CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hafizh Kalah MotoGP, Tapi Menang di Hati Rakyat Malaysia

22-10-2019 05:17 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6052| Komen: 11|Original author: Oleh: natrahn

Description: MARC Marquez mencukupkan 10 kemenangan podium pertama dalam siri Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 setakat ini di Twin Ring Motegi, GP Jepun.

Kredit foto: FB MotoGP Mania & Google

MARC Marquez mencukupkan 10 kemenangan podium pertama dalam siri Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 setakat ini di Twin Ring Motegi, GP Jepun. 

Aksi di Jepun kali ini bukanlah apa-apa buat Marquez kerana beliau sudah pun merangkul kejuaraan kelas premier itu di GP Thailand sebelum ini.


Kredit foto: FB MotorGP Mania Malaysia - Juara MotorGP di Jepun Marc Marquez ( tengah)

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dirakamkan menunda jentera Marquez yang kehabisan minyak untuk kembali ke pit dengan penuh bergaya, ngam-ngam selepas perlumbaan dihabiskan. 




Biarpun menamatkan saingan di tempat ke 19, sikap keprihatinan dipamer Hafizh mendapat pujian dunia. 


Kredit Foto - Twitter MotoGP

Kredit Foto - FB MotoGP Mania

Hafiz turut memuat naik momen tersebut di instagram peribadinya. "Uber towing 😜, Sportmanship & Respect," tulis Hafizh.



Dapat dilihat juara dunia Marc Marquez  turut mengucapkan terima kasih di inst@gram Hafizh.


Kredit foto: Instagram Hafizh 

Hafizh sebagaimana penunggang motosikal di Malaysia yang lain mempunyai pengalaman untuk menunda motosikal yang mati akibat kehabisan minyak/ rosak di jalan raya menghulur bantuan.

Aksi tersebut sebenarnya sudah menjadi kebiasaan dan merupakan 'skill' asas ilmu rempit dan tanda brotherhood mat motor di Malaysia. 



Terima kasih dan tahniah Hafiz. Walaupun tidak bergelar juara, anda tetap memang di hati rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 22-10-2019 06:01 PM
hakak tengok masa race day....hakak bangga ngan dek apes..malaysian bab2 ni mmg champion...
Quote Perawankota 22-10-2019 06:23 PM
U go man!
Quote nazzse 22-10-2019 08:40 PM
Truly Malaysian sangat
Quote saviour_09 23-10-2019 08:34 AM
ko kalo tak pandai tunda motor macam ni
jangan main motor la dik

basic skill yg wajib ada utk rider kt malaysia ni

starting tu je berat
once motor dh cruise laju je atas jalan, ko just layan je la

hari ni kita tolong org
esok2 org tolong kita

gitu
Quote MissLana 23-10-2019 09:27 AM
herlokkk jawline kau dekkkk aummmm
Quote rosli_nurizzati 23-10-2019 10:03 AM
development sukan moto ni patut dikembangkan lagi.. byk talent wasted atas jalan / lumba haram.. hehehehehe...
Quote imsonaif 23-10-2019 10:53 AM
wangi nya hati kau dek hapis...

semoga dimudahkan urusan kau.
Quote ch3ngkoy 23-10-2019 11:03 AM
kita rider tiada beza, dua roda juga
Quote matseh 23-10-2019 11:47 AM
Semoga berjaya di MOTO2 dan naik balik ke MOTO GP.
Quote awefarr8 24-10-2019 03:28 PM
Moto GP ni even perempuan pun minat.. Yelah suami kita tengok, kita join sekaki hehe.. Haa Minggu depan ni ada meet & greet dgn rider2 moto gp kt petronas ampang.. Suami kita excited sgt nak pergi ni hehe

https://www.facebook.com/PETRONASBrands/videos/575668739860845/

Quote renko 25-10-2019 10:51 AM
orang malaysia
dapat membangga camni pun jadi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.098632 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top