CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jangan Ingat Kurus, Muda Tu Sihat' - Abai Follow-Up Doktor, Wanita Hampir Hilang Mata, Buah Pinggang

1-11-2019 11:41 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7924| Komen: 33|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Jangan Ingat Kurus, Muda Tu Sihat’ – Gara-gara Abai ‘Follow-Up’ Doktor, Wanita Hampir Hilang Mata, Rosak Buah Pinggang
Kita sering mengabaikan pertemuan susulan atau follow-up dengan doktor yang dijadualkan untuk memantau keadaan kesihatan semasa. Perkara ini dianggap enteng kerana ramai merasakan ianya tidak penting ataupun ubat-ubatan yang diberikan pada pertemuan pertama sudah memadai.



Tetapi, tindakan ini bukan sahaja membuang masa pihak hospital yang menunggu kehadiran anda tetapi juga akan memudaratkan lagi kesihatan anda sendiri. Inilah yang berlaku kepada seorang netizen yang berkongsi penyesalannya atas kedegilan mengabaikan follow-up bagi merawat penyakitnya.


Kredit foto: FB

Berkongsi di Facebooknya, Cik Sidah berkata kejadian berlaku pada tahun 2012 apabila dia mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan untuk masalah kesihatan lain tetapi apabila doktor melakukan pemeriksaan didapati tekanan darahnya sangat tinggi dan bacaan gula dalam darahnya juga tinggi di paras 19.



Beliau diberikan ubat dan dijadualkan follow-up. Bagaimanapun, setelah ubat habis, beliau mengabaikan temujanjinya dan sehinggalah dua tahun selepas itu penglihatannya menjadi silau dan kabur.


Beliau hanya mula risau apabila timbul tompok dan bebenang pada mata, dan terdapat pendarahan dilihat semasa beliau mahu membuat cermin mata.


Kredit foto: FB  /Carian Google

Hasilnya beliau terpaksa membuat rawatan mata secara lazer di Hospital Sultanah Nur Zahirah, bagaimanapun rawatan itu gagal memberikan kesan positif.

Kini semakin terbeban kerana bukan sahaja penglihatannya semakin kabur, doktor juga mengesahkan penyakit diabetesnya yang tidak terkawal telah beransur menyerang buah pinggangnya.

Menurut Cik Sidah, kondisinya semakin sukar dan doktor menegsahkan peluangnya untuk kembali sihat semakin sukar.

'Tapi itu kata doktor, puncanya diabetes tidak terkawal' katanya lagi.


Kredit foto: Mstar /FB



Jadi jagalah permakanan dan kesihatan, jangan ingat muda, kurus tak ada penyakit dan ingatlah rawatan susulan.- CARI 

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 1-11-2019 01:14 PM
takutnya... bahaya betul..
Quote akakdendeng 1-11-2019 01:27 PM
ramai yg tak suka check up kat hospital.  terutama org lelaki.  tau2 nanti mcm2 penyakit dah jadi teruk. punya dari darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi yg tak di kawal.  
Quote mamarock 1-11-2019 02:15 PM
Gula itu racun

Kurangkan minuman manis dan makanan manis. Andaikan makan dan minum racun untuk badan.

At least setahun sekali pergilah ke hospital untuk check paras kolesterol, creatinine, gula, darah.


Quote Sangkar_Emas7 1-11-2019 02:22 PM
alamak...takutnye, sangkar patut kene buat check up tp asek tangguh je sampai skrg..
Quote yuki812 1-11-2019 02:36 PM
tiap thn ada medical cekup. tu pon under co. rasanya kalau co. tak provide gitu, memang saya tak pernah g cekup lah kot. byr cekup kalau swasta yg full pon beratus gak. yg gomen..apa prosedure nak buat ye. kena g hospital kan.
Quote dodolgemok 1-11-2019 02:47 PM
Cik sidah oiii, gula 19 tu tinggi nak mampuih la tu. Dan tgok gmbar kau tu pon boleh tau bmi lebih 26. Tiba2 tajuk cakap x semestinya kurus, hellooo??? Dah konfem lah diabetes tu boleh menyebabkan masalah mata jua. Kesihatan kena jaga dik kalau badan tu besar.
Quote Artemesiaa 1-11-2019 02:53 PM
Dah tahu ada diabetes tak boleh lari kenalah buat peperiksaan kesihatan selalu.  Ikutlah nasihat doktor demi kebaikan dan keselamatan diri juga.
Quote Innrukia 1-11-2019 02:56 PM
Maaf dik, celah mana dia ni kurus? Tp mmg betul la kurus x semestinya sihat.
Quote Sang_Pencinta 1-11-2019 03:03 PM
Kasi chan lah dia feeling2 kurus
Quote misuke 1-11-2019 03:21 PM
selagi x sakit apa, liat la nk check up bagai
Quote justchu 1-11-2019 03:26 PM
Kurus tak semestinya sihat, tp apasal gambar dia tembun melebihi obes? Ke sakit mata tu membuatkan pantulan image yg dia nampak jadi mengecil?
Quote manehnya 1-11-2019 03:55 PM
erm.. kensel la nk minum boba ptg nih

tengok badan cik sidah ni pun dah tahu.. diabetes...  
Quote nobito 1-11-2019 03:59 PM
Macam sorang anak luar Nikah tu asid uric dia dah tinggi sbeba melantak perlbagai makan seluruh dunia dari boot kereta pprt
Quote Laceyx 1-11-2019 04:16 PM
Menyesal pulak minum teh peng tadi
Quote noell 1-11-2019 04:35 PM
Laceyx replied at 1-11-2019 04:16 PM
Menyesal pulak minum teh peng tadi

takpa sis jgn menyesal sis esok bole minum boba plak

dah alang2 penyelop pekasam kan???

aisey goreng pekasam mkn dgn nasi panas pun sodap neh

Quote nono86 2-11-2019 08:22 AM
Bahayanya..
Quote isseliparjepun 2-11-2019 09:22 AM
Betul kurus tak semestinya sihat, dan begitu juga jika berlebihan berat badan ye. Emm seram pulak zaman skang ni muda muda pun banyak penyakit. Baik yang kurus baik yang berisi. Processed food kot ek punca utamanya. I mean skang kan macam macam, kek la, boba la, tak campur lagi milo yang pekat dok curah atas shave ice tu ape ntah namanya.
Quote nenekglamer 2-11-2019 11:49 AM
Gula 19???? Aku yg baya2 Erra Fazira ni.. gula 5.9 pun dah menggelupur gi klinik (sbb range biasa aku below 5).

True. Kurus n muda bukan semestinya sihat
Quote cikkittydiva 2-11-2019 12:36 PM
aku buat med check up masa bln 4 aritu.. tu pun sbb rasa sakit dada..seb bukan sakit jantung..lenguh badan je..
Alhamdulillah ok bacaan.. syukur jugak sbb mak n abah aku xde penyakit 3 serangkai etc.. tp kene gak jga makan.. makanan skrg dasat kesannya.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058937 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top