CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disamun Konon, Padahal Tak Nak Bayar Hutang

30-10-2019 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2671| Komen: 15

Description: Lelaki membuat laporan kononnya disamun sekumpulan lelaki awal pagi kelmarin, ditahan polis lapor Sinar Harian.
Lelaki membuat laporan kononnya disamun sekumpulan lelaki awal pagi kelmarin, ditahan polis lapor Sinar Harian.

Dalam laporan palsunya, lelaki berusia 20-an itu mendakwa disamun empat lelaki sehingga kerugian RM6,500 di Jalan Sejahtera, Machang Bubok di Bukit Mertajam.



Gambar Hiasan

Rupa-rupanya, lelaki itu bertindak demikian kerana mahu menangguhkan bayaran hutang sebanyak RM8,000 kepada rakannya kerana duit yang dipinjam itu telah digunakan untuk membayar hutang ah long.

Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, dia membuat laporan palsu itu kerana tiada wang untuk membayar hutang rakannya.

Lelaki tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT jam 6 petang semalam.

Tambahnya, lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan. - CARI

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-10-2019 12:50 PM
Adoi.  X baik menipu
Quote Psfzi 30-10-2019 01:35 PM
Dah tersilap langkah, nk cover la tu
Quote Kurex 30-10-2019 01:39 PM
Muda lagi dah pinjam ahlong
Quote TravellingBear 30-10-2019 02:00 PM
Camne polis kantoikan
Quote CrowneGlory 30-10-2019 02:01 PM
sejenis gali lubang tutup lubang...gitu la sampai abg jamil mampus
Quote orgsepang 30-10-2019 02:04 PM
Polis tengok air muka dia mencurigakan terus kena soal siasatlah tu.
Quote Artemesiaa 30-10-2019 03:04 PM
Macam2 cara nak menipu.  Zaman sekarang ni yang bagi pinjam lebih tertekan berbanding yang mintak pinjam.  Sebab tu ramai yang tak nak tolong bagi pinjam.
Quote grizz 30-10-2019 03:19 PM
along pon pinjam..kwn pon pinjam..sape la lg ko pinjam tu..
Quote gigahertz 30-10-2019 05:41 PM
TravellingBear replied at 30-10-2019 06:00 AM
Camne polis kantoikan

senang je. lokasi kt mn. kawasan situ siapa incharge. check CCTV. katalah dalam report ada seoramg lelaki afirka buat hal pukul 3 pagi. kes rompak berlaku pukul 3..30pagi. kalau bayang afrika tu tak wujud lat cctv. polis x perlu 24jam utk tahan dia.
Quote gigahertz 30-10-2019 05:42 PM
grizz replied at 30-10-2019 07:19 AM
along pon pinjam..kwn pon pinjam..sape la lg ko pinjam tu..

Along pinjam ugut nak belasah. kawan pinjam esok lusa boleh byar
Quote Jagendas 30-10-2019 09:36 PM
baru nak hidup la tu
polis ni ko jgn kelentong la
ambik statement tu hari2 makanan diaorg..
statement ko betul ke tak diaorg boleh hidu
Quote fliphair8 30-10-2019 10:40 PM
Jagendas replied at 30-10-2019 09:36 PM
baru nak hidup la tu
polis ni ko jgn kelentong la
ambik statement tu hari2 makanan diaorg..

Kannn ...macam pesen penyangak deme jumpa hari2....
Quote Jagendas 30-10-2019 10:44 PM
fliphair8 replied at 30-10-2019 10:40 PM
Kannn ...macam pesen penyangak deme jumpa hari2....

nak kencing kaki kencing memang kedalam la jawapnya
Quote Pink_Purple 30-10-2019 11:56 PM
memang ke dalam la ko..selamat la along xleh cari.

macang bubuk tu mana la sibuk sangat..kejap je polis siasat
Quote nono86 1-11-2019 07:36 PM
Pinjam la dengan ptptn. Tak payah bayar

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063990 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top