CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Sayap Pahang, R. Gopinathan Sah Peluk Islam

10-10-2019 11:44 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 2757| Komen: 19

Description: Nama Gopinathan Ramachandra atau lebih dikenali sebagai Gopi pastinya tidak asing lagi bagi peminat-peminat bola sepak tanah air. Berdasarkan perkongsian video dari Twitter pagi tadi, Gopi telah sah m ...
Nama Gopinathan Ramachandra atau lebih dikenali sebagai Gopi pastinya tidak asing lagi bagi peminat-peminat bola sepak tanah air. Berdasarkan perkongsian video dari Twitter pagi semalam, Gopi telah sah memeluk agama Islam selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang. 

Beliau memilih untuk menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra sebagai nama barunya.


Difahamkan beliau sudah lama tertarik dengan agama Islam selepas melihat rakan-rakannya solat dan menjalani kehidupan sebagai muslim. Beliau turut menyatakan kepada Harian Metro bahawa hasratnya untuk memeluk Islam sudah dipendam kira-kira dua tahun, sebelum hatinya terbuka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah secara rasmi.


Kredit Foto: Vocket FC
Gopi juga dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya yang berketurunan Melayu Islam dalam masa terdekat.

Pemain sayap berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama pasukan-pasukan ternama bola sepak Malaysia, termasuklah Pahang, Selangor dan JDT. Beliau juga pernah mewakili pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada tahun 2012 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal. Kini beliau beraksi bersama pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier.

Semoga dengan keputusan Muhammad Gopi Rizqi untuk berhijrah ini akan menjadikannya seorang muslim yang baik dan sentiasa menerima keredhaan dari Allah S.W.T.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 10-10-2019 01:15 PM
Alhamdullilah..
Quote minguk 10-10-2019 01:20 PM
Alhamdullilah
Quote pakderis 10-10-2019 01:37 PM
Alhamdulillah bersinar wajahnya
Quote redragon20 10-10-2019 01:48 PM
alhamdulillah..
Quote dizekni 10-10-2019 01:50 PM
Alhamdulillah

Quote sayang_mulut 10-10-2019 01:51 PM
jangan lupe sunat sis..
Quote chicozinn 10-10-2019 03:22 PM
alhamdulillah, baguih la terus nak kawen ngan gadis melayu..siapa bilang gadis melayu tak menawan?tak menarik hati tiada memikat~~~

adakah gadis melayu Islam tu royani sebab sheollss ckap nak cari shuben untuk train anak2 main bola?hikhikhik
Quote RatuDunia94 10-10-2019 04:18 PM
Tp heols kategori India yg muka manis gak..
Quote Perawankota 10-10-2019 08:12 PM
Alhamdulillah.. quite good looking gak ek dia ni
Quote MissCarcosa9753 10-10-2019 08:17 PM
Alhamdulillah
Quote gummiebear 10-10-2019 08:20 PM
Alhamdulillah

Selamat kembali ke fitrah
Quote misc 10-10-2019 08:25 PM
Alhamdulillah.
Quote monsterwife 10-10-2019 11:03 PM
Alhamdulillah. ..tak berlemuih muka dia
Quote Rahah 10-10-2019 11:05 PM
Alhamdulillah...
Quote thetimes 11-10-2019 12:10 AM
Alhamdulillah...muka manis je
Quote she 11-10-2019 01:05 AM
Minat dengan dia masa main Pahang

Tapi rasa dulu dia couple dengan amoi
Quote Biabetik 11-10-2019 08:12 AM
Syukur alhamdulillah.
Quote Chairman 11-10-2019 10:23 AM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.137221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top