CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Ibu Keluar Dating, Bayi Didera Dan Ditinggal Bersendirian

21-10-2019 10:30 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 6055| Komen: 39|Original author: Pink Lily

Description: Kes penderaan kanak-kanak di luar negara
Seorang bayi berusia sebulan telah dijumpai dalam keadaan nazak di samping penuh dengan kesan lebam di seluruh badan, termasuk mata. Bayi yang dijumpai bersendirian di rumahnya di Rivne, barat Ukraine itu telah ditinggalkan oleh ibunya untuk keluar bertemu teman lelaki. 


Kredit foto: Daily Mail
Saksi berkata, salah seorang jiran yang menemui bayi lelaki tersebut telah jatuh pengsan selepas melihat keadaannya yang begitu teruk. 

Berdasarkan laporan, bayi yang bernama Mykyta itu telah tinggal bersama ibunya yang berusia 19 tahun di sebuah hostel awam. Pada 15 Oktober, ibu Mykiyta telah meninggalkannya bersendirian untuk keluar bertemujanji dan tidak pulang ke rumah sepanjang hari. Seorang jiran yang mengetahui Mykyta ditinggalkan bersendirian di bilik hostel itu berasa risau dan memutuskan untuk melihat keadaan bayi malang itu. 



Bilik di hostel awam inilah ruang yang didiami Mykyta dan ibunya. Kredit foto: Daily Mail
"Apabila kami masuk ke bilik itu, kami menemui Mykyta di dalam katilnya. Mata kanannya kehitaman. Hidungnya tersumbat dengan darah kering dan dia sukar bernafas," ujar jiran mereka, Tetiana Prymak kepada wartawan. 

"Kami menukarkan bajunya dan melihat kesan lebam gelap di seluruh badannya. Salah seorang wanita dalam bilik itu telah pengsan melihat keadaan itu." 

Bayi Mykyta kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat. Kredit foto: Daily Mail
Jiran tetangga menghubungi ambulans dan polis. Mykyta yang kritikal dikejarkan ke unit jagaan rapi dan pihak doktor masih berusaha menyelamatkannya. Mereka mengandaikan bayi itu mengalami keretakan tengkorak namun tidak dapat melakukan pemeriksaan lanjut disebabkan keadaannya yang begitu kritikal. 

Mykhailo Kulik, Ketua Unit Jagaan Rapi di Hospital Kanak-kanak Kawasan Rivne menyatakan, "Kami tak pernah melihat bayi yang diabaikan seteruk ini. Saya merasakan ibunya tak pernah menukar bajunya atau memakaikannya lampin. Kulitnya sangat teruk." 

Bayi Mykyta kini berada di hospital ini, berjuang untuk hidup. Kredit foto: Daily Mail
Ibu bayi itu telah pulang ke rumah pada pagi ini dan dibawa ke pejabat polis untuk disoal siasat. 

Wakil pihak polis, Anton Kruk berkata, "Ibunya mengatakan yang dia begitu tertekan kerana bayi itu tak berhenti menangis. Dia tinggalkan bayi itu berseorangan di bilik dan keluar untuk bertemujanji."

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes jenayah kerana memukul dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. 

Ibu Mykyta ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa. Kredit foto: Daily Mail
Menurut media Ukraine, pakar psikologi servis sosial, Yulia Tkachenko, tidak dapat menahan air mata apabila melihat keadaan bayi itu dan selepas berbincang dengan ibunya. 

"Tidak syak lagi yang bayi itu memang telah dipukul dengan ganas. Ibunya mengatakan yang 'dia tidak menyentuh Mykyta dan kecederaannya adalah disebabkan udara sejuk'," katanya.

Media difahamkan bapa Mykyta yang berusia 27 tahun tidak berminat untuk mengetahui nasib yang menimpa anaknya itu. 

Ketua hostel awam tersebut, Igor Novosad, yang mengenali keluarga itu memberitahu yang ibu Mykyta mempunyai seorang lagi anak lelaki. 

"Dia melahirkan budak itu pada usia 16 tahun dan dia pastinya berusia 3 tahun sekarang. Kanak-kanak itu diambil darinya dan dibawa ke sebuah pusat pemulihan disebabkan penderaan domestik." 

Media tempatan melaporkan kedua kanak-kanak itu mempunyai bapa yang berlainan. 

Servis sosial kini sedang mengumpul semua dokumen untuk menyaman si ibu. Andriy Mischenia, Ketua Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Rivne berkata, "Ibunya akan dilucutkan hak sebagai ibu bapa. Bayi lelaki itu akan diambil dan diletakkan di rumah anak yatim."

Wanita itu akan berhadapan dengan hukuman 5 tahun penjara sekiranya didapati bersalah.

(Komen penulis: Pandai buat anak, tapi tak pandai jaga anak) - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 21-10-2019 10:41 AM
Hamjadddddd.. Anak ang sendiri kot.. Tak sakit ka bersalin sampai sanggup buat anak sendiri mcm tu..
Quote Kurex 21-10-2019 10:41 AM
Sayu hati aku.. Mak jenis rajin nerendut, tolong suruh bf tu pakai kondom la...
Mana hati kau wahai ibu..
Quote rayriff 21-10-2019 10:58 AM
jahatnyaaaaa jahat kejam. nangis tengok baby sebulan... siannnyaaa  kejammmmmmmm
Quote supermum 21-10-2019 11:02 AM
5 tahun je? Kalau anak itu cacat macam mana? Patut didakwa cubaan membunuh
Quote leylapple 21-10-2019 11:23 AM
patutnya ada satu rules kalau mak2 yang tak mampu nak jaga anak2 nya dgn baik, lebih elok dibuang rahim...

pastu nak ngeseks dgn seribu laki pun lantak dia lah
Quote Boomibulat 21-10-2019 11:33 AM
Knp x ajak bf dtg rmh je..ukraine x de org pejabat agama dtg serbu kan..
Quote chicozinn 21-10-2019 11:41 AM
sedih plak aku tgok muka baby tu..tapi aku rasa cikki ni meroyan xpun stres sbab bf xnak jaga anak..cm aku dulu aku stres time pantang sbab mak aku leh lak bergaduh ngan laki aku smpai aku rasa nak bunuh diri time tu..hmmm
Quote Pink_Purple 21-10-2019 11:48 AM
gatai mengela mak budak ni..
Quote helicornia 21-10-2019 12:53 PM
org putih ni ramai mcm tu ye.muda2 dh beranak tk tau sapa bapak.pastu mak tertekan jaga sorang2
Quote MissLana 21-10-2019 12:54 PM
matsalleh selalu syg anak.
Quote crazypink 21-10-2019 01:00 PM
sedihnyer kesiannyer kat baby tuh
Quote meteorspeed 21-10-2019 01:01 PM
Babi nyer mak
Quote sapeka 21-10-2019 01:02 PM
Apa jenis manusia la
Kesian baby yang x berdosa tu
Wujud baby tu pon sebab hg tu sejenis gatai galak nak bagi badan kat jantan
Bongok punya manusia
Quote buapakperut 21-10-2019 01:33 PM
ya Allah nangis iol tengok baby tu.. ya Allah sedihnya.... kenapa ko syetannnn tak layak ada anak...huuuu tolonglah iols depressed tghari ni..
Quote skullcandy 21-10-2019 01:45 PM
sedih tengok baby tu menyusu..cilake gatal punya mak
Quote chinta89 21-10-2019 02:03 PM
Wanita itu akan berhadapan dengan hukuman 5 tahun penjara sekiranya didapati bersalah.


tu je?????????

weyhhhh reti plk ko buat anak, tp pandia x jaga. Tank nak jdi ibu, kenapa x kawal pakai keselamatan ape yg patut!
Quote fushimi 21-10-2019 02:09 PM
geng geng dorang memang ganas kan

Quote slavehunter 21-10-2019 02:38 PM
So ibu baby la pukul dera kan? Bukan orang lain. Eiiiiii....lepas tu pergi dating.
Quote jahcomel 21-10-2019 02:41 PM
chicozinn replied at 21-10-2019 11:41 AM
sedih plak aku tgok muka baby tu..tapi aku rasa cikki ni meroyan xpun stres sbab bf xnak jaga anak.. ...

gi dating x meroyan pulok...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074404 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top