CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Oh, Anakku! Apa Nak Dibuat Kalau Kena Prank Dengan Suami Macam Ni?

11-10-2019 05:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6554| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mungkin melucukan bagi segelintir, namun seseorang mungkin terluka kerananya. Malah, ia boleh mencetuskan amarah tidak berpenghujung!
Mungkin melucukan bagi segelintir, namun seseorang mungkin terluka kerananya. Malah, ia boleh mencetuskan amarah tidak berpenghujung!

Jasmin Aileen Valero dari California tak akan pernah menyangka pasangannya akan membuat prank dengan membotakkan kepala anak perempuan mereka.


Kelakar, marah atau sedih? Yang pastinya Jasmin meraung sebaik melihat kepala anaknya yang botak licin itu.


Kredit foto: Twitter

Menyesal tak sudah dia meminta bantuan Joshua Luevanoz untuk menjaga anak mereka, Jazlyn pada hari itu.

Difahamkan, Jasmin baru bangun dari tidur apabila Joshua menyerahkan kanak-kanak itu sambil mula merakamk reaksi wanita berkenaan.

Sebaik kain tuala ditarik, betapa terkejutnya Jasmin melihat 'kehilangan' rambut anaknya itu.

Wanita itu kemudian menangis tidak percaya dengan 'penampilan baru' Jazlyn. Macam tak boleh terima hakikat pun ada!


"Kenapa dia (Jazlyn) botak? Joshua, ini tidak kelakar!" marahnya sambil menangis dan hanya ditertawakan kekasihnya.



Bukan Jasmin seorang yang marah, malah ada yang melabel Joshua melakuan penderaan terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa ia sebenarnya menjadi adat resam keluarga Mexico untuk membotakkan kepala kanak-kanak.


Kredit foto: Twitter

Berkata kepada DM, Jasmin akui ia (membotakkan kepala) akan membuatkan rambut tumbuh lebih lebat.

Hm, katanya Jasmin dan Joshua sudah berbincang mengenai perkara itu, namun lelaki itu terlebih dahulu memberi kejutan kepada kekasihnya!


Kredit foto: Twitter

"Saya berasa sedih sebab anak saya dibotakkan selicin-licinnya! Tapi, anda sediri dapat lihat dia (Jazlyn) langsung tak kisah. Dia seorang bayi yang ceria," ujarnya.

Aduhai, ayah. Nasib baik tak jadi perang! Kalau suami anda buat perangai begini, apa nak dikata ya? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote julielapadite 11-10-2019 05:22 PM
boleh tak i nak komen...

mummy and baby both comel!
Quote cikja 11-10-2019 05:33 PM
Both of them are cute!!!
Quote sarah82 11-10-2019 05:44 PM
Comel ibu dan anak ni
Quote MsKathryn 11-10-2019 05:53 PM
Comelnyaaaa...
Quote Boomibulat 11-10-2019 05:53 PM
Tajuk tulis suami, berita tulis kekasih..apepun semoga jasmin tinggalkan kekasih mcm tu dan bpindah ke KL..diri ini sedia menerima jasmin dan jazlin.
Quote matchstick 11-10-2019 05:53 PM
Baby comel n I jeles tgk rambut si ibu tu hitam lebat betul.
Quote RatuDunia94 11-10-2019 07:01 PM
Ala2 cukur jambul la yek versi mexico..
Tp comel anaknya..
Quote tuberoses 11-10-2019 07:06 PM
  cute nye baby, senyum je dia
Quote gummiebear 11-10-2019 07:14 PM
Shes so cuteeeee
Quote ainashiqa 11-10-2019 09:12 PM
Cute nya baby tu{:childlike
Quote Perawankota 11-10-2019 09:15 PM
Comel lah dorg...
Quote fliphair8 11-10-2019 09:39 PM
Lawonya anak kamu dek....teringin nak ade anak pompuan, tapi kedai dah tutup...tengok je le anak org
Quote Gomea 12-10-2019 01:15 AM
Botak2 pun comel
Quote MsPercy 12-10-2019 01:51 AM
comelyer ibu n anak dia
Quote thetimes 12-10-2019 01:53 AM
Baby tu comelll sangat
Mummy pun cantik
Quote Intanterpilih09 12-10-2019 08:22 AM
fliphair8 replied at 11-10-2019 09:39 PM
Lawonya anak kamu dek....teringin nak ade anak pompuan, tapi kedai dah tutup...tengok je le anak org

Sama la kita.geram tgk baby girl yg comel2.nak cubit2 pipi.
Quote diss69 12-10-2019 09:40 AM
Adudu.. Comelnya baby dia...
Quote Beribear 12-10-2019 09:51 AM
Ehh mak dia dagu lekuk.. Ada lesung pipit lg.. Anak pon comey lohh.. Kepala dia bulat je
Suka suka suka
Quote GigaMom 12-10-2019 11:54 AM
Besar sangat mulutnya maknya
Ala, bayi camtu biasa je botak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 4.385333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top