CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah Gelabah Ditahan Polis, Rupanya Sorok Bom Tangan Dalam Kereta

25-10-2019 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3896| Komen: 25

Description: Enggan bekerjasama, malah bertindak agresif ketika kenderaan ditahan polis, rupanya ada benda yang disorokkan!Polis menemui sebutir bom tangan disimpan di bawah tempat duduk pemandu ketika menahan ken ...
Enggan bekerjasama, malah bertindak agresif ketika kenderaan ditahan polis, rupanya ada benda yang disorokkan!

Polis menemui sebutir bom tangan disimpan di bawah tempat duduk pemandu ketika menahan kenderaan yang dinaiki sekumpulan individu. 


Kredit foto: Awani

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis juga menemui dua lagi senjata di but kereta Toyota Vios ketika pemeriksaan itu dilakukan. 

“Semasa pasukan polis menghampiri kereta yang dinaiki tiga suspek ini, mereka telah bertindak agresif sebelum pihak kami berjaya menahan mereka.

“Hasil siasatan kemudian menemui dua bilah parang dan dua batang rotan sebelum sebutir turut ditemukan dalam kenderaan.


Kredit foto: Awani

“Dua jenis senjata itu kini dirampas manakala bom tangan ditemui telah diambil oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan diletupkan di satu kawasan lapang di ladang kelapa sawit semalam,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris. 

Susulan itu, tiga individu termasuk wanita berusia 57 tahun ditahan sebelum dibawa ke Majistret Jasin hari ini bagi memohon perinta reman. - CARI 

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-10-2019 12:34 PM
Oh maiii.. Apa nak jadi ni
Quote Pink_Purple 25-10-2019 12:36 PM
mudahnya bawa bom dalam kereta jer..
Quote jazaa100 25-10-2019 12:45 PM
Kelly nk mngamuk ke?....

Atau nk letupkn org....
Quote esbok 25-10-2019 12:48 PM
Hebatnya polis
Quote Artemesiaa 25-10-2019 12:48 PM
Nasiblah pihak polis cepat dapat tahu kesalahan
Quote TravellingBear 25-10-2019 12:54 PM
Jenayah yg belum sempat dilaksanakan
Quote dodolgemok 25-10-2019 12:55 PM
Boleh cek keahlian, ntah2 ahli parti lobai.
Quote dodolgemok 25-10-2019 12:56 PM
jazaa100 replied at 25-10-2019 12:45 PM
Kelly nk mngamuk ke?....

Atau nk letupkn org....

Ntah2 ahli parti lobai acah2 maksom, nak jadi ahli shorga ikut pintu belakang. Ujong2 polis kantoikan. Kahkahkah
Quote orgsepang 25-10-2019 01:06 PM
Siapalah yang nak dibom tu. Tak adalah hebat sangat sebagai penjahat, baru ditahan dah menggelabah.
Quote mizruncing 25-10-2019 01:38 PM
uishh sape wanita 57 tahun tu. macam2 la skrg ni. rsau plak
Quote sambaldurian 25-10-2019 01:44 PM
LTTE ke daesh al qaeda, 2 ni je group tgh popular.tu msti polis dh aim awal2, ckn kebetulan nk g check.
Quote aqissa 25-10-2019 01:53 PM
jazaa100 replied at 25-10-2019 12:45 PM
Kelly nk mngamuk ke?....

Atau nk letupkn org....

Bukan tu... dia ingat mercun letop letop... nak main unt raya... lol
Quote grizz 25-10-2019 01:58 PM
skang men bom2 je..senang btol la nk bunuh org skang ni..
Quote arnauld 25-10-2019 02:12 PM
Tu la pak hamid bnyk sngt amaran terakhir suhu di lapangan dah menggelegak dia masih bagi amaran terakhir yg ke 478....
Quote Boomibulat 25-10-2019 02:16 PM
Jurugambar pn snap dr jauh je..
Quote Eric.n9 25-10-2019 02:24 PM
Klu dah siap bom tangan.. geng2 penganas la ni...
Quote arm_band 25-10-2019 02:32 PM
aiii serammmm.... tak bahagia sangat ke kehidupan manusia2 camni ehhhh
Quote ikanmasin 25-10-2019 04:20 PM
omg berani nya bawa bom tgn mcm tu jer.mmg dah niat nak bom org ke apa ni...
Quote jazaa100 25-10-2019 04:59 PM
aqissa replied at 25-10-2019 01:53 PM
Bukan tu... dia ingat mercun letop letop... nak main unt raya... lol

Nak sambut diwali kannn

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065441 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top