Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Finalis Top 12 Dewi Remaja 2019, Siapa Pilihan Anda Menggantikan Haneesya Hanee?

16-10-2019 10:09 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 99

Pertandingan Dewi Remaja 2019, satu pencarian bakat model, personaliti dan muka baru dalam industri seni negara akhirnya mengumumkan finalis Top 12 petang semalam menamatkan debaran Top 20 yang diumumkan sebelum ini.


Kredit foto: remaja.my

Pertandingan yang dianjurkan Majalah Remaja itu pada mulanya disertai ratusan gadis cantik dari seluruh pelusuk negara yang ingin memiliki gelaran Dewi Remaja, edisi ke 11.

Daripada 12 peserta akhir, hampir kesemuanya mempunyai pendidikan peringkat universiti dalam pelbagai bidang antaranya Undang-undang, Seni Bina, Perniagaan dan Perakaunan.


Kredit foto: IG

Berikut Top 12 Dewi Remaja 2019; Nurul Hanynaa Hasrizal (23), Nur Nafissa Abdul Ghafar @ Adrianna (21), Norsyamira Izzati (22), Shaza Nuriman (24), Sharlina Gilbert Mojinun (23), Nursyaza Azra (19), Aishah Binti Azhan (24), Nur Saidah Syahirah Binti Kamarudin (23), Yusmyra Natasha Binti Abdullah (24), Tengku Shatirah Amanda Binti Tengku Ahmad Badrulddin (19), Adriannna Fernandez Azmi @Dian (19), dan Nina Amin (23).


Kredit foto: IG

Menurut remaja.my, pertandingan kali ini akan menampilkan Amelia Handerson sebagai pengacara dan Scha Al Yahya serta Yusri Abdul Halim sebagai juru tetap.  

Berbeza dengan pertandingan sebelumnya, peserta kali ini akan menggabungkan semua peserta di sebuah vila sepanjang pertandingan.


Kredit Foto: Astro Awani

Jika pertandingan edisi lalu mencetuskan kontroversi dengan kisah finalis berpesta di kelab malam, adakah pertandingan kali ini akan dibayangi cerita kontroversi berbanding kualiti lagi? 

Siapakah yang bakal menggantikan pemenang edisi sebelumnya, Haneesya Hanee? Kita nantikan kemuncaknya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 99
Komen

Previous : Jangan Percaya Maaf Penagih Dadah - Ameng

Next       : "Mestilah Saya Nak Kahwin Lagi" - Sam Bunkface Tak Nak Menduda Lama-lama

Komen Terbaru

Quote rotiban 25-10-2019 04:46 PM
https://twitter.com/Neelofa/stat ... ref_src=twsrc%5Etfw

aku jumpa ni kat twitter jahlop, sori x reti tepek
sape dewi yg jatuh tu? sampai 3x ko

Lain-lain Komen

Quote Kurex 16-10-2019 10:13 AM
Hero remaja takde ke
Quote didinfriends 16-10-2019 10:18 AM
Yang ni dah macam auntie jaga kedai runcit kat area rumah aku je.
Quote jijilaaa 16-10-2019 10:23 AM
ooo popuan yang slalu buat mukbang pelik2 tu tak dapat ye..baguslaaa tak dapat...menyakitkan mata ak je kalu ko ada dlm drama tv esok2
Quote YomiuriLandMae 16-10-2019 10:25 AM
hope jgn kantoi cucuk langit lagi.. jd history plak 2 thn berturut2 gelaran juara ditarik balik..
Quote Mfzg89 16-10-2019 10:26 AM
Nak pilih yg paling bodoh je..
Quote matchstick 16-10-2019 10:27 AM
didinfriends replied at 16-10-2019 10:18 AM
Yang ni dah macam auntie jaga kedai runcit kat area rumah aku je.

Hahahahaha..aku ingt cainis tp nama melayu
Quote Boomibulat 16-10-2019 10:28 AM
Kurex replied at 16-10-2019 10:13 AM
Hero remaja takde ke

Tak baikkk...
Quote kakyungpilah85 16-10-2019 10:30 AM
apasal dewi remaja tahun ni banyak tak lawa?kalau mekap gini aku rasa aku pon jauh lagi lawa kot...nasib hakak dah kertu...kertu2 ni baru lawa lak...(done masuk bakul)
Quote didinfriends 16-10-2019 10:35 AM
Diharap dengan adanya dewi remaja baru ni, juara sebelum ni bole la mereput kesenduan di tepi perkuburan. Orang pun dah menyampah tengok muka dia.
Quote Sang_Pencinta 16-10-2019 10:35 AM
didinfriends replied at 16-10-2019 10:18 AM
Yang ni dah macam auntie jaga kedai runcit kat area rumah aku je.

Aiyoo kejam. Tp yg muka unik mcm ni biasanya menang. Tengoklah last edition
Quote Kurex 16-10-2019 10:41 AM
Boomibulat replied at 16-10-2019 10:28 AM
Tak baikkk...

Apa pulak tak baiknya? Saje nak tengok keindahan..
Quote fliphair8 16-10-2019 10:42 AM
bukak mulut dulu, baru hakak judge...kalo yg keluar sampah, straight to dustbin, kalau yg keluar bimbo, harus disembur....

no more gst incident
Quote sarah82 16-10-2019 10:46 AM
Gambar mana? Aku nampak 1 saja gambar
Quote sarah82 16-10-2019 10:47 AM
Ok.. Dah nmpak.. Dulu2 zaman aku kanak2 ribena.. Dewi remaja biasanya cantik melecun tahap gula perang punya la manis.. La ni....ermmmmm
Quote nellyberry 16-10-2019 10:48 AM
Yang jatuh 3 kali tu dapat jadi finalist tak?
Quote mizruncing 16-10-2019 10:54 AM
adoiii wujud lagi ke dewa dewi ni
Quote DayangKirana 16-10-2019 11:00 AM
relevan lagi dewa dewi remaja ni..?

after hanee-cucuk-langit-asyik-play-victim-macam-dia-je-sorang-dalam-dunia-have-dark-tone-skin tu, iols bo layan dah prog nie.
Quote CurangLagi 16-10-2019 11:05 AM
Kurex: Hero remaja takde ke

Berminat??{:run{:run
Quote Eric.n9 16-10-2019 11:18 AM
sarah82 replied at 16-10-2019 10:47 AM
Ok.. Dah nmpak.. Dulu2 zaman aku kanak2 ribena.. Dewi remaja biasanya cantik melecun tahap gula pera ...

Aku paling suka masa zaman irene santiago. Smpi skrg teringat kecomelan dia

Lihat semua komen(99)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.149053s Gzip On
To Top