selorohnya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-10-2019 01:40 PM
Ahmad maslan walaupun cgpa 4.2 tp tetap kaka rasa dia cerdik
Quote epullipan 9-10-2019 01:48 PM
ahh sudahlah ahmad maslan...ko punya kenyataan yang ko keluarkan dulu sudah bikin oran sakit hati
Quote Rogue98 9-10-2019 01:56 PM
Ahmad Mazlan ni lagi cerdik dr LGE yg kira pun tak betul. Ntah fake accounting certificate mana dia ambik.
Quote gaara_X 9-10-2019 02:02 PM
maselan nie...baik senyap dari berkokok...bikin gua marah je....
Quote RatuDunia94 9-10-2019 02:18 PM
Sebenarnya malaysia ni ramai org yg bijak pandai.. tp entah bila dilantik jd menteri masing2 jd bodoh mcm x pernah pergi sekolah.. mana2 kerajaan pon sama je..
Quote Mfzg89 9-10-2019 02:36 PM
idup lagi..maslan x nak share resipi nasi goreng baru ke..
Quote Zona2020 9-10-2019 06:15 PM
CiliPadiSedap: Ahmad maslan walaupun cgpa 4.2 tp tetap kaka rasa dia cerdik

Biar betul kau 4.2..cerdik sgt kah..
Quote Eric.n9 9-10-2019 09:53 PM
RatuDunia94 replied at 9-10-2019 02:18 PM
Sebenarnya malaysia ni ramai org yg bijak pandai.. tp entah bila dilantik jd menteri masing2 jd bodo ...

Mana mana pun sama...
Pasal tu Yes man, lebih senang survive... dalam politik.
Berbanding No man, diaorg ni lebih kepada menongkah arus.
Quote belilies 9-10-2019 10:06 PM
Whatever he said walaupun make sense, tolong tampar heols!!! Ramai ramai menteri iols kenot brain everytime this fugly SOB bukak mulut! Nama dia ada listed one of those who received duit 1mdb tu.
Quote underground 9-10-2019 10:25 PM
matlan ni sejak bn jatuh, baru nampak cerdik.

kalau tak dulu keje jilat ikut big boss.

GST takkan turunkan harga brg sbb ianya tetap cukai atas S&S yg beri kesan harga akhir.

Quote MissCarcosa9753 9-10-2019 10:27 PM
Terserlah kebijaksanaan mamat 3.85 ni lepas kalah
Xnak masak nasi goreng ridsect lagi ke
Quote Perawankota 10-10-2019 01:53 AM
Dia dh x buat masak2 lg ke
Quote MadameOnion 10-10-2019 09:06 AM
betul lah tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055294 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top