CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Semua Makanan Hanya RM1, Semoga Bisnes Pakcik Ini Makin Maju..

23-10-2019 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6697| Komen: 41

Description: Siapa sangka makanan yang dijual di gerai ini kesemuanya RM1 semangkuk. Mengejutkan, bukan?Ini termasuklah mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi yang dijual oleh Zailani Ismail, 47 di tepi jalan di Ka ...
Siapa sangka makanan yang dijual di gerai ini kesemuanya RM1 semangkuk. Mengejutkan, bukan?

Ini termasuklah mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi yang dijual oleh Zailani Ismail, 47 di tepi jalan di Kampung Delima, Tumpat. 


Memetik laporan Berita Harian, lelaki ini mengakui keuntungan yang diperoleh memang tidaklah begitu banyak namun ia dapat menyelamatkan bisnes kedai makannya yang terjejas teruk sebelum ini. 

Foto: Berita Harian

“Saya mengidap kencing manis beberapa tahun dahulu yang menyebabkan dua mata buta. Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu menyebabkan saya kerap keluar masuk wad.


“Bermula dari situ, pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan hidrolisis sebanyak tiga kali seminggu

“Bagi meneruskan perniagaan yang semakin hari semakin terjejas, suatu hari anak sulung saya mencadangkan konsep jualan RM1 dengan hidangan mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi dan memang pada awalnya saya tidak yakin akan memperoleh keuntungan,” katanya. 

Katanya lagi, pada awalnya konsep RM1 itu kurang berjaya namun selepas anaknya mencadangkan ia dihebahkan di laman sosial, ia semakin mendapat perhatian. 

Foto: FB
“Setiap hari secara purata saya mampu memperoleh sekitar RM100 sehingga RM200 keuntungan kerana turut menyediakan menu masakan panas lain dengan harga berpatutan. Walaupun untung itu agak kecil, apa yang penting bagi kami adalah keberkatan,” katanya lagi. 

Untuk rekod, Zailani turut menerima elaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 23-10-2019 11:56 AM
Untung sehari RM100 - RM200 kira banyak tu.. Sebulan kalau depa niaga seminggu 6 hari untung antara RM2400 ke RM5200..kira untung byk juga dan boleh cover kos rawatan penyakit dia.

Quote polluxsstar 23-10-2019 12:09 PM
syukur atas segala nikmat
moga perniagaan lebih maju dan pakcik tu diberi kesihatan yg baik

Quote CatMiow 23-10-2019 12:19 PM
Semoga pakcik di berikan kesihatan..  Seronok kalau dapat rasa juadahnya..
Quote jerukkedondong 23-10-2019 12:20 PM
Berniaga sambil bersedekah..
Pasti ada nikmat dan barokah..
Semoga Allah beri kesihatan yg bertambah baik dan kekuatan semangat melawan penyakit...
Aamiin
Quote fliphair8 23-10-2019 12:29 PM
semoga pokcik dimurahkan rezeki dan kesihatan yg baik untuk berniaga sambil bersedekah
Quote Artemesiaa 23-10-2019 01:04 PM
Bagi yang kurang pendapatan ada yang jual harga makanan macam ni pasti amat melegakan mereka
Quote Boomibulat 23-10-2019 01:07 PM
Artemesiaa replied at 23-10-2019 01:04 PM
Bagi yang kurang pendapatan ada yang jual harga makanan macam ni pasti amat melegakan mereka

Buka kat kl bgs jgk ni kan..
Quote thetimes 23-10-2019 01:19 PM
Semoga makin murah rezeki
Quote LadyCarefree 23-10-2019 01:32 PM
Rawatan hidrolisis hehe
Quote RatuDunia94 23-10-2019 01:33 PM
Okah since pakcik ni pon niaga kat gerai je.. so kos operasi x tinggi.. jd boleh letak harga murah...
Quote LadyCarefree 23-10-2019 01:34 PM
sarah82: Untung sehari RM100 - RM200 kira banyak tu.. Sebulan kalau depa niaga seminggu 6 hari untung antara RM2400 ke RM5200..kira untung byk juga dan boleh c ...


Tp still boleh dapat elaun kebajikan kah?
Quote Orix 23-10-2019 01:37 PM
Iols kalo makanan murah sgat pn kadg2 x berani
Quote missDollie 23-10-2019 01:59 PM
Besnya singgit.. Mesti makan bermangkuk2 kalau sedap.. Yummyyyy
Quote ikanmasin 23-10-2019 02:04 PM
semoga dimurahkan rezeki sll pakcik n semoga cpt sembuh...
Quote mizruncing 23-10-2019 02:09 PM
ingat kt belah kl selangor ni yg jual hrga gitu
Quote johan-adx 23-10-2019 02:10 PM
walaupun margin untung rendah..tp sbb volume tinggi..
meniaga cmni kena viralkan br ramai dtg
Quote diss69 23-10-2019 02:42 PM
Moga en zailani dimurahkan lagi rezki dan diberi kesihatan yg baik.. Kalau dkt boleh jugak g..
Quote misuke 23-10-2019 02:48 PM
semoga murah rezeki pakcik dan cepat sembuh ye pakcik
Quote putericahaya999 23-10-2019 03:14 PM
Nk sribu daya

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.202748 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top