CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Diburu, Jutawan Wanita Disimen Dengan Konkrit Dalam Peti Sejuk

31-10-2019 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3665| Komen: 19

Description: Kecoh di semua media antarabangsa melaporkan seorang ahli perniagaan wanita dari Thailand ditemui mati dan disimen dengan konkrit dalam peti sejuk di rumahnya.Pemaju hartanah, Wanne Jiracharoenying di ...

Kecoh di semua media antarabangsa melaporkan seorang ahli perniagaan wanita dari Thailand ditemui mati dan disimen dengan konkrit dalam peti sejuk di rumahnya. 


Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying,58 dikatakan tidak kelihatan sejak 19 Oktober lalu selepas dia melawat sebuah kuil di Chiang Mai. 

Risau tidak dapat dihubungi, abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59 mengambil keputusan untuk mencari adiknya. 

Kredit foto: Dailymail

Akhirnya pihak polis menemui mayat jutawan itu pada Ahad lalu selepas menerima aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa. 

Memetik laporan Daily Mail, pihak polis kini giat memburu rakan pemaju hartanah wanita itu yang dikenali sebagai Oom bagi membantu siasatan kematiannya. 


Jurucakap polis berkata, kereta dan kad ATM mangsa didapati hilang dan sejumlah besar wang dikeluarkan dari akaun wanita itu selepas kematiannya. 

“Pada hari wanita itu gagal dihubungi keluarganya, suspek mengeluarkan wang dari akaun mangsa melalui mesin juruwang automatik (ATM) di Chiang Mai, Chiang Rai dan Mae Hong Son berjumlah 1.2 juta baht (£30,967).’

Kredit foto: Dailymail
“Maklumat terbaru daripada bank menyatakan suspek sekali lagi mengeluarkan wang melalui ATM di Rayong dan CCTV berjaya merakam wajahnya,” kata pihak polis. 

Suspek juga akan dipantau pergerakannya kerana mungkin cuba melarikan diri. 

“Kami percaya suspek melakukan jenayah itu kerana mahu mencuri wang memandangkan mangsa sering menderma dalam jumlah besar kepada kuil dan hospital,” katanya lagi. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-10-2019 11:34 AM
Kalau abang mangsa dah 29, kenapa mangsa nampak macam 40an? Salah letak nombor ke?
Quote Budakmomok 31-10-2019 11:36 AM
Kurex replied at 31-10-2019 11:34 AM
Kalau abang mangsa dah 29, kenapa mangsa nampak macam 40an? Salah letak nombor ke?

sangat setuju
Quote Buritan 31-10-2019 11:37 AM
Kurex replied at 31-10-2019 11:34 AM
Kalau abang mangsa dah 29, kenapa mangsa nampak macam 40an? Salah letak nombor ke?

Aku rase umur dia baru 20
Quote Kurex 31-10-2019 11:39 AM
Buritan replied at 31-10-2019 11:37 AM
Aku rase umur dia baru 20

seriouslah 20??? muka dia macam ahsoo sebelah meja opis aku ni.. 50an...
Quote mdhelmi 31-10-2019 11:41 AM
Kurex replied at 31-10-2019 11:34 AM
Kalau abang mangsa dah 29, kenapa mangsa nampak macam 40an? Salah letak nombor ke?

ha ah
mangsa 58
abg mangsa 59
saspek 39
Quote Buritan 31-10-2019 11:41 AM
Kurex replied at 31-10-2019 11:39 AM
seriouslah 20??? muka dia macam ahsoo sebelah meja opis aku ni.. 50an...

Tak... aku main ckp jah.. dah abg 29 dia mestilaa 20
Quote Kurex 31-10-2019 11:49 AM
mdhelmi replied at 31-10-2019 11:41 AM
ha ah
mangsa 58
abg mangsa 59

uishhh mati2 ingatkan mangsa ada sindrom orang yg nampak tua sebelum usia..


Quote Kurex 31-10-2019 11:50 AM
Buritan replied at 31-10-2019 11:41 AM
Tak... aku main ckp jah.. dah abg 29 dia mestilaa 20

umur dia 58 la burrit...
Quote Zaien 31-10-2019 12:13 PM
jdi jutawan susah.. huhu
Quote Asdan 31-10-2019 01:18 PM

satu kerugian kepada negara, sebab itu kalau kawan pilih sama level. kurang risiko
Quote Buritan 31-10-2019 01:29 PM
Kurex replied at 31-10-2019 11:50 AM
umur dia 58 la burrit...

Oo ye ke..
Quote mata.kail 31-10-2019 01:30 PM
sanggup juga konkrit kan orang..terhidu juga bau
Quote sarah82 31-10-2019 03:01 PM
Mcm kes amoi bunuh suami kat kl 2-3 tahun lps. Bunuh dan boh dlm peti sejuk
Quote slavehunter 31-10-2019 03:05 PM
Kalau kita hidup so so stress nak cari duit lebih, dah hidup senang boleh derma kat orang pun akan stress sebab dah jadi target orang nak rompak kita pulak.
Quote Catpaw 31-10-2019 06:07 PM
Tiba ja teringat kisah mayat omputih dalam peti sejuk bertahun2, masih elok
Quote nono86 31-10-2019 10:31 PM
Kurex replied at 31-10-2019 11:50 AM
umur dia 58 la burrit...

Hahaha.. Baca macam lucah, tapi dah itu nama panggilannya.
Quote Perawankota 1-11-2019 12:58 AM
Dilemma jutawan...
Quote Pink_Purple 1-11-2019 01:43 AM
peti ais, tong drum..
Quote sfrnna 1-11-2019 06:35 AM
wa. dah concrete pun ada bau ya. suis pun tutup sekali kot sbb tu ada bau lagi.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.220264 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top