CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mak Bapak Tak Pantau Ke?" - Memanglah Seronok Main Banjir Tapi Kalau Malang, Kan Tak Berbau?

30-10-2019 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6015| Komen: 33|Original author: Shimmer Shine

Description: "Seronok memanglah seronok, kang bertukar tragedi."Menjelang musim cuti sekolah, beginilah aktiviti kanak-kanak. Ada yang mengikuti kelas kemahiran dan ada juga yang menghabiskan masa bermain. Nam ...



"Seronok memanglah seronok, kang bertukar tragedi."

Menjelang musim cuti sekolah, beginilah aktiviti kanak-kanak. Ada yang mengikuti kelas kemahiran dan ada juga yang menghabiskan masa bermain. Namun tak kurang aktiviti membahayakan seperti  menunggang basikal lajak di jalan raya.

Selain itu, antara aktiviti yang boleh dikata menyeronokkan tetapi sebenarnya berbahaya juga ialah bermain air banjir.

Ia dapat dilihat menerusi gambar-gambar di FB Love Kuala Selangor yang memaparkan keseronokan mereka bermain air banjir di Jeram, Kuala Selangor. Pelbagai pose ditunjukkan dengan keadaan air separas betis.

FB


Rata-rata warganet menyifatkan ianya adalah situasi terkawal kerana paras air yang tidak berbahaya. Lagi pun, biarlah kanak-kanak menikmati kebebasan serta keseronokan air banjir seperti zaman mereka dahulu.

Fb

Biarpun begitu, ada segelintir tidak senang melihat situasi tersebut yang memungkinkan tragedi. Manalah tahu tiba-tiba ada binatang merayap seperti ular, kala jengking dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga lubang, longkang yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan kepada mereka.






Tidak dinafikan memang seronok bermain banjir tetapi perlu adanya pemantauan daripada ibu bapa atau orang dewasa. Jadi, jika ada apa-apa perkara buruk yang berlaku, akan ada pertolongan serta merta atau sekurang-kurangnya mampu mengurangkan kemalangan buruk.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-10-2019 01:57 PM
Kalaulah air jernih mcm kat jepun.
Quote Psfzi 30-10-2019 02:01 PM
Geli kot nk main air time banjir.. campur takut kot ada binatang bahaya
Quote Leeanne88 30-10-2019 02:03 PM
Tak takut ke ada ular ke apa ke? Teringat dulu masa banjir masa kecik dekat rumah nenek. Siap nampak ular berenang dalam rumah
Quote Kurex 30-10-2019 02:14 PM
Bestnya main banjir masa kecik.. Tapi berbirat jugak kena rotan dgn bulu ayam
Quote matchstick 30-10-2019 02:31 PM
wpun hakikatnya air tu kotor, tapi best nye main air banjir kt kmpg mcm tu
Quote MariaClara 30-10-2019 02:38 PM
yg merasai kehidupan kampung je faham..

tp mengikut gambar tu ade je org dewasa skali..apa2 pon mak bapak harus pantau juga...

Quote lalalxlx 30-10-2019 02:49 PM


Budak2 tu kena sediakan pelampung in case..
Quote saviour_09 30-10-2019 03:02 PM
kecik2 dulu puas dah
setahun mau 2,3 kali jugak

awal2 banjir best
air jernih je
macam2 ikan ada sesat
banyak je idea nak bagi syok main banjir tu

dah nak surut tu yg start naik bau
tanah pun dah berselut
lintah dah keluar

oi rindu nya!
Quote Hizert 30-10-2019 03:07 PM
Pernah je rasa banjir terbesar time kecik2 dulu. Best. Kotor pon kotor la balik umah mandi je. Ape ade hal?
Quote Artemesiaa 30-10-2019 03:13 PM
Gigih masing2 buat aksi renang seirama
Quote prettyuglybabe 30-10-2019 03:17 PM
orang yang zaman kanak-kanak melalui je rasa cam mana bestnya life macam ni..
Quote grizz 30-10-2019 03:24 PM
wah..mengimbau kenangan btol..dolu2 kt kg time banjir mmg gigih blek gak kg..nk men banjir..
dh beso sket time banjir la plg xnk blek kg..penat nk kemas..
Quote zulka 30-10-2019 03:27 PM
itu semua akan menjadi kenangan manis nanti...biarla dorang asalkan tak merbahaya sudah
Quote mdhelmi 30-10-2019 03:28 PM
kat kampung mak ayah x pantau sgt anak2 main banjir
sbb paham diorg masa kecik2 pon sama
Quote tagas 30-10-2019 03:36 PM
org kampong tak kisah mende2 nih sumer sbb dah biase

stok org2 bando jer yg risau nampak gambo gini

sbb tak biase
Quote paz 30-10-2019 03:40 PM
Masa kecik memang best, tapi dah besar ni banyak plak Paz pikir bila tengok gambar tu.
Quote hitamhitam 30-10-2019 03:48 PM
kot ada binatang dalam tu, ish ish ish
Quote kikuri 30-10-2019 04:41 PM
rumah aku nasib tak baik banjir jugak... so aku bagi je anak aku main banjir kat area rumah sebab aku pun join.. tp masa masih ade hujan la... kalo banjir termenung memang geli la
Quote RatuDunia94 30-10-2019 05:34 PM
Rumah iols x pernah banjir sbb tempat tinggi. Dr kecik mmg x pernah merasa banjir.. and hopefully mmg x akan rasa la sampai bila2. Sbb mcm leceh je banji.. rumah mesti kotor n berbau.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056307 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top