CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Kisah Kerja Angkat Sampah Pun, Asalkan Gaji RM5 Ribu, Boleh?"

18-10-2019 04:42 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10258| Komen: 29|Original author: Shimmer Shine

Description: "Betul ke rakyat Malaysia ni memilih kerja?"Itu persoalannya.Apabila Menteri dan ramai lagi yang menyatakan orang Malaysia atau lebih tepat anak muda sekarang menganggur kerana memilih kerja, iany ...

"Betul ke rakyat Malaysia ni memilih kerja?"

Itu persoalannya.

Apabila Menteri dan ramai lagi yang menyatakan orang Malaysia atau lebih tepat anak muda sekarang menganggur kerana memilih kerja, ianya kurang tepat. 

Golongan ini sebenarnya tidak memilih kerja, hatta sanggup melakukan kerja rencam atau 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) asalkan gaji yang diperoleh banyak.

Google

Masalahnya, gaji yang baru diluluskan kabinet pun baru RM1,200, bagaimana dengan gaji mereka yang bekerja 3D pula, mestilah kurang dari jumlah tersebut. 

Jika menyamai sekalipun mestilah kerjanya berbelas jam sehari, hampir tiada cuti atau hanya sehari atau dua hari sebulan.


Jadi, anak muda ini menegaskan pendirian mereka. Yang sebenarnya faktor gaji adalah faktor utama untuk bekerja, bukannya jenis pekerjaan itu sendiri. 

Twitter

Bayangkan jika gaji tukang sapu berjumlah RM5,000 sebulan, pasti ada yang sukarela bekerja kan?

Sememangnya inisiatif kerajaan mewujudkan pekerjaan boleh diberi kredit, tetapi dengan gaji yang sangat minima, lebih ramai memilih untuk terus memilih kerja atau pun bekerja di luar negara, misalnya Singapura.

Google

Antaranya kerja sebagai tukang cuci di Singapura yang bila ditukar mata wang Malaysia, gajinya adalah RM7,000 sebulan.

Twitter

Selain itu, ramai juga berebut peluang pekerjaan yang rendah keperluannya tetapi menawarkan gaji lumayan seperti staf penerbangan walaupun mereka mempunyai ijazah dan Master.

Sedangkan gaji untuk pekerjaan eksekutif sendiri pun tidak setimpal dengan beban kerja, inikan pula kerja 3D yang lebih terdedah dengan bahaya tapi gaji sangat mengecewakan.


Ternyata luahan anak muda ini ada benarnya kerana Khazanah Research Institute (KRI) pernah membuat kajian yang golongan belia tidak memilih kerja.

Laman web

Setelah kajian dilakukan badan berwajib dan luahan anak muda, isunya sekarang ialah bagaimana untuk menaikkan gaji sesuai dengan situasi semasa. Anda ada idea? - CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2019 04:49 PM
Gaji kau banyak pun, kalau nak tempah baju tetap mintak harga kurang.. Sedihhhhh
Quote Boomibulat 18-10-2019 05:08 PM
Kje 3D gaji kecik..patut ramai beratur kat 4D
Quote palmolive 18-10-2019 05:09 PM
makin ramai ler buang sampah merata..alah ko gaji 5k..buat la kerja dh bayar mahal
Quote noradaniez 18-10-2019 06:40 PM
Anak aku baru habis belajar. Bulan depan konvo. Skg tgh cari kerja tetap. Tp sblm dpt tu dia kerja kat mitec. Ambil upah cuci pinggan dan kerja katering yg lain, rm120 sehari 12 jam. Penat mmg penat tp katanya dr duduk rumah je, biar la dia kerja sana.
Quote Zona2020 18-10-2019 08:02 PM
noradaniez: Anak aku baru habis belajar. Bulan depan konvo. Skg tgh cari kerja tetap. Tp sblm dpt tu dia kerja kat mitec. Ambil upah cuci pinggan dan kerja kateri ...


Bagus...120 ok tu..
Quote salmon-suki 18-10-2019 08:18 PM
Dgn keadaan rakyat mesia y pemalas dan pengotor,agaknya ikhlas tak nti keje cleaner tu kalau diberi gaji 5k?

Ntah2 mengular je manjang pstu bt keje cincai2,ala kadar jah..yelaa,sggup ke anak2 muda nih basuh toilet org y berak merata,tersembur sana sini?sanggup kah anda?{:smile
Quote moonbug 18-10-2019 08:29 PM
Sembang


Quote Perawankota 18-10-2019 09:58 PM
Kita bkn pemalas... Ramai jer yg keje bagai nk gila,, smpi kena anxiety depression...
Quote Supersirap 18-10-2019 10:41 PM
Setuju dengan tt
Quote airmineral 19-10-2019 08:06 AM
ban gaji tu betul
kalau keje macam nak mati pon tapi still hidup segan mati xmau je gajinya..camana nak sara diri dan keluarga
silap2 keluarga nnt yg terabai
Quote helicornia 19-10-2019 03:49 PM
eh bongok la wartawan cari.mana pulak 1,200 lebih rendah dr tu.1,200 tu utk pekerja paling bawah la tk kira la ko cleaner ke apa.bila ko naik level mcm supervisor, gaji akan lebih dr 1,200. 1,200 tu gaji paling bawah faham?
Quote RatuDunia94 19-10-2019 04:57 PM
Bila gaji makin naik.. maka harga barang makin mahal.. sama je.. nanti ujung2 nilai gaji RM5000 tu sama mcm RM500 jah..
Quote sarah82 19-10-2019 07:23 PM
Meh kerja mcm aku dulu.. Baru sembang tak cuti tak apa.. Puiii..
Quote ennai83 20-10-2019 08:41 AM
sampai bila trend orang malaysia keje overeas
Quote chinta89 20-10-2019 03:06 PM
sb tu ramai student kalau duk oversea sanggup kije basuh pinggan mangkuk, kije cuci toilet.. tp kalau duk Malaysia ni kalau nk kije mcm tu rasanya fikir 2-3 kali kot..... faktor kije yg x berapa pemes serta gaji sikit.

kalau gaji banyak, sedap jgk nk gebang kat org kg. bukan mslh nk ckp besar kat org kampung tp ko kije yg x popular like bangla2 dtg malaysia tp RM berapa je?

Dulu2 org sanggup wat kije penat bina bangunan kat Singapore, org x malu bgtau kije penat kat sana jadi buruh, sb ape? sebab gaji tinggi. nmpak tak apa yg iols cuba sampaikan?
Quote merrissa 21-10-2019 07:26 AM
chinta89 replied at 20-10-2019 03:06 PM
sb tu ramai student kalau duk oversea sanggup kije basuh pinggan mangkuk, kije cuci toilet.. tp kala ...

tp tgk la tandas kat sana...nak tidur pon boleh..bersih...
kat sini...dah la gaji kecik..tandasnya...menakutkan belaka
Quote merrissa 21-10-2019 07:29 AM
housekeeping pon kene ada degree..

ceh...baik jadi politician...takat sijil pelesu...spm...dah gaji 50K...
Quote Hizert 21-10-2019 08:50 AM
noradaniez replied at 18-10-2019 06:40 PM
Anak aku baru habis belajar. Bulan depan konvo. Skg tgh cari kerja tetap. Tp sblm dpt tu dia kerja k ...

Ok je tu. kerja halal. Aku dulu abih SPM pon dah masuk keje kantin dari cuci pinggang/ kutip pinggan/ kupas bawang sume aku buat. Dari duduk rumah harapkan duit mak ayah lagi elok keje xsusah kan diorang jugak.

Quote leylapple 21-10-2019 09:42 AM
sepatutnya keja 3d nie gaji besar sbb risiko mcm Oil and Gas... work hazard tinggi...mati kena penyakit bawaan tmpat keja pun tinggi...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.146379 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top