CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Hairan, Menyusu Tak Henti-henti, Rupanya...' - Ibu Kongsi Pengalaman Seram Susukan Bayi Hantu

18-10-2019 10:58 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13253| Komen: 25|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Kita sering mendengar kisah seram mengenai Pontianak, pocong, toyol, vampire dan banyak lagi entiti lain di televisyen, panggung wayang mahupun kehidupan sebenar.
Kita sering mendengar kisah seram mengenai Pontianak, pocong, toyol, vampire dan banyak lagi entiti lain di televisyen, panggung wayang mahupun kehidupan sebenar. 

Namun, pernahkah anda mendengar mengenai bayi hantu?




Kredit foto: FB


Kredit foto: FB

Sebuah cerita yang dikongsikan seorang ibu di Facebook Kisah Rumah Tangga menjadi tular di media sosial kerana kononnya beliau mempunyai pengalaman mendukung, malahan sempat menyusukan bayi yang disangkakan anaknya tetapi rupanya bayi hantu!

Tanpa memberitahu namanya, ibu itu berkata pada satu malam beliau dikejutkan dengan tangisan bayinya sekitar jam 12 tengah malam. Lantas, dia bangun tidur dan mengambil bayi itu dari katilnya dan mula menyusukannya. 


Bagaimanapun, tidak seperti kebiasaan bayi itu seolah-olah tidak kenyang-kenyang dan menangis apabila susuan dihentikan walaupun sekian lama disusukan.

Bimbang tidak mempunyai jumlah susu yang mencukupi, beliau cuba memberikan bayinya minum air suam dan susu botol tetapi dia kehairanan kerana kesemua botol susu anaknya tidak dapat ditemui, hilang entah ke mana walaupun dicari merata-rata!


Kredit foto: Carian Google

Menyedari ada sesuatu yang ganjil, ibu itu mencapai telefonnya dan mula memainkan alunan ayat-ayat doa dan Ruqyah untuk menidurkan bayinya. Kaedah itu berhasil, bayi yang dibaringkan bersebelahannya perlahan-lahan mulai tidur. Tetapi, setiap kali rakaman terhenti, bayi itu mula menangis semula!

Akhirnya si ibu tertidur mendakap bayinya, bagaimanapun dalam keadaan penat beliau tiba-tiba melirik ke arah katil bayinya dan melihat anaknya sedang nyenyak tidur. 

'Jadi siapa yang sedang di sebelahnya?' detik hatinya. 

Terkejut beliau cuba menolak bayi itu, tetapi badannya tidak berdaya sehinggalah beliau cuba membaca doa dan perlahan-lahan bayi di sebelahnya menghilang. Beliau bernasib baik, bayinya yang sebenar tidak diapa-apakan.


Kredit foto: FB

Ramai yang skeptikal dengan kisah itu. 

'Karut, saya sangkakan, bapaknya yang tumpang menyusu,' kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

'Masa anak pertama, saya juga jumpa makhluk hitam yang sama, Alhamdullilah dia cuma memerhati,' kata seorang ibu.

'Saya pun pernah kena masa bayi kedua, kaki kena tindih oleh lembaga, kejadian di katil hospital,' tambah seorang lagi.

'Pernah terjadi, buka lampu, nampak budak penuh selut sedang menyusu sedang anak tidur nyenyak di hujung kaki,' kata seorang lagi.

'Cerita saya sendiri, anak menangis lain macam, suami ambil serban libas di tapak kaki baru berhenti,' luah seorang ibu.


Kredit foto: FB

Namun, ada yang menasihati ibu-ibu supaya sentiasa berjaga-jaga.

'Bilik jangan terlalu gelap, sis,' nasihat seorang netizen.

'Panggil ustaz atau minta suami azan di penjuru rumah,' kata seorang lagi.


Kredit foto: FB

Perkongsian menyeramkan oleh ibu itu mendapat respona yang panas daripada netizen dan pembaca laman FB tersebut. 

Walaupun ramai yang membuat spekulasi cerita itu hanyalah khayalan si ibu, ada juga yang mempercayainya.

Apa pula pengalaman dan pendapat anda? - CARI

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2019 11:08 AM
Ingatkan @Victorioussss
Quote Themilo 18-10-2019 11:21 AM
kalau vokuro yang kena, dia tak kisah pun..

sapa-sapa nak menyusu boleh, tak kisah la orang ke, hantu ke..
Quote Sang_Pencinta 18-10-2019 11:37 AM
Themilo replied at 18-10-2019 11:21 AM
kalau vokuro yang kena, dia tak kisah pun..

sapa-sapa nak menyusu boleh, tak kisah la orang ke,  ...

Wakakaka..
Quote chicozinn 18-10-2019 01:10 PM
Themilo replied at 18-10-2019 11:21 AM
kalau vokuro yang kena, dia tak kisah pun..

sapa-sapa nak menyusu boleh, tak kisah la orang ke,  ...

mulianya hati vokuro...ahahahhahahahahhaha

Quote fliphair8 18-10-2019 01:41 PM
Hujung2 vokuro yang hangat diperkatakan...
Quote Lulong 18-10-2019 03:06 PM
Themilo: kalau vokuro yang kena, dia tak kisah pun.. sapa-sapa nak menyusu boleh, tak kisah la orang ke, hantu ke..

Maaf nk tanya...sblm ni jd sr..asyik nmpk nm vokuro vokuro..sape dia?
Quote buragazz 18-10-2019 03:23 PM
Aku petang2 jemahat ni memang bengong sebab hujung minggu dah.. aku pun ingat citer ni kelakau seram yang mana end up laki dia tumpang sekaki...
Quote Sang_Pencinta 18-10-2019 03:26 PM
Lulong: Maaf nk tanya...sblm ni jd sr..asyik nmpk nm vokuro vokuro..sape dia?


Vokuro tu seorang forumner yg terkenal kerana punya tetek besar lanyut.
Quote Ipo 18-10-2019 03:30 PM
dah jadi citer seram sis vokuro dah ni

mana sis @CiliPadiSedap

Quote eyansss 18-10-2019 03:47 PM
Ipo replied at 18-10-2019 03:30 PM
dah jadi citer seram sis vokuro dah ni

mana sis @CiliPadiSedap

part ni pun aku nak tanya gak, awat sis cili suka petik2 usik vok tetek lanyut?  hahaha...
Quote Ipo 18-10-2019 09:10 PM
eyansss replied at 18-10-2019 03:47 PM
part ni pun aku nak tanya gak, awat sis cili suka petik2 usik vok tetek lanyut?  hahaha...

..dia butthurt tu dgn sis vokuro
Quote CiliPadiSedap 18-10-2019 09:17 PM
berkat nama sis vokuru akhirnya ramai kenal hantu kopek terlajak kopek
Quote fishcracker 19-10-2019 12:56 PM
Mak ayah pesan,sebelum makan/minum baca bismilah
Quote sarah82 19-10-2019 01:09 PM
Bagi org yg tak pernah kena.. Akan gelak kata tahyul.. Tapi yg pernah laluinya mmg rasa takut..
Quote najib888 19-10-2019 01:33 PM
Ada la tu belaan nenek moyang tumpang sekaki
Quote ikanmasin 19-10-2019 01:39 PM
sapa2 yg ada anak kecik ni mmg byk dugaan..pantang larang pun
sama jg.selagi msh kecik tu risau bawa keluar rumah sebenarnya
kecuali terpaksa kan..tawakal sentiasa buka surah rukyah.bau baby
ni mmg benda2 tu suka sgt..kalau tidur bgs pasang lampu malap
sekurang2nya baby nangis bole nampak terus.
Quote Themilo 20-10-2019 08:11 AM
Lulong replied at 18-10-2019 07:06 AM
Maaf nk tanya...sblm ni jd sr..asyik nmpk nm vokuro vokuro..sape dia?

dia punya profile pic, tunjuk alur tek punya la lebar macam selat melaka
Quote newyork 21-10-2019 09:31 AM
Eh takutnyaaa.. susu anak antoo ..
Quote olezzeli17 25-10-2019 11:48 AM
Tido jgn dlm bilik yg gelap gelita sangat.. At least ada cahaya samar2.. Coz jin dan syaitan suka tempat gelap2.. Sunnah Nabi juga tido kat tempat yg da cahaya sikit.. Sentiasa bacakan Bismillah stiap kali nk susukan baby..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069107 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top