CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Semoga Hidup Dia Tak Tenang' - Pemuda Terkilan 10 Ribu Ayam Ternakan Mati Disyaki Khianat

16-10-2019 11:06 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5663| Komen: 23|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Semoga Hidup Dia Tak Tenang’ – Pemuda Terkilan 10 Ribu Ayam Ternakan Mati Disyaki Khianat
Perbuatan khianat dalam sesebuah perniagaan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Ada peniaga atau pengusaha lain yang tidak mahu bersaing secara sihat jadi mereka memilih jalan kotor untuk melemahkan pesaing mereka.



Kredit foto: Twitter


Biasanya, perbuatan kotos seperti ini selalu didengar dalam bisnes restoran, tetapi kali ini seorang pemuda yang juga pengusaha ternakan pula menjadi mangsa.

Membuka perkongsian di Twitter, pemuda itu yang bernama Jan memuatnaik beberapa keping gambar yang menujukkan lebih 10,000 ekor ayam ternakan yang diusahakan bersama sepupunya mati.


Kredit foto: Twitter



‘Penat aku dam sepupu jaga, akhirnya mati begitu sahaja, kalau betul orang aniaya, semoga hidup dia tak akan tenang’ kata Jan.

‘Separuh reban mati, sekat 10,000 ekor ayam, tolong redakan aku kawan-kawan’ tambah Jan lagi.

Menurut Jan lagi, siasatan mendapati kematian ayam-ayam itu berpunca daripada sistem pengudaraan yang ditutup menyebabkan suhu panas. Beliau mengesyaki perbuatan ini disengajakan atau sabotaj.



Kredit foto: Twitter



Tambah memilukan, kerja-kerja melupuskan bangkai ayam sempat tergendala apabila lori yang digunakan tergelincir.

Ramai netizen yang membaca perkongsian itu memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
.
‘Semoga rezeki dimudahkan dalam semua urusan, saya dapat rasakan kepedihan itu melihat gambar ini’ kata seorang netizen.

‘Orang kata semakin menghampiri kejayaan, semakin banyak dugaan’ tambah seorang lagi.


Kredit foto: Twitter


Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang turut memberikan nasihat praktikal mengenai keselamatan.

‘Pastikan kotak suiz sentiasa berkunci supaya tidak ada orang luar yang boleh sabotaj’ kata seorang netizen.

‘Pasanglah cctv'  tambah seorang lagi.


Kredit foto: Twitter



Semoga Jan dan sepupunya dapat bangkit semula dari kejadian ini dan pelaku kepada kes khianat ini menerima tindakan yang sewajarnya.- CARI


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jeruklimau 16-10-2019 11:31 AM
Semoga rezeki lebih besar menanti.. Aminn..
Quote nazzse 16-10-2019 11:32 AM
la ingatkan ayam dia, pekerja jer rupanya...bos la yang rugi awat hang dgn sepupu hang lak
Quote Kurex 16-10-2019 11:36 AM
Semoga... Bertabah...
Quote lalalxlx 16-10-2019 11:43 AM
semoga dipermudahkan urusan..
Quote Artemesiaa 16-10-2019 11:47 AM
Walau ayam tokey punya pasti dia akan rasa marah dan terkilan penat2 berusaha menjaga akhirnya jadi macam tu
Quote Supersirap 16-10-2019 11:54 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote pearl.silver 16-10-2019 11:55 AM
Semlm tgk berita ada reban ayam terbkr, beratus2 atau beribu ayam mati. Xleh imagine kt situ mesti bau ayam panggang sgt kuat..
Quote thetimes 16-10-2019 12:02 PM
insha'Allah dapat yang lebih baik nanti...sabar ya
Quote aleesyasofia 16-10-2019 12:06 PM
moga dimurahkan rezki dan dimudahkan urusan.. moga tabah dan pasti ada hikmahnya..
Quote hatikudus 16-10-2019 12:08 PM
Artemesiaa replied at 16-10-2019 11:47 AM
Walau ayam tokey punya pasti dia akan rasa marah dan terkilan penat2 berusaha menjaga akhirnya jadi  ...

Betul tu, maknanya dia kerja ikhlas & bersungguh2
Quote Eric.n9 16-10-2019 12:32 PM
Semoga bertabah dengan ujian.
Projected income, min 30k ke 50k melayang kat situ.
Penternakan skala macam ni, patut dah ada safety percaution.
CCTV a must.
Quote Lagubestbest 16-10-2019 12:51 PM
ye ye je kene khianat. Kau lupa on suis kot..
Quote haryatie 16-10-2019 04:08 PM
kesiannya
InnsyaAllah..disebalik ujian ada hikmah nya
smoga dipermudahkan urusan dn dimurahkan rezeki
Quote skullcandy 16-10-2019 04:18 PM
bertabahla ye...
Quote LadyCarefree 16-10-2019 05:06 PM
Awat xpasang alarm kalau suhu terlalu rendah atau tinggi
Quote Zona2020 16-10-2019 06:17 PM
Bertabah lah wahai sahabat.. Allah nk bagi yg lebih baik..
Quote any42 16-10-2019 06:36 PM
kesiannya. insyaallah rezki ad d mna2. jd kn peringatan & pngajaran mngkin ad hikmah dpt bkli gnda rezki msa akn dtg. amin.
Quote Pamelaloba 16-10-2019 11:01 PM
Kalau betul kes sabotaj, busuknya hati org tu
Quote glump 17-10-2019 12:15 AM
Pernah merasa, Ayam kg 2 reban mati.. Masa kutip bangkai ayam. Menangis. I with you.
.mudah betul orang dengki.. Keseronokan mereka sekejap, sengsara kita yang merasa sgtt lama. Ganti modal, cancel order etc tak. Mudah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top