CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempoh Cuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021, Warganet Nak 'Tangguh' Hamil 2 Tahun Lagi

11-10-2019 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4537| Komen: 20

Description: Pengumuman tempoh cuti bersalin yang dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulaio 2021 yang dibuat menerusi Belanjawan 2020 petang tadi nyata memberi reaksi positif.Menerusi cadangan itu, kerajaan ...
Pengumuman tempoh cuti bersalin yang dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021 yang dibuat menerusi Belanjawan 2020 petang tadi nyata memberi reaksi positif.

Menerusi cadangan itu, kerajaan melaksanakan ia di bawah strategi memodenkan pasaran buruh. 

Ini termasuklahlah empat perkara dalam Akta Kerja 1955 yang turut melibatkan tempoh cuti bersalin. 

Foto: Sinar Harian
"Kedua kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 sebulan.

"Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur.

"Keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina," jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 


Tinjauan CARI menerusi laman mikro Twitter pula mendapati ramai warganet memberikan reaksi gembira. 

Malah, ada yang merancang untuk menangguhkan proses mendapatkan anak! Macam-macam!



Kredit foto: Twitter

Apa pula pendapat anda? - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 11-10-2019 06:57 PM
Edited by RatuDunia94 at 12-10-2019 08:07 AM

Dengarnya akak2 yg dah monopos kat opis iols pon dh plan nk beranak 2021 nanti..
Quote MissCarcosa9753 11-10-2019 07:25 PM
Nak suruh org membiak lah tu
Quote faraway1 11-10-2019 07:32 PM
bestlah 3 bulan bonding dengan anak..
me cuti 3 tahun lebih bonding dengan anak
sebelum kembali bekerja, itupun 3 hari aje seminggu kerja,
best ngadap anak..
Quote Skuau 11-10-2019 08:48 PM
MissCarcosa9753 replied at 11-10-2019 07:25 PM
Nak suruh org membiak lah tu

sasaran mader 70 juta(drp taun bape ntah ni) tak tercapai lg.
Quote Catpaw 11-10-2019 08:48 PM
RatuDunia94 replied at 11-10-2019 06:57 PM
Dengarnya akak2 yg dah monopos kat opis iols pon dh plan nk beranak 2012 nanti..

Mengundur ke belakang ke ni 2012
Quote aechae 11-10-2019 09:01 PM
RatuDunia94 replied at 11-10-2019 06:57 PM
Dengarnya akak2 yg dah monopos kat opis iols pon dh plan nk beranak 2012 nanti..

Dh drjah 1 dh budak yg lahir thn 2012 sis
Quote Perawankota 11-10-2019 09:07 PM
Untung korg...
Quote putericahaya999 11-10-2019 11:26 PM
Saya rasa saya sempat plan sesuatu
Quote armin 12-10-2019 03:30 AM
Kalau gomen mmg cuti bersalin 3 bln
Quote tikusmontok 12-10-2019 05:54 AM
RatuDunia94 replied at 11-10-2019 06:57 PM
Dengarnya akak2 yg dah monopos kat opis iols pon dh plan nk beranak 2012 nanti..

2012?
Quote seramado 12-10-2019 11:39 AM
Hai untung la{:hooray
Quote pyropura 12-10-2019 12:11 PM
Abis lingkop lah produktibiti. Anak yg lahir tu belum tentu jadi manusia berguna
Quote mongoose_kidz 12-10-2019 04:35 PM
tp mst ade limit kan...
cth gomen mmg boleh 90 hari tp terhad utk 300 hari spnjang berkhidmat...
ke.mmg boleh 90 hari je x kira brp kali lahir pun
Quote gigahertz 12-10-2019 06:34 PM

kalau mangsa tu belum kahwin. tetiba balik keje kena rogool. tetiba di sahkan mengandung . so macam mana ?
Dalam belanjawan kata mengandungje.
Quote anony-mous 12-10-2019 06:36 PM
Korang lupa ye benda ni dah pernah bentang during budget 2018? Last2 HR bgtau tu cadangan je n its up to company nk bg atau x
Quote Asdan 12-10-2019 06:39 PM

pekerja dibayar gaji untuk buat kerja, bukan untuk cuti lepas sex, pekerja sendiri yg nak sex, tak ada kaitan dgn majikan pun, kenapa majikan kena tanggung ?
Quote DARSITA 12-10-2019 10:43 PM


Yang aii paling kesian substitute staff tu la .. dah syok kerja 90 hari cukup masa kena cari kerja lain.

Or rakan staff yang terpaksa buat dua kerja utk cover kawan yang cuti 90 hari.

Quote DARSITA 12-10-2019 10:45 PM

IMO lah kan dari bagi si isteri 90 hari elok bagi si suami cuti 30 hari. SI suami boleh tolong hantar anak ke sekolah, masakkan utk isteri yang berpantang, tolong kerja rumah, take over bila isteri nak rehat etc etc.

Kalau 90 hari isteri terkontang kanting jaga baby kecik dan anak anak lain pagi petang siang malam apa faedahnya?
Quote clarizsa 12-10-2019 10:51 PM
Tak kerja dan takleh pregnant so xde kaitan dgn i

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.445450 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top