CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kumpulan Senario Tidak Berpecah - Wahid Akui Habiskan Masa Dengan Aktiviti Dakwah

30-10-2019 01:42 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9215| Komen: 42|Original author: natrahn

Description: Suatu ketika dahulu, kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon dan penyanyi yang lahir dari ...
Suatu ketika dahulu, kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air. 

Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon dan penyanyi yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan. 

Kumpulan ini bersilih ganti keahliannya sejak ditubuhkan pada 1996 seperti Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya.

Kredit foto: Says.com

Walaupun sudah lama kumpulan ini tidak beraksi baik di kaca TV mahupun di layar perak, namun kebanyakan filem lakonan mereka masih lagi ditayangkan dan ditonton ramai.

Salah seorang anggota kumpulan ini, Wahid menjelaskan yang dia masih belum meninggalkan bidang seni dan menafikan sudah berpecah daripada kumpulan Senario.


"Kumpulan Senario tidak pernah berpecah. Hubungan kami masih macam dulu, cuma apabila masing-masing tinggal berjauhan, tak bolehlah selalu berjumpa seperti dulu. Kali terakhir kami berjumpa pada 2016 atau 2017."

Kredit foto: Perak Gazette

Buat masa ini beliau menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah.

"Saya lakukan ini (aktiviti dakwah) kerana mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam."

Tambah Wahid, sejak berpindah ke Ipoh, undangannya untuk membuat persembahan tidak selebat era 1990-an.

"Memang tak ada orang panggil. Saya pun senyap saja, saya tak aktif dalam media sosial, apabila kita tak promosi, tak ada orang jemput.

"Berlakon? Itu memang saya nantikan. Memang saya suka. Tahap umur begini bukan tahap suka-suka, saya nak sampaikan kebaikan. Ada duit, tak ada duit tetap tenang, rezeki Allah. 

"Cuma kalau bank call, memang rasa pening jugalah. Kalau ada jemputan, adalah pendapatan. Isteri saya banyak membantu," katanya memetik laporan Perak Gazette.

Sebelum ini, Aziz M. Osman telah mengumumkan kemungkinan akan ada filem cereka terbaru dari kumpulan Senario berjudul Ada Lagi Senario.

Nampaknya kumpulan pelawak  ini termasuk Wahid bakal membuat comeback menerusi karya terbaru sutradara terkenal tanah air  ini.  Tak sabar pula nak menontonnya.- CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 30-10-2019 01:43 PM
Suka tgk wahid klu dia jd watak perempuan.comel sgtt
Quote Psfzi 30-10-2019 02:00 PM
Teringat zaman kegemilangan senario dulu.. lawakk
Quote dino 30-10-2019 02:07 PM
wahid ni yg diketahui tak hanyut...
Quote Kurex 30-10-2019 02:10 PM
Teringat masa zaman kegemilangan senario.. Mesti duduk depan-depan tv
Quote bondeh 30-10-2019 02:35 PM
meolls suka masa watak Fei Mau terencat... menjadi dgn bahu terangkat angkat wakakak...
kawan meolls dulu jiran dg wife wahid kat ipoh masatu wahid ulang alik ipoh-kl sbb jadi pengacara melodi... wifenya ada kedai jahit... kawan meolls cakap wife wahid (kak lily) sangat baik & lemah lembut... wahid pun sejenis low profile... padahal time tuh tgh meletop jadi pengacara melodi... meolls betul2 layan melodi masa wahid & fafau dulu je... sbb menghiburkanzzzzzahhhhh
Quote ashcroft86 30-10-2019 02:48 PM
One of the best hosts utk Melodi, bergandingan dengan Fafau. Memang serasi habis.
Paling good looking dlm group Senario ni.
Quote lilylulu 30-10-2019 03:04 PM
ashcroft86 replied at 30-10-2019 02:48 PM
One of the best hosts utk Melodi, bergandingan dengan Fafau. Memang serasi habis.
Paling good look ...

Iols setuju. Untuk generasi iols fafau ngan wahid mmg the best mengacara melodi sebab diorang bebas kontroversi waktu tuh. Pastuh waktu tgk lagi2 senario tuh iols ship gila wahid dgn wardina ahahahhaahaha. Komersil jugalah muka wahid nih
Quote hyie 30-10-2019 03:04 PM
best ke wahid? rasanya paling annoying, selain azlee..
Quote shania88 30-10-2019 03:13 PM
Wahid memg best
Paling minat dia laa sebb hensem
Minay yassin gak sebb sore dia sedap
Wahid ni sore tak sedap kalau nyanyi
Tapi wahid okey sgt2 mengacara program hiburan
berlakon pun okey
Quote lasagna 30-10-2019 03:14 PM
tak ske wahid, sombong n berlagak.
yg lain ok iols ske.
Quote armin 30-10-2019 03:14 PM
Bini tanggung ke ni? Makan minum hari2 macam mana? Syok nya blh berdakwah bil bini byrkn.
Quote tagas 30-10-2019 03:33 PM
tak pernah pulak aku tgk lawak si wahid nih menjadik

selain lawak bodoh

yg lain ok jer punchline nye
Quote TerataiMelur02 30-10-2019 03:47 PM
Ada duit, tak ada duit tetap tenang, rezeki Allah.

"Cuma kalau bank call, memang rasa pening jugalah. Kalau ada jemputan, adalah pendapatan. Isteri saya banyak membantu," katanya memetik laporan Perak Gazette.



- dekatkan diri ngan Allah tu dah bagus tapi bila sampai tiada kerja tetap @ buat sesuatu yg menjana pendapatan payah jugak. Nak harap panggilan utk show pun tak boleh jugak.

Tanggungjawab paling utama ialah menyara keluarga, ada nafkah yg perlu d lunaskan.
Quote keknaih 30-10-2019 04:09 PM
bagusla tak join azlee utk MLM nanti, rasa mesti annoying gandingan azlee n mamat tu
Quote natrahn 30-10-2019 04:14 PM
bondeh replied at 30-10-2019 02:35 PM
meolls suka masa watak Fei Mau terencat... menjadi dgn bahu terangkat angkat wakakak...
kawan meol ...

Wahid masih dok Taman Perpaduan.. humble macam tu juga..ramah dan suka bergurau
Quote scrocth 30-10-2019 04:21 PM
Persoalannya setelah 3 filem aziz m osman circa dekad 2010an ni semuanya flop (azura 2012, bukan cinta malaikat, xxray 3) agaknya filem ada lagi senario ni apalah nasibnya? Abang long ajis patut mentenkan jer signature pengucapan dialog, camera shot dan editing yang laju xmeleret2 mcm filem2 dia dulu2. Jgn ikut sgt trend telefilem ala2 muzik video mcm zaman skrg. Yg tu bila2 pn bole tgk kt youtube.
Quote natrahn 30-10-2019 04:26 PM
scrocth replied at 30-10-2019 04:21 PM
Persoalannya setelah 3 filem aziz m osman circa dekad 2010an ni semuanya flop (azura 2012, bukan cin ...

setuju.. harap dia caknalah
Quote kacang^soya 30-10-2019 04:27 PM
Muka wahid masa memuda kalo sekali tgk mcm daddy sham pun ada..pun masa muda jugak..iols ada jugak terkompius pd waktu itu
Quote Biabetik 30-10-2019 04:35 PM
tagas replied at 30-10-2019 03:33 PM
tak pernah pulak aku tgk lawak si wahid nih menjadik

selain lawak bodoh

Yg lain pun sama je. Mna yg terjerit2 bunyik binatang la, trompet la, mna yg terjegil2 biji mata. Tu belum lg watak terencat si azlee tu. Celah mna yg kelako pun x tau. Ilya tu yg nmpk bersahaja sket

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065477 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top