CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Typical Loser!' - Geram Direjek Gadis Malaysia, Lelaki Singapura Tayang Akaun Bank Berjuta

22-10-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 12200| Komen: 60|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Geram Direjek Gadis Malaysia, Lelaki Singapura Tayang Harta, Akaun Bank Berjuta
Seorang warga Malaysia baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya ketika menggunakan aplikasi Facebook Dating. 

Menurutnya, beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki warganegara Singapura, baru-baru ni dan lelaki itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa beliau menolaknya dengan cara halus.



Kredit foto: Carian Google / WOB

Memberitahu laman World of Buzz, wanita yang tidak mahu dikenali itu berkata, pada mulanya mereka bertukar-tukar nombor dan lelaki itu menghubunginya melalui WhatsApp bertanyakan banyak soalan yang dijawabnya dengan baik. 

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya semakin berani dan bertanyakan soalan yang terlalu peribadi padahal mereka baru berkenalan sehingga dia mengabaikan mesej lelaki itu.


Kredit foto: WOB


Kredit foto: WOB
Kredit foto: WOB

Menyedari diabaikan, lelaki itu kemudiannya menyedari bahawa wanita itu tidak mahu mengambil langkah terlalu cepat. Bagaimanapun, selepas 'cintanya ditolak', lelaki itu mula mengeluarkan kata-kata aggresif.

'Kamu tidak pandai menjadi kekasih yang baik, tak guna. Tipikal rakyat Malaysia.

'Kamu tidak ada apa-apa yang istemewa, jangan terlalu pemilih. Tiada lelaki Singapura yang sanggup buang masa dengan kamu, layak jadi bini rakyat Malaysia sahaja,' katanya.

Masih tidak puas hati, lelaki itu kemudian mula menunjuk-nunjuk hartanya.


Kredit foto: WOB
Kredit fo

Dia memuat naik gambar Salinan akaun banknya yang mempunyai baki SGD350,000 (RM1.07 juta), gambar timbunan wang tunai di atas meja dan jam tangan mewah Ulysse Nardin berharga SGD47,000 (RM144,403).


Kredit foto: WOB
Kredit foto: WOB

Tidak diendahkan, lelaki itu mula mengeluarkan kata-kata kesat melibatkan rakyat Malaysia secara umum.

'Kamu memang tipikal rakyat Malaysia, loser. Patutlah kerajaan kamu kaki rasuah dan kaki liwat, rakyat tak ada otak,' tambahnya.

Lelaki itu yang dikatakan mempunyai syarikat aksesori kereta dan sewa beli kenderaan serta membujang sejak Oktober 2016 kemudiannya menamatkan perbualan. 


Kredit foto: WOB

Wanita itu kemudiannya menasihati pengguna Facebook Dating supaya lebih berhati-hati. Menurutnya, beliau sudah melaporkan lelaki Singapura tersebut kepada pihak Facebook, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Satu pengalaman pahit untuk wanita tersebut. Tetapi, kalau benar lelaki itu kaya-raya, kenapa sampai menunjuk-nunjuk seperti itu? Nak cari teman wanita atau pisau cukur ni? - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-10-2019 11:18 AM
Helok ke idak lelaki tu?
Quote kucingitam 22-10-2019 11:30 AM
hahah..org singapore ni memang typically gila ke?

one sporean i know camni la..eh bukan one, 2 of them, sedap rasa je maki orang, up diri sendiri hebat, malaysian semua loser tapi hadap jugak nak bermenantukan org msia sampai gaduh2..
Quote kentel 22-10-2019 11:30 AM
hahaha typical sinkies,,,,sikit2 nak tunjuk duit SGD dia kehulu kehilir...itu aje la yg nak dibanggakan...
Quote skullcandy 22-10-2019 11:36 AM
cedok pic kekayaan dari google kot..
Quote Sang_Pencinta 22-10-2019 11:39 AM
Desperate sangat kot nak cari gf
Quote anony-mous 22-10-2019 11:40 AM
LOL i pity the guy n hats off to the girls! Kaya konon. Pdhal image google kan? Ko kalau kaya mcm tu x kan heran la org x reply msg. Lelaki loser. Kata byk duit pergi la byr virgin prostitute
Quote rosli_nurizzati 22-10-2019 11:50 AM
singaporean virgin takdak dah ka? pi jer la cri virgin chicken kalau dah kaya sgt... nmpak sgt takdak apa pun... euwww sgt
Quote justchu 22-10-2019 11:51 AM
Dah kenapa pg cari Malaysian at 1st! Kat singapore sanun huduh2 ka manusianya smpai cari kat seberang?
Quote Rainrein 22-10-2019 11:52 AM
Mesti sepet huduh ni.
Quote awanysss 22-10-2019 11:53 AM
desperate nye jantan tu..
nobody cares pun pasal kekayaan dia.. dia yg list kan.. psycho betul..
nasib baik sis tu bijak, bukan asal berlaki..
Quote Sang_Pencinta 22-10-2019 11:53 AM
justchu replied at 22-10-2019 11:51 AM
Dah kenapa pg cari Malaysian at 1st! Kat singapore sanun huduh2 ka manusianya smpai cari kat seberan ...

Sebab Malaysian virgin katanya
Quote Artemesiaa 22-10-2019 11:56 AM
Baguslah dia berhati2 ramai yang saiko zaman sekarang ni
Quote polluxsstar 22-10-2019 11:59 AM
hahahahahahahahahaahaaaaaaa
Quote justchu 22-10-2019 12:03 PM
Sang_Pencinta replied at 22-10-2019 11:53 AM
Sebab Malaysian virgin katanya

Mesti dia dah rosakkan ramai ppuan Singapore, tu yg dia tau kat Malaysia je ada virgin
Quote prettyuglybabe 22-10-2019 12:07 PM
takat sgd350k tu banyak mana sangat..
ramai je malaysian ada simpanan rm350k..
i tak convert coz kira ikut hidup kat mana..
so pada i simpanan takat 350k tu biasa-biasa je..
Quote doubleA 22-10-2019 12:10 PM
Hahahaha that lady 1 - 0 the loser yg sebenar
Quote lkick2113 22-10-2019 12:58 PM
Dah banyak duit pergi je batam langgan pelacur or escort girl...pompuan tu boleh berkenalan dgn abg lkick
Quote matchstick 22-10-2019 01:07 PM
hhahahaha...siap kutuk pompuan tu x kemas dapur lepas masak. mana dia tahu. sewel betol
Quote matchstick 22-10-2019 01:09 PM
lain kali kalau jumpa org mcm ni pass je no tepon dia ke pihak scammer..tahu lah diorg uruskan. biasa loser yg desperate gini mudah kena tipu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062487 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top