CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sambal Belacan Istimewa" - PM Singapura Terharu Dengan Air Tangan Raja Permaisuri

29-10-2019 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2046| Komen: 8

Description: Jika minggu lalu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan bagaimana baginda mempunyai hubungan 'diplomasi' dengan Perdana Menteri Singapura menerusi air tangannya s ...
Jika minggu lalu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan bagaimana baginda mempunyai hubungan 'diplomasi' dengan Perdana Menteri Singapura menerusi air tangannya sendiri, sambal belacan. 


Terbaru, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan rasa penghargaannya buat Raja Permaisuri yang menyediakan sambal belacan kepada keluarganya sejak sekian lama. 


“Terima kasih atas kesudian dan kebaikan Raja Permaisuri Agong, menghantar kepada bapa (dan saya) sambal belacan sungguh istimewa sejak sekian lama ini!,” kata Lee dalam laman Twitternya.


“Saya berharap Raja Permaisuri gembira menghasilkannya seperti mana kami menikmatinya!,” katanya lagi, sambil memasukkan emoticon senyum. 

Kredit foto: carian internet

Ramai berasa kagum kerana 'diplomasi sambal belacan' ini secara tidak langsung menambah erat hubungan kedua-dua negara. 

Terdahulu, Tunku Azizah menerusi Twitter miliknya menyatakan baginda pernah menjadi 'pembekal rasmi' sambal belacan kepada mendian Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura ketika itu. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 29-10-2019 02:03 PM
Selepas asik baca pasal Atok94 cari gaduh dgn pemimpin negara luar... memalukan negara dan rakyat...akhirnye ada lah berita yg elok sikit. Tq Permaisuri ku. {:love
Quote Perawankota 29-10-2019 02:16 PM
Our sweet RPA
Quote Mierafaziera 29-10-2019 03:20 PM
My fav YDPA & RPA!!
Quote dua_chzy 29-10-2019 03:23 PM
Edited by dua_chzy at 30-10-2019 02:34 PM

Patik berharap Tuanku Permaisuri boleh perbaiki lagi gaya penulisan. Dibandingkan dengan gaya penulisan PM Lee, jauh benar bedanya...
Quote hiswife 29-10-2019 03:47 PM
Awww that's so sweet.. Now share the recipe pleasee
Quote seramado 29-10-2019 04:41 PM
Awww so sweet{:hooray
Quote Psfzi 30-10-2019 02:15 PM
Sweet n spicy sambal blacann
Quote iloveselangor 30-10-2019 02:31 PM
dua_chzy replied at 29-10-2019 03:23 PM
Patik berharap Tuanku Permaisuri boleh perbaiki lagi gaya penulisan. Dibandingkan dengan gaya PM Lee ...

Melayu memang suka rosakkan bahasa...Bahasa sendiri pun diorg rosakkan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061911 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top