CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Ditinggalkan Sultan, Rihana Oksana Sendiri Pergi Untuk Pulang Ke Rusia?

11-10-2019 11:31 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 30832| Komen: 77|Original author: Oleh: LilRose

Description: Selalu kita hanya mendengar dari pihak Rihana Oksana Petra saja kan.
Selalu kita hanya mendengar dari pihak Rihana Oksana Petra saja kan.


Kredit foto: IG


Terbaru, peguam Sultan Muhammad V pula tampil menafikan kenyataan berat sebelah bekas isterinya itu.

Penafian itu dibuat beberapa hari selepas bekas ratu cantik Rusia berkenaan membuat pendedahan kontroversi yang menuduh baginda meninggalkannya dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya, Tengku Ismail Leon Petra.



Lapor Business Insider, Firma Guaman Eversheds Harry Elias membuat kenyataan pada Rabu lalu bahawa Rihana sendiri yang memilih untuk pergi dan pulang ke Rusia. Namun, tidak dimaklumkan bila kejadian itu berlaku.

Kenyataan itu menyebut, pada awal Mei lalu, Sultan Kelantan itu telah menawarkan sejumlah wang dan beberapa barangan mewah kepada Rihana untuk membiayai kos sara hidup serta bil hospital.

Sebagai balasannya, baginda meminta Rihana untuk 'melindungi (privasi)nya'.

Bukan sahaja ditawarkan wang berjumlah ASD20,000 (RM84,000) ketika dia hamil, malah baginda sultan turut menghadiahkannya beberapa barangan mewah termasuk sebuah Porsche Cayenne, sebentuk cincin rekaan Jacob Arabo serta barang kemas dari Cartier.

Bagaimanapun, model terbabit menolak semua tawaran berkenaan dan memaklumkan kepada baginda bahawa sebuah akhbar tabloid UK bersedia memberi bayaran lumayan untuk pendedahannya mengenai hubungan mereka.



Dalam temu bual bersama Daily Mail sebelum ini, Rihana mendakwa dia terpaksa menjual cincin kahwinnya untuk membiayai kos rawatan ketika hamil pada harga jauh lebih rendah berbanding nilainya.

Rihana mendakwa Sultan Muhammad V meninggalkannya pada Disember iaitu sebulan selepas mereka diraikan dalam majlis resepsi mewah ala fairy tale di Moscow.



"Dia pergi pada Disember dan tidak pernah kembali," dakwanya yang mendedahkan sejak itu mereka tidak pernah berhubung lagi.

Siapa yang berbelit sebenarnya ni dan apa pula yang bakal dikatakan Rihana nanti? - CARI
3

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • nonicutehaimoni

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • missDollie


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-10-2019 11:46 AM
Hahaha.. Biasa la selar mcm tu la perangai
Quote armin 11-10-2019 11:47 AM
Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? Macam orang takde closure jah. Kalau dia dpt apa dia nak takkan la dia bising mcm ni
Quote kentel 11-10-2019 11:51 AM
armin replied at 11-10-2019 11:47 AM
Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? M ...

dia nak duit je tu....mmg la xde closure...slagi boleh perah, dia perah la soltan tu soltan offer duit xnak....nak kikis lifetime dia la
Quote LadyCarefree 11-10-2019 11:53 AM
armin: Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? Macam orang takde closure jah. Kalau dia dpt apa di ...


Dia nak pampasan jauh lebih banyak.
Quote AnaisAnais 11-10-2019 12:05 PM
tu lah dah kata banyak kali... silap pilih sultan utk dikikis.
Quote CatMiow 11-10-2019 12:30 PM
Tak boleh sambung benang lama ka?
Quote CiliPadiSedap 11-10-2019 12:39 PM
gila kaya dapat porsche, akak nikah rakyat marhean hadiahkan suami kek porsche je untunglah kau oks nikah vvip dapat macam2 hadiah
Quote Mfzg89 11-10-2019 12:47 PM
malas nak dengar sebelah pihak..xtau sape betul sape salah..bukti sahih xde.. hmmm
Quote buapakperut 11-10-2019 12:53 PM
armin: Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? Macam orang takde closure jah. Kalau dia dpt apa di ...

mungkin kot, koksana bawa diri merajuk, sheol nak abe dok dengar ckp dia ja, sekali tengok abe bolayan kan, haruslah meroyan dan play victim. kite2 pun kadang ade je drama gini, dua2 salah.
Quote nanies 11-10-2019 12:56 PM
citer berpusing2 kejap rihana. kejap sultan, sudahnya kita yg terbelit otak nk fikir
Quote KekDurian 11-10-2019 01:05 PM
Duduk pun terkangkang...camna mau jd queen?
Quote msdummy.2018 11-10-2019 01:18 PM
kenapa peguam beri kenyataan bukan sultan?aku tny sebab aku nak tau...
Quote missDollie 11-10-2019 01:19 PM
Bising je la kau nih.. Pi mai pi tang tu jer cerita depa ni.. Bosan baca.. Tunjuk sikit anak tu, anak rusia ka anak kelate..
Quote eyansss 11-10-2019 01:42 PM
KIM.K replied at 11-10-2019 01:22 PM
Daily mail kata kak wok claim SK spend 50 juta tiap tahun untuk yatch, party in Ibiza etc

woaaaahhhhhhh
Quote salmon-suki 11-10-2019 02:18 PM
Table has turned kah?aiolzs xkan purcaya kt oks ni sbb nmpk sgt dia gold digger..tp faris tu pun aiolzs nak padankn muka sbb nak sgt kawin ngn pmpuan luar y mmg dah terang2 sejenis bad girl...
Quote pjade 11-10-2019 02:49 PM
Orang kalo dah sedap blackmail, mmg terus akan push untuk dapat macam2..
Quote cikja 11-10-2019 03:52 PM
Hauk sgh laa oks ni... abe pun sama jgk.. 2x5 je.. slagi abe x bukak mulut...slagi tu oks akn meroyan
Quote binipopeye 11-10-2019 06:13 PM
oks info.. sultan tinggal dia on dec.. tak kembali lagi sejak itu
peguam info... oks sendiri nk balik rusia...

selagi oks xdpt ape dia ank.... smpi budak tu besar laaa duk lawan2 statement..
Quote bintangterang 11-10-2019 08:16 PM
merajuk kot blk rmh mak kt russia.kita blk rmh mak dkt je

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top