Sekiranya anda biasa menonton video masakan di Facebook, anda pasti mengenali wajah tua ini. Melalui saluran YouTubenya, 'Grandpa's Kitchen', seorang warga emas berusia 73 tahun yang berasal dari Telangana, India ini biasanya direkod memasak juadah dengan banyak untuk diagihkan kepada anak-anak yatim. Videonya memasak dengan begitu bersahaja dengan suasana kampung dan tradisional memikat hati jutaan penonton dari seluruh dunia. Kini, wajahnya yang tenang memasak tidak lagi dapat ditonton apabila semalam Grandpa's Kitchen telah mengumumkan kematian atuk kesayangan ramai ini melalui sebuah perkongsian video yang menyedihkan.
Mendiang sempat dirakam secara langsung seminggu lepas sewaktu berinteraksi dengan peminat-peminatnya di YouTube. Beliau kelihatan agak lemah, namun masih ceria di hadapan kamera. Walaupun mendiang telah tiada, namun cara masakannya dan sumbangannya kepada anak-anak yatim akan sentiasa diingati. - CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057497 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.