CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Besar Tak Mengaku Beri Projek RMT Kepada Syarikat Isteri Dan Anak

25-10-2019 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4666| Komen: 30

Description: Bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Gading-Gading, Kunak mengaku tidak bersalah memberi projek Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM45,961 kepada syarikat milik isteri dan anaknya.
Bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Gading-Gading, Kunak mengaku tidak bersalah memberi projek Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM45,961 kepada syarikat milik isteri dan anaknya.


Syed Jaafarullah Habib Jaafar, 64, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen hari ini, lapor FMT yang memetik BERNAMA.


Gambar Hiasan

Menurut pertuduhan, Syed Jaafarullah menyalahguna kuasa sebagai guru besar dengan meluluskan pemberian pembekalan makanan RMTS melalui perjanjian pembekalan makanan bagi tahun 2011 bernilai RM45,961 (setahun), kepada Seri Gading Enterprise pada 3 Januari, 2011.

Syarikat milik isterinya, Zalitah Lakim dan anaknya, Sharifah Adawiah itu didakwa mempunyai kepentingan kepadanya.

Bagi pertuduhan itu, Syed Jaafarullah didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa dan pasport terhad pada 31 Okt ini kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 25-10-2019 02:41 PM
Wow....  Siapa la yg report ni...

Rasanya mungkin ada kejadian sama di tempat lain yg tak di kesan.

Lain lagi yg melintang menegak pilih bulu atau kaum keluarga....
Quote kentel 25-10-2019 02:48 PM
myb ade cikgu x puas hati dgn kualiti pembekalan....ataupun ada dendam kesumat sbb attitude....
Quote fliphair8 25-10-2019 03:01 PM
bagus.....yang kecil2an pun tangkap, yang besar2 jota2 mio2 jangan dilupa
Quote batmana 25-10-2019 03:12 PM
Edited by batmana at 25-10-2019 03:13 PM

ramai je wat cmni, bagi projek kt kompeni bini, supply brg komputer sekolah bagai

aku rasa klu check smua skola, mmg ramai bini cikgu2 di malaysia ni jadi banduan ..
Quote zach2008 25-10-2019 03:42 PM
Pergi setiap sekolah laa...
Boleh tengok connection dia macam mana.
Bukan kantin je... bekalan buku latihan, projek2 kecik kat sekolah spt pasang tile, simen itu ini.
Quote JohnnySins 25-10-2019 03:43 PM
bagaimana pula salah guna kuasa lantikan politik? ka itu laeeeeeeeeeeeeeeennn...laeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen......wakakakakakakakakkaka
Quote Eric.n9 25-10-2019 03:44 PM
batmana replied at 25-10-2019 03:12 PM
ramai je wat cmni, bagi projek kt kompeni bini, supply brg komputer sekolah bagai

aku rasa klu ch ...

Hehe, mmg pun. Berlambak je benda2 mcm ni.
Ni mesti ada orang yg report, pasal tu kantoi.
Quote mizruncing 25-10-2019 03:52 PM
ramai je kan mcm ni. tmpt meols pn sama. order makan kt staf ni. sbb mak dia catering. klu ikut kan tak blh kann. tp kantoi tak kantoi jelaa
Quote grizz 25-10-2019 04:19 PM
bleh lak bg kt sykt bini mmg senang la nk trace..alih2 bile ade yg wt report..
Quote kucingitam 25-10-2019 04:20 PM
mcmanalah aku baca tajuk g besar bagi projet mrt..
sampai aku pikir wah, guru besar ni berhenti ngajar sebab buat contract MRT...adohaii
Quote Pink_Purple 25-10-2019 04:31 PM
entah2 syarikat bini ditubuhkan utk tujuan itu..letak nama bini dengan anak.tapi hat dia..
Quote Pink_Purple 25-10-2019 04:32 PM
entah2 syarikat bini ditubuhkan utk tujuan itu..letak nama bini dengan anak.tapi hat dia..
Quote helicornia 25-10-2019 04:40 PM
kes 2011 skrg baru dakwa
Quote nurul_akmar 25-10-2019 06:32 PM
Betullah org kata.. dekat2 nk pencen mmg dorg akan bukak segala fail.. siasat
Quote Perawankota 25-10-2019 07:02 PM
Rasa ramai jer mcmni kan
Quote HannahMontana 25-10-2019 07:26 PM
Biasa lah mcm lah guan eng dgn kit sial xbiasa buat mcm ni .
Quote cmf_premierleag 25-10-2019 07:44 PM
kat opis abang aku (GLC) pun bos heshe terang2 nak create a new initiative kononnnnnyaaaaaaa sbb nak bagi projek kt kampeni dia sendiri (bos tu ada kampeni sendiri)
lps Board of director x approve projek tu, boss babi tu merempan mcm sial kt staf dia
aku cakap, pi je report kat sprm
bajet2 GLC tu kampeni habahkawwww ke hah!!!
biar mampos bos babi tu
Quote anish911 25-10-2019 07:52 PM
Rasanya bukan skola ja.. mana2 pjbt kerajaan mcm ni.. kantoi dn x kantoi je.. dan mgkn tmpt lain pun ada je yg report tp sejauh mana SPRM@ bukti tu ada utk di heret ke mahkamah.
Quote jalfa 25-10-2019 07:58 PM
Ramai camni noks...sampai bersara kaya raya jasa makan duit harommm...mohon mereput saki baki keturunan sebegini

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.097631 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top