CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri Notis Berhenti Singkat, Tindakan Akan Dikenakan Pada Utusan

10-10-2019 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2790| Komen: 12

Description: Susulan penutupan operasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang diumumkan semalam, Kementerian Sumber Manusia dilaporkan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat akhbar itu.Ini kerana ia be ...
Susulan penutupan operasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang diumumkan semalam, Kementerian Sumber Manusia dilaporkan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat akhbar itu. 


Ini kerana ia berkaitan pemberhentian pekerja dengan memberi notis singkat. 

Foto: Awani
Memetik laporan Harian Metro, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, tindakan Utusan memberhentikan pekerja itu nyata melanggar undang-undang. 

“Mereka perlu mengikut undang-undang, tapi mereka tidak berbuat demikian, jadi tindakan bersesuaian perlu dilakukan,” katanya. 

Terdahulu, Utusan Melayu memberi arahan mengosongkan pejabat itu semalam kerana hari terakhir operasi. Arahan yang dibuat secara tiba-tiba itu dikatakan sebagai mengejutkan dan mengelirukan ramai pihak selain dianggap tidak berperi kemanusiaan. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eric.n9 10-10-2019 07:09 PM
Dah terjatuh...
Tergolek plak...
Kena pijak lagi...
Quote MissCarcosa9753 10-10-2019 07:19 PM
Bagai jatuh tangga dihempap  durian
Quote Perawankota 10-10-2019 07:21 PM
Kesian dkt staff dorg..
Quote thetimes 11-10-2019 12:13 AM
Semoga mendapat pembelaan yang sewajarnya
Quote bbasir 11-10-2019 12:27 AM
so ari tu hangat2 taik ayam je la konon sekumpulan manusia nak bantu utusan dan kosmo.. sehari dua je la hangat mcm pisang goreng kan... hahaha... pas tu senduuuuuuu.... sekumpulan manusia tu x bole harap langsung.. hahaha...
Quote Rogue98 11-10-2019 12:34 AM
Sebok lah nak ambik tindakan. Mana janji 1 juta pekerjaan  tu?  Tu lagi penting.
Quote disneyrecess 11-10-2019 01:56 AM
Dorg dah declare bangkrap, still boleh dakwa lagi ke kaka sekalian? Notice bg pun on the spot.
Quote brutbrut 11-10-2019 03:26 AM
Ummb sebenarnya dh lama nazak. Dh berbelas thn ada masaalah kewangan. Pendek cerita dari zaman umno lg. Dulu blh la dpt bantuan  kewangan nk byr gaji etc. Sepatutnya staf2 semua dh lama prepare cari keje lain, bkn diorg tak tau masaalah kewangan syarikat ni, diorg dh tau lama dah, dh berbelas tahun diorg tau syarikat dok terima bantuan kewangan dr luar n bila2 masa syarikat blh tutup. Kes dpt gaji lmbt pun dah sejak 2-3 tahun lepas lg. Tp masih nk tggu, tggu apa pun ntah. Tp tu lah, lemak dh bnyk, keje perangai mcm gomen, minum pagi sejam, lunch sejam setengah, minum ptg sejam, solat zohor pun sejam, asar sejam.. Mana maunya cari keje tmpt lain.. Nasib baik aku ikut jejak langkah boss aku, 6 thn lepas blah cari tmpt keje lain.. Menyampah tgk perangai sesetengah typical melayu pemalas nih..
Quote Malaysia.Doom 11-10-2019 03:32 AM
Dah tau company bermasalah patut cabut lari la...YG ko gigeh buktikan kesetian Tak berbelah bagi tu kenapa?

Lepastu nk memekak...dh bankrup ko nak sama APA...nk sita benda apa?
Quote eyansss 11-10-2019 06:30 AM
brutbrut replied at 11-10-2019 03:26 AM
Ummb sebenarnya dh lama nazak. Dh berbelas thn ada masaalah kewangan. Pendek cerita dari zaman umno  ...

ko penah keje sana ke dulu?  ke aku salahfaham...

ramai orang yang dah rasa sangat selesa sebab tu tanak cari keje lain...  sebab nanti kena buat all over again...
Quote Mfzg89 11-10-2019 09:50 AM
Malaysia.Doom replied at 11-10-2019 03:32 AM
Dah tau company bermasalah patut cabut lari la...YG ko gigeh buktikan kesetian Tak berbelah bagi tu  ...

betul tu..kalau aku dah x bayar gaji mmg xde maknanye la nak g masuk ofis..lantak korng la.. baik aku start moto buat dispatch sementara dapat offer job lain..
Quote epuepy 11-10-2019 11:37 AM
bertangga2 utusan ni jatuh.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049174 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top