CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Revalina S. Temat, Nia Ramadhani Buat Reunion Imbau Kenangan Bawang Merah Bawang Putih

22-10-2019 10:53 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 13201| Komen: 41|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Tipulah kalau ada yang cakap mereka tak pernah tengok sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' yang pernah ditayangkan di saluran TV3 satu masa dahulu. Bayangkan balik sahaja daripada sekolah, terus melek ...
Tipulah kalau ada yang cakap mereka tidak pernah menonton sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' yang pernah ditayangkan di saluran TV3 satu masa dahulu. 

Bayangkan pulang dari sekolah, terus melekat depan televisyen tanpa menyalin baju. Tak nak terlepas satu episod pun kalau boleh!


Walaupun jalan cerita yang agak merapu dan tak masuk akal, contohnya dengan kewujudan watak ibu pari-pari, namun para penonton tetap setia dengan sinetron itu sampai habis walaupun mencecah ratusan episod. 

Bayangkan ia ditayangkan dari tahun 2004 sehingga 2006! Fuh!


Kredit foto: Blog

Setelah hampir 13 tahun tamat siaran, pasti ramai yang merindui para pelakon yang membarisi sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' ini. 

Kalau anda nak tahu, baru-baru ini watak utamanya iaitu Revalina S. Temat (Bawang Putih) dan Nia Ramadhani (Bawang Merah) telah pun membuat 'reunion'.



Kredit foto: Blog

Walaupun sudah bergelar ibu, mereka berdua masih lagi 'hangat' dalam persada seni Indonesia. Mereka masih berlakon dan turut menjadi jurucakap untuk jenama terkenal di sana.


Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Lain sungguh rupa Siska dan Alya selepas 15 tahun kan? Mereka ini membawa pengaruh besar di Malaysia kerana rata-rata rakyat tempatan memang pernah menonton sinetron lakonan mereka.


Kredit foto: Instagram

Peminat sinetron itu rata-ratanya gembira apabila melihat kedua-dua watak itu mengadakan reunion kecil.
Terubat rindu mereka selepas sekian tidak melihat Revalina dan Nia Ramadhani bersama di satu tempat.

Pun begitu, 'reunion' ini sudah memadai kerana mereka semua tak sanggup dan menghadapi ratusan episod sinetron itu lagi! Dahlah penutupnya yang mengecewakan!

Walaupun dah bertahun, mereka berdua kekal cantik kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 22-10-2019 11:18 AM
Cantik nya nia. Revalina bibik2 je rupa..
Quote msdummy.2018 22-10-2019 11:20 AM
aku xingt ending dia....ahhahahha,,tp yg aku ingt aku ponteng kelas semata2 nk tgk ending dia yg menyakitkan hati tuh
Quote Kurex 22-10-2019 11:31 AM
Aku tak tengok cerita ni pun..
Quote CinnamonR 22-10-2019 11:36 AM
Ingat lagi ada scene revalina kiss mulut ferdi leher beso
Quote Sangkar_Emas7 22-10-2019 11:40 AM
I pon antara yg folo cerita ni, mcm tak percaya je...sanggup ponteng sekolah agama sbb nk tengok cerita ni. tp smpai skrg tak tgokending dia...sbb dah kene masuk asrama.

Betul ke, ending dia...semua tu hanya mimpi?
Quote polluxsstar 22-10-2019 11:42 AM
wow. dua2 mak2 yg cantik.
Quote zennaya 22-10-2019 11:46 AM
msdummy.2018 replied at 22-10-2019 11:20 AM
aku xingt ending dia....ahhahahha,,tp yg aku ingt aku ponteng kelas semata2 nk tgk ending dia yg men ...

ending dia macam mana?

Quote msdummy.2018 22-10-2019 11:48 AM

seingt aku dia ada 2 ending..satu baik satu jahat...tp aku serious xingt yg mana satu tayang kat tb....yg aku ingt perasaan sakit ht tgk ending dia
Quote msdummy.2018 22-10-2019 11:48 AM
Sangkar_Emas7 replied at 22-10-2019 11:40 AM
I pon antara yg folo cerita ni, mcm tak percaya je...sanggup ponteng sekolah agama sbb nk tengok cer ...

thanks sister...aku rasa aku menyumpah sb tgk ending yang nie lah....hahhahhahhha
Quote Artemesiaa 22-10-2019 12:38 PM
Mestilah ada perbezaannya tika muda remaja dan tika dah beranak pinak
Quote gigimukelabu 22-10-2019 12:57 PM
Meols tak tengok sinetron ni tp ada dlm paper masa rika sumantho datang malaysia, kena maki hamun. Kemain terbawak2 emosi penonton pdhal watak di tv semata2
Quote ahmad_dhani91 22-10-2019 01:26 PM
ending dia si bawang putih mimpi je kn. choi jah
Quote electricopop 22-10-2019 01:48 PM
Gile x tgk cite ni? Hahaha. Benci si mak Siska!!
Pernah gak jumpa si Revalina ni dekat KL time dia dtg promote cite ni, siap sign autograf as 'Bawang Putih' lagi haha.
Quote buapakperut 22-10-2019 03:21 PM
iols suka bawang merah lagi cantik dari bawang putih. oma bertha tatap mataku sangat kelako. bile bawang putih nangis kene aniaya iols gelak je, adan uke sape suruh bodoh
Quote aleesyasofia 22-10-2019 03:24 PM
sakit hati iolss nengok sinetron nie..
Quote Veneer 22-10-2019 03:33 PM
NIA ramadhani, crush aku masa sekolah. Cute banget dech
Quote Beribear 22-10-2019 03:44 PM
Iolss minat gila dekat si nia ni dulu.. Walau nia selalu dpt watak antagonist tetap jugak dia jd pilihan hati.. Time tu mmg tak suka dgn revalina ni haha. Sikit2 nangis, menyampah tol aku.
Paling best citer nia ratapan anak tiri.. Siti nur baya pon best gak
Quote msbegawan 22-10-2019 03:47 PM
tiga dah anaknya si nia ni?!?!?!
Quote RatuDunia94 22-10-2019 04:39 PM
Yg iols ingat bwg merah mulut senget.. panggil pakwe dia Dre.. tolong aku Dre!

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.075087 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top